Bila cerita bab melabur, ramai yang memberi feedback negatif berbanding yang positif. Kenapa begini? Sebenarnya, bila Sis Ida perhatikan dari yang datang mengadu kepada Sis Ida melalui wasap atau call (link ada kat sebelah ni). Silapnya datang dari diri sendiri yang melabur tanpa tahu apa-apa. Melabur tanpa ada ilmu pelaburan langsung. Lebih parah melabur dengan ada ilmu yang salah, tetapi dengan yakin berpegang itulah yang benar hasil dari cerita sipulan yang dia sendiri tak kenal pun. Aduhhhh.
Meh Sis Ida share pengalaman yang setahun jagung baru cecah 10 tahun dalam industri pelaburan ni. Sebelum melabur mesti ada ilmu pelaburan.
- Dengar dan baca apa yang ditulis di social media dan terus percaya bulat-bulat. Sebetulnya, baca dan fikir dengan akal yang bijak. Kenapa begini dan kenapa begitu. Selalu amalkan ambil pendapat dari 3 orang yang berbeza; 1 orang yang benci tentang pelaburan, 2: Orang yang suka dengan pelaburan dan ke3; orang yang tidak memihak kepada mana2x dan memberi ulasan yang jujur.
- Kemudian buatlah keputusan sendiri, kerana yang menanggung untung atau rugi adalah diri sendiri.
- Selalu dengar penjelasan sampai habis bukan sekerat atau dengan hanya 1 artikel atau video sahaja. Kebanyakan mereka mengeluarkan artikel atau video itu untuk kepentingan mereka sahaja.
Boleh relate dengan kisah ini;

Semalam, teringin nak makan siakap 3 rasa. Dah terbayang kesedapan dan ranggup ikan yang digoreng sebelum dicurahkan sos 3 rasa. Sambil drive balik duk fikir nak beli atau nak masak sendiri? Kalau beli nak beli dikedai mana? Kedai A ni dekat, tak pernah rasa siakap 3 rasa disana. Sebelumni pernah beli mee goreng basah. Mee goreng basah dia memang sesedap rasa.

Kalau beli di kedai B, jauh pulak nak kene pusing ke jalan besar sana pulak. Tetapi pernah rasa siakap 3 rasa dia mmg umppp. Cuma kedai ni bahan perencahnya agak banyak. Sis ni sejenis alergik dengan bahan perencah ni. Sedap dimakan, lepas tu duk garu hidung sebab gatal. Haishhh macam mana ni.
Kalau beli ikan dan bahan, masak sendiri ikut rasa sesedap sendiri tanpa letak bahan perencah kan bagus jugak. Boleh makan sedap, lepas tu pun tak gatal hidung. Cuma sempat ke nak masak ni?
Dalam duk fikir, ambik keputusan pilihan ke3. Berhenti di kedai beli ikan, tomato, daun sup. Minta tuan kedai buangkan sisik dan insang sahaja. Kenapa? Sebab selalu orang kedai akan potong dan buang isi bawah perut tu sekali sepeti dalam gambar ni. Gambaran mesti jelas di fikiran kita ye kawan.

Sampai rumah, terus cergas mandi dan solat asar dulu. Selesaikan yang wajib. Kemudian barulah kedapur, keluarkan ikan potong bahagian bawah sepeti dalam gambar dan buang perut ikan. Basuh dengan air asam kemudian barulah disalut dengan garam, kunyit, tepung gandum dan tepung jagung. Ketepikan dan masak sos 3 rasa tanpa bahan perencah. Siap, bila nak makan barulah digoreng ikannya. So barulah ranggup sepeti yang dibayangkan dari petang tadi.
Maka Sis makan lah ikan ni dengan gembiranya, sesedap rasa selera sendiri dan tidak gatal hidung. Maka apa kesimpulan yang diperolehi dari kisah simple ini?
- Bila kita dah ada expectation dalam pelaburan, fikirkan apa option yang kita ada dan listkan.
- Buat timbal balik, pro dan contr untuk setiap pilihan yang kita ada.
- Doa dan buat keputusan dan teruskan dengan keputusan yang kita dah pilih.
- Jangan berlengah atau batalkan niat asal untuk melabur kerana takut memilih pilihan yang ada.
- Namun, kalau tak berani dengan ombak jangan sesekali naik bot ye tak?
- Dan perlu juga diingat, jangan iri hati dan menyesal bila nanti orang lain senang lenang menerima hasil pelaburan mereka.

Kesimpulannya, jika mahukan seperti yang dibayangkan, lebih bagus jika kita jadi consultant dan jagalah pelaburan sendiri. Tiada agent atau consultant yang akan kita marah atau hentam dikemudian hari.
Belajar ilu pelaburan untu manage pelaburan sendiri ni sangat mudah. Hanya perlu tahu strategi pelaburan yang betul dan yang dah terbukti berjaya.
Tiada millionaire dari trading saham, bitcoin. Namun ramai millionaire dari pelaburan jangka masa panjang. Apa lagi yang menjaga pelaburan sendiri.
Tiada millionaire dari penulis artikel di social media, namun ramai millionaire yang mengambil tindakan yang tepat dari penulisan di social media.
Semoga bermanfaat
Sis Ida.