Jadilah RAJA Pelaburan bukan HAMBA Pelaburan

Bila cerita bab pelaburan, banyak ayat tak best yang kita selalu dengar dibandingkan dengan ayat yang buat kita gembira dengan pelaburan. Persoalannya, Bagaimana mereka-mereka boleh berjaya dalam pelaburan? Seolah mereka RAJA Pelaburan.

Pernah dengar strategi pelaburan? Mungkin ada diantara kita yang belum pernah dengar, dah dengar dan tak kurang yang selalu dengar. Tetapi siapa diantara kita yang betul-betul ikut strategi pelaburan itu? Sebab itu tak ramai RAJA Pelaburan tetapi yang ramai adalah HAMBA pelaburan. Kalau ikut pun, tak disiplin. Ini satu kesilapan besar. Ikut separuh jalan, lepas tu kita rasa kita lebih pandai dan hebat dari penasihat pelaburan. Bila kita dah RUGI, siapa yang kita akan salahkan kalau bukan orang lain kan. Jom kita cek balik portfolio kita dan bedah siasat kat mana silap kita sebelumni. Tiada istilah terlambat, selagi kita sedar silap dan kita ubah dengan segera.

Bedah Siasat Portfolio dengan Unit Trust Adviser

    Zaman sekarang dah mudah, login website dan cek portfolio dari sana. Boleh discuss secara online, malah lebih mudah untuk tengok portfolio. Cek setiap holding funds. Apa yang perlu dicek? Part ni lah Adviser akan mainkan peranan dia. Sangat penting berbincang, walaupun kebanyakan pelabur hanya nak tengok untung sahaja tak nak tau hal lain. Ayat yang selalu saya dengar; tak apa saya serahkan kepada Cik Adviser. Saya nak untung je.

    Dan sebelum berlakunya keuntungan, wajib untuk kita lalui fasa kerugian. Kat sini lah selalunya, Adviser akan dipersalahkan. Pelaburan ini perlukan perbincangan 2 hala. Sejauh mana kesabaran pelabur, sebesar mana kerugian yang pelabur boleh tolerate. Bahagian ni kebanyakan dari kita kurang faham. Selepas ni, berbincanglan secara baik sehingga capai kata sepakat. Kerana pelaburan menggunakan khidmat Adviser ini perlu kerjasama dari kedua belah pihak. Keuntungan dan kepuasan pelabur adalah satu kegembiran buat Adviser, kerana pelaburan yang rugi juga akan merugikan Adviser.

    Jangan Panik

    Bila kita dah dapat kata sepakat dalam pelaburan, tetapkan pendirian dengan persetujuan yang sampai kita capai objektif pelaburan. Jangan sesekali panik ditengah jalan, kes panik bukan berlaku pada waktu portfolio tengah rugi sahaja tetapi juga semasa portfolio untung banyak dalam tempoh masa kurang dari perbincangan awal. Ingat pelaburan adalah salah satu perniagaan. Pengurusan perniagaan ataupun pelaburan adalah elemen penting selain strategi pelaburan itu sendiri. Berbincang dengan Adviser bila berlaku mana-mana situasi yang membuatkan kita panik.

    Jika berlaku 2 keadaan yang buat kita panik, apa yang perlu kita buat adalah;

    1. Cek balik objektif pelaburan kita dan objektif pelaburan fund yang kita pegang
    2. Tengok berapa banyak kerugian portfolio kita untuk masa tu, adalah kerugian itu masih dalam radar yang telah dipersetujui atau pun tidak.
    3. Jika kerugian diluar jangka, Adviser yang hebat akan dapatkan nasihat dari Fund Manager sebelum mengambil kira tindakan alternatif.
    4. Bukan semua negatif fund perlu switch ke fund lain. Silap percaturan, portfolio akan lebih berdarah selepas di switch.
    5. Dollar Cost Averaging adalah salah satu strategi yang terbukti berhasil, namun kebanyakan pelabur takut untuk menambah pelaburan pada waktu harga sangat rendah.
    6. Monitor NAV selepas Dollar Cost Averaging ini adalah step seterusnya. Bahagian ni lah kerja Adviser dan sangat penting pelabur memberi kerjasama. Bukan lah sekadar tambah pelaburan.

    Simpan CASH untuk Pelaburan Kemudian

    Bila kita ada RM100,000 duit tepi untuk dilaburkan, jangan sesekali laburkan semua. Ada bahagian yang perlu disimpan untuk dilaburkan kemudian. Ratio nya yang penting bergantung kepada risiko yang boleh diambil kira oleh pelabur. Ini penting untuk strategi Dollar Cost Averaging. Pada permulaan untuk melabur apa yang penting adalah bila kita ada duit untuk dilaburkan. Seterusnya adalah penambahan yang perlu dibuat jika berlaku penurunan harga.

    Ada yang tak berapa setuju, katanya, tunggu saja lah waktu harga rendah, kenapa dah labur sebelumni? Jawapan saya mudah je, itu kalau turun, kalau harganya naik? Macam mana pula? Kita tak mungkin tahu harga naik ataupun turun dikemudian hari, jangkaan untuk keduanya adalah tetap 50%-50%. Mana mungkin kita tahu, hari yang cerah bakal hujan ditengahari? Sebab tu strategi pelaburan ni mungkin bakal berubah mengikut keadaan semasa. Jadi sentiasalah berbincang dengan Adviser. Adviser akan ada beberapa plan seterusnya.

    Fokus Pelaburan Jangka Masa Panjang

    Saya selalu umpamakan pelaburan ni macam tanam pokok durian, bukan pokok cili. Ambil masa untuk besar dan berbuah. Kita tahu pokok durian akan ambil masa 5 tahun untuk berbuah, jadi kita akan fokus kepada bajakan pokok durian kita bukannya dah tanya hasil buah. Begitulah juga pelaburan, jangka masa panjang 5 tahun, jadi kita dah faham apa yang perlu kita lakukan bagi mendapatkan hasil 5tahun akan datang. Strategi di awal pelaburan bakal mendapat tempat disini. Jangan terkejut ramai yang gagal diperingkat awal. pelaburan ni, Kerana diperingkat ini banyak perlukan kesabaran. Kebanyakan kita tak sabar nak hasil dalam masa terdekat.

    Diversifikasi dalam Pelaburan

      Diversifikasi atau pelbagaikan pelaburan, hatta di unit trust sendiri. Penting untuk kita subscribe beberapa fund yang berbeza fokus pelaburannya agar portfolio kita balance. Bila fund A mengalami kerugian, dalam masa yang sama Fund B pula akan memberikan keuntungan kepada kita. Inilah yang dinamakan diverfisikasi dalam pelaburan unit trust. Selain itu, kita boleh adakan pelaburan di tempat lain, bukan hanya fokus kepada unit trust semata.

      Semoga perbincangan kali ini memberi manfaat kepada yang sudi membaca. Perlukan perbincangan sila pilih tarik dan masa untuk perbincangan secara online dengan Adviser HidayahWan; https://BlogHidayah.wasap.my

      Terima Kasih

      Leave a comment

      This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.