Pelaburan HARTANAH vs Unit Trust

INDAHNYA PeLABURan HARTANAH

Bila kita nak pelbagaikan pelaburan kita, wajib untuk kita ambil tahu perbezaan antara 2 pelaburan ini. Kaji baik buruk, untung rugi kedua-dua pelaburan.

Jika beli rumah untuk disewakan dan akhirnya rumah tadi jadi hak saya. Harga rumah juga meningkat. Berapa % kenaikan harga rumah dalam tempoh berapa lama. Adakah duit sewa rumah dapat membayar semua ansurans pinjaman rumah tadi. WAHHH senangnyer.

Jom cari rumah yang ada potensi untuk disewa. Beli dan sewakan sekarang. Jom kita buat kira-kira.

Contoh rumah yang kita beli dengan harga RM500K. Deposit sebanyak 10% = RM50K. Maka Loan rumah kita adalah RM450K. Interest sekarang adalah 4.55%. Maka ansurans pinjaman rumah yang perlu dibayar setiap bulan adalah RM2514.03.

loan calculator

Jumlah keseluruhan loan yang kita perlu bayar adalah RM754,211.43 selama 25 tahun. Sepanjang tempoh 25 tahun selepas locked-in period agaknya berapakah nilai harga rumah ini? Adakah memberi keuntungan yang berbaloi kepada kita?

Kajian menunjukkan kebanyakan rumah di Malaysia yang disewa bakal breakeven dari jumlah loan dalam tempoh 16tahun. Bermaksud dalam pelaburan hartanah, pemilik rumah bakal mendapat duit capital dalam jangka masa 16tahun.

WOW ini tempoh masa yang singkat ataupun lama bagi kita? Jika kita boleh bersabar maka yes, sila mulakan pelaburan hartanah.

DERITAnya PeLABURan HARTANAH

Dalam tempoh masa 25tahun, rumah kita tadi disewakan dan wajib sentiasa ada penyewa supaya kita tidak menggaru kepala untuk mandapatkan wang membayar ansuran bulanan rumah kita. Namun jika kita ada duit untuk bayaran bulanan, maka kita tidak perlu risau.

Kita perlu sediakan dokumen aggrement rumah atau minta lawyer sediakan supaya penyewa rumah kita tahu komitmen dia sebagai penyewa.

Rumah kita dihuni oleh penyewa, rumah itu bukan hak milik dia. Maka sekadar duduk untuk berlindung oleh penyewa tidak sama dengan tuan rumah sendiri.

Rumah kita terdedah kepada masalah paip bocor, atap bocor, tandas tersumpat. sinki tersumbat. saluran najis tersumbat. masalah wayar elektrik. lampu terbakar. Ini antara masalah yang bakal kita hadapi dan perlu diselesaikan dengan kadar segera.

Penambahbaikan rumah dari masa ke semasa juga perlu dilakukan, rumah perlu dicat baru, wayar elektrik perlu ditukar.

rumah rosak

 

Kita sebagai pemilik rumah perlu memastikan bil elektrik, bil air, cukai pintu dibayar dalam tempoh masa yang ditetapkan setiap bulan.

Situasi yang paling menakutkan bila penyewa kita lari tanpa khabar, merosakkan rumah kita dan merompak rumah kita. Kita terdedah dengan keadaan ini, jika kita tiada masa untuk menjenguk atau bertanya khabar penyewa kita. Isu begini jarang berlaku tetapi inilah mimpi ngeri pemilik rumah.

INDAHnya PeLABURAN Unit Trust

Simpan duit dan simpan duit sahaja. Ya jumpalah dengan Unit Trust Consultant dan mulah melabur. Agent Unit Trust akan menceritakan yang indah, pulangan yang best untuk kita sebagai pelabur. Melabur di Unit Trust tiada risiko, ye tiada risiko. Pelaburan jangka masa panjang, seolah kita campak duit dan duduk diam-diam.

compounding investment

Jumlah simpanan yang sama nilainya dengan jumlah bayaran ansurans bulanan rumah. RM2500 setiap bulan selama 10tahun sahaja. Maka jumlah yang disimpan selasa 10tahun berjumlah RM302,362.00. Selepas itu pelabur perlu menyimpan duit tadi di unit trust selama 15tahun supaya dividen kita berganda selama 15tahun ini.

Selepas 15 tahun jumlah wang yang kita bakal perolehi adalah hampir mencecah 1JUTA. Wahh Untungkan dan indahnya pelaburan unit trust.

compouding unit trust.png

Berbincanglah dengan Unit Trust Consultant untuk memilih fund terbaik dengan jumlah wang yang bakal dilaburkan beserta tempoh masa yang kita boleh tunggu. Selain dari potensi pulangan yang boleh buat ita senyum lebar.

Ada syarikat unit trust yang menawarkan Takaful PERCUMA dari fund terpilih dan juga jika kita melabur dengan jumlah minimum yang ditetapkan untuk mendapat keistimewaan ini.

Dengan pelaburan unit amanah, kita tidak perlu memikirkan semua permasalahan memiliki rumah. Wang kita juga dilaburkan oleh Fund Manager yang bertauliah dari syarikat unit trust yang berdaftar. Ini sepuluh syarikat Unit Trust diMalaysia;

10 syarikat Unit Trust 2018.png

Sumber dari Lipper ni, boleh didapati juga dari laman web Lipper.

 

DERITA peLABURan Unit Trust

Kebanyakan dari kita percayakan Unit Trust Consultant untuk memantau pelaburan kita di unit trust. Kerana Agent Unit Trust mendapat komisyen, jadi kita akan biarkan Agent Unit Trust melakukan kerja mereka.

Mimpi ngeri berlaku jika, pelaburan unit trust kita menunjukkan kerugian dan unit trust consultant tidak dapat memberikan jawapan kepada kita. Sebelum melabur, Agent Unit Trust mengatakan tiada rugi. TETAPI sekarang saya tengok pelaburan unit trust saya rugi. Kenapa ini berlaku? Baca sini.

Paling teruk ialah Agent Unit Trust saya terMINATED, tidak lagi menjadi agent unit trust. Atau masih menjadi Agent Unit Trust, tetapi berpindah ke syarikat Unit Trust yang lain. Dia mula mempromosikan Syarikat Unit Trust yang lain pula. eh sebelum ni dia promosi syarikat A sekarang dia kata syarikat A tak bagus pula. Konfius kan

Apa perlu saya buat? Bagaimana saya nak tahu status pelaburan unit amanah saya disyarikat sebelum ini? Sebelum ini, saya bergantung sepenuhnya kepada agent unit trust saya sahaja untuk datang menceritakan status pelaburan unit amanah saya.

APa perlu saya lakukan? Baca disini

atau terus contact Unit Trust Consultant http://BlogHidayah.wasap.my

 

Apa STATUS pelaburan saya??

Apa status pelaburan saya? Macam mana cara untuk saya tahu status pelaburan. Kemana dan bagaimana untuk saya tahu?

Adakah ini persoalan yang bermain difikiran sekarang? Kalau YA jawapannya, maka disini hidayah bagitahu caranya. Jangan risau. Pilih langkah dibawah untuk selesaikan.

  1. Terus pergi mana mana branch unit trust yang terdekat dengan kita. Bawa ic untuk cek status pelaburan disana. Staff disana akan membantu kita menerangkan apa yang patut kita tahu. Status pelaburan untung atau rugi kita terus akan tahu.

  2. Hubungi kami

  3. Click disini untuk kami hubungi. Mudah kami akan tolong anda selesaikan semuanya dalam tempoh masa yang singkat.

Saving Plan Vs Unit Trust

Plan Simpanan adalah plan yang biasanya ditawarkan oleh agensi insurans atau takaful diMalaysia. Apakah keistimewaan plan simpanan;

  • Locked-in 20/30/50 tahun

  • Pulangan 100-150%

  • Bayaran tetap setiap bulan

  • 8 tahun dapat untung

  • Lindungan TAKAFUL

Unit Trust pula ditawarkan oleh Syarikat Unit Trust. Keistimewaan Unit Trust adalah;

  • Locked-in average 10 tahun

  • Potensi Pulangan 8-10% : 1000%

  • Bayaran yang fleksibel

  • 100% pulangan selepas 10 tahun

  • Perlindungan Takaful yang lebih baik

apa unit trust.png

 

Tahukah KITA boleh dapat;

  • Sehingga 3JUTA perlindungan untuk kematian secara semulajadi atau kematian akibat kemalangan.

  • Sehingga 5JUTA jika berlaku kemalangan

  • Sehingga 1.5JUTA Jika hilang upaya kekal

  • Dengan hanya menyimpan sebanyak RM50 setiap bulan sahaja

Financial Planning / Power Pelaburan

Terdapat 3 fasa dalam power pelaburan

  1. Risk Planning & Protection; Dalam fasa ini, kita perlu adakan insurans atau takaful untuk diri kita. Ini penting bagi mengurangkan risiko bebanan kewangan kepada diri sendiri dan orang tersayang jika berlaku kecelakaan pada diri kita.
  2. Kekayaan BerGANDA; Dalam fasa ini kita mengumpul aset dan menwujudkan pendapatan pasif kepada diri kita. Kita ada pelaburan dalam hartanah/saham/pegangan saham dalam sesuatu syarikat. Kita juga ada mutual funds atau unit trust.
  3. PeRANCANGan HARTA; Ini fasa terakhir untuk melengkapkan fasa power pelaburan kita. Menyediakan wasiat terSANGATlah penting bagi memastikan urusan dipermudahkan bila kita meninggal kelak.

Market berDARAH

Semalam saham malaysia pada 9 Oktober 2018 klci melakukan terjunan ke laut. Nampak tak dari chart diatas…. Terjunan klci atau seolah olah klci turun slide dengan jayanya dan tidak melakukan kenaikan semula. Turun hingga ke bawah terus diakhir waktu dagangan semalam. Inilah dia patern saham malaysia.

Pagi ini Dow Jones membentuk “candle” merah yang panjang. Seterusnya menenggelamkan kenaikan dari bulan september 2018. Saham malaysia beb!

Sebelum itu Dow Jones telah memberi 2 kali signal kejatuhan 3 hari berturut turut. Inilah dia dia chart saham secara teknikal ia boleh dibaca oleh mereka yang ada sedikit ilmu. Dan ianya boleh dibaca secara details oleh “charties”. Ini saham luar negara.

IMG_20181011_134512

Kerana impak ini, klci bursa saham malaysia meneruskan penurunan 1 jam pertama market dibuka pagi tadi.

IMG_20181011_134600.jpg

Klci dijangka akan akan meneruskan terjunan kelaut lebih dalam dan mendatar sementara dilautan itu sebelum melakukan kenaikan ke atas semula. Ini berlaku kerana beberapa faktor;

  1. Dow Jones alan melakukan correction sebelum kenaikan lebih jauh keatas. Ini memang senantiasa berlaku.

  2. Saham malaysia mendatar sementara menunggu hari pembentangan bajet 2018. Tambahan inilaj bajet pertama yang bakal dibentangkan olrh kerajayaan malaysia baru.

  3. Kebanyakan pedagang luar dan dalam negara, malah institusi dan jerung market sedang menyelamatkan cash mereka dan menunggu waktu yang sesuai untuk berdagang semula.

  4. Kita sebagai pelabur bilis pun mesti pandai tumpang sekaki dengan keadaan begini.

Correction yang dilakukan ini adalah perkara biasa berlaku di saham. Cycle nya akan berulang ulang. Melabur saham mesti ada ilmu yang yang yang cukup dan jiwa yang kental.

Saya nak melabur di saham saham terkemuka tetapi saya tidak mahu sakit kepala untuk tengok chart macam ni? Apakah alternatif yang saya ada? Baca disini.