Bila sebut pelaburan, yang terus terlintas difikiran kita adalah RUGI. Jarang kita dengar pelabur tegar kongsi rahsia untung dalam dunia pelaburan. Ada 5 RAHSIA BESAR untung dalam pelaburan dan ia sangat mudah. Namun ramai diantara kita yang tidak berjaya meraih keuntungan kerana kurang SABAR. Dalam dunia pelaburan sabar itu duit.
1. MINDSET Melabur confirm RUGI
Ye TEPAT sekali, memang betul. Bila melabur risiko utama yang perlu kita sedia telan adalah RUGI. Bagi mereka yang celik pelaburan, ratio kerugian adalah 25% berbanding keUNTUNGan yang bakal diterima. 1:3 adalah ratio sihat kawan yang celik pelaburan akan congak dahulu. Bermaksud, jika ia bakal rugi dalam proses correction sebanyak 25%, maka keuntungan yang bakal diterima adalah 75%. Persoalan kedua adalah masa, berapa lama masa correction sebelum untung? ini bergantung kepada objektif pelaburan kita. Bukan semua, cuma kebanyak dari kita melabur sebab nak UNTUNG sahaja. Sebenarnya, rahsia besar untung dalam pelaburan ni mudahje. Bila rugi yang salah adalah investment adviser, syarikat, ekonomi negara dan dunia. Lepas ni discuss dengan investment adviser ye.
2. Pelaburan adalah Perniagaan
Pelaburan ni adalah salah satu bidang perniagaan ye, tetapi yang selalu kita dengar adalah main saham, main laburje kan. Jangan anggap saham adalah satu permainan, kerana selepas itu akan muncul pula ayat yang lagi tak sedap didengar iaitu; melabur ni HARAM. Sebenarnya, rahsia besar untung dalam pelaburan ni mudahje. Kenapa pelaburan adalah perniagaan? Semua orang tahu Warren Buffett adalah salah seorang pelabur paling berjaya di dunia. Gelaran dia sebagai Oracle of Omaha pun dah cukup untuk menggambarkan betapa hebatnya dia dalam dunia pelaburan. Dalam lebih 60 tahun, Buffett dah berjaya bina empayar kekayaan dengan prinsip-prinsip pelaburan yang sangat mudah dan berkesan. Saya suka sebut KISS – Keep It Short and Simple.
Ramai yang cuba ikut jejak langkah dia, tapi tak semua berjaya. Buffett selalu anggap saham sebagai sebahagian dari perniagaan. Bila beli saham, dia sebenarnya beli kepentingan dalam syarikat tu. Jadi, penting untuk kita faham perniagaan syarikat tu sebelum buat keputusan melabur. Jika kita melabur di unit trust pula, penting untuk kita tahu objektif fund yang kita subscribe atau pilih. Penting untuk kita faham pelaburan fund tadi di laburkan dinegara mana? di sektor mana dan di saham pilihan yang mana. Selepas itu kita boleh rujuk objektif pelaburan samaada growth fund atau dividend fund atau mixed income fund dalam jangka masa sederhana panjang 3-5 tahun atau panjang lebih dari 5 tahun.

3. Nilai Saham atau Fund semasa kita beli
Nilai saham atau fund ini agak teknikal sedikit, saya nasihatkan kawan berbincang dengan saya dulu dengan memilih slot open discussion dengan saya secara dalam talian dahulu ye. Ada beberapa faktor yang perlu diteliti di Master Prospectus Fund pilihan sebelum membuat keputusan untuk membeli fund tersebut. Buffett takkan bayar lebih untuk saham. Sebelum beli, dia akan kira nilai sebenar syarikat dan pastikan dia beli pada harga yang berbaloi. Sebenarnya, rahsia besar untung dalam pelaburan ni mudahje. Macam mana nak tahu nilai saham rendah atau tinggi? Ini perlu perbincangan ilmiah dengan investment adviser ye.
4. Pelaburan Jangka Panjang
Pelaburan perlukan masa, dan tiada pelaburan jangka masa pendek. Ingat rule pelaburan yang satu ni sampai bila-bila. Jangan lagi terlibat dengan pelaburan too good to be true. Buffett, bapa pelaburan terkenal dengan kesabarannya. Dia melabur untuk jangka panjang, bukan untuk untung cepat. Beli saham, pegang, dan tunggu sampai syarikat tu berkembang. Bagi dia, masa adalah kawan baik pelabur. Saya pula suka sebut dalam dunia pelaburan, sabar itu duit.
Tapi walaupun prinsip ni nampak mudah, ramai yang RUGI dalam pelaburan saham atau unit trust sebab mereka ikut jalan yang salah. Mereka tak ikut strategi Buffett, sebaliknya mereka copy mindset dan cara yang menyebabkan kerugian. Mindset nak untung cepat, nak untung berlipat kali ganda. Inilah neraka pelaburan. Padahal sebenarnya, rahsia besar untung dalam pelaburan ni mudahje.
5. Prinsip PELABURAN yang Jelas
Akhir sekali, dalam pelaburan ada prinsip. Hanya mereka yang pegang prinsip pelaburan sahaja yang boleh berjaya. Prinsip ni bukan tentang nak kaya cepat, tapi lebih kepada pendekatan sabar, bijak, dan sistematik dalam melabur. Ye setiap pelaburan ada strateginya yang tersendiri. Sebenarnya, rahsia besar untung dalam pelaburan ni mudahje. Pelaburan yang sistematik pasti akan menguntungkan pelabur. Ambil tahu dengan lebih lanjut, Klik sini untuk open discussion https://BlogHidayah.wasap.my
Sekian
HidayahWan