Calculator Zakat Pendapatan

Dalam Islam , zakat adalah rukun islam yang ke 4. Sebagai seorang Islam wajib untuk kita membayar zakat. Zakat atau bahasa mudah adalah pembersihan atau penyucian harta. Suruhan Allah kepada hambanya.

Zakat bukanlah menderma tetapi sejumlah wang yang wajib dibayar. Perkara termaktub dalam rukun islam dan setiap umat islam wajib membayar zakat.

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT

Zakat wajib dibayar oleh mereka yang layak. Namun siapa pula golongan mereka yang sepatutnya mendapat bayaran zakat? 

1. Golongan Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Golongan Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu : a) Beragama Islam + Baru memeluk agama Islam + Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya. + Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. b) Bukan beragama Islam + Boleh dipujuk supaya masuk Islam. + Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

 

5. Al-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

 

6. Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabiillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

 

Semoga bermanfaat. Calculator zakat pendapatan

Apa yang perlu kita tahu mengenai ZAKAT

Dalam Islam , zakat adalah rukun islam yang ke 4. Sebagai seorang Islam wajib untuk kita membayar zakat. Zakat atau bahasa mudah adalah pembersihan atau penyucian harta. Suruhan Allah kepada hambanya.

Zakat bukanlah menderma tetapi sejumlah wang yang wajib dibayar. Perkara termaktub dalam rukun islam dan setiap umat islam wajib membayar zakat.

Zakat dibayar kepada pemegang amanah dibawah fatwa negeri. Contohnya Pengurusan Zakat Selangor adalah pemegang amanah dibawah fatwa Negeri Selangor untuk rakyat Selangor.

“Dalam undang-undang zakat kepada pelaburan yang dilaburkan di market adalah sama dengan zakat perniagaan (urudh tijarah), sama ada pelaburan itu untuk didagangkan atau disimpan.”

SYARAT-SYARAT ZAKAT

Setiap seorang dari muslim, waras, dewasa, cukup nisab dalam tempoh setahun dan cukup haul pengiraan. Nisab ini merujuk kepada jumlah minimum kekayaan yang dimiliki oleh seseorang muslim sebelum membayar zakat. Jumlah minimum ini berbeza mengikut harga pasaran sejumlah 85gram emas tulen. Harganya berbeza mengikut negeri. Macam mana cara calculator zakat pelaburan?

cropped-hidayah-power-kewangan.jpg

CALCULATOR ZAKAT PELABURAN

Calculator zakat pelaburan untuk pelaburan unit amanah adalah seperti berikut:

(Nilai Pelaburan pada akhir tempoh haul  +  Jumlah Keuntungan setahun)    x    2.5%

Contoh

Ida ada pelaburan unit amanah dari 5 tahun lepas di fund A melebihi dari 1 tahun. Contoh transaksi pelaburan unit amanah Ida adalah seperti dibawah:

Screenshot 2018-12-14 at 1.11.13 PM.png

Sehingga tarikh 31.12.2017, nilai pelaburan Ida adalah RM50,197.45 yang mana nilai nya lebih tinggi dari nilai nisab. Untuk nilai pelaburan ini, pengiraan zakat yang perlu dibayar adalah RM50,197.45 x 2.5% = RM1254.94. 

Jadi pelaburan yang tidak ditolak zakat pun tidak mengapa, kerana pengiraan zakat ini sangat mudah dan ia nya boleh dibayar secara dalam talian.

Terima Kasih,

HidayahWan menulis calculator zakat pendapatan dan pelaburan

Skim Persaraan Swasta (PRS)

SKIM PERSARAAN SWASTA (PRS)

PRS adalah salah satu alternatif kepada tabung persaraan kita dihari tua kelak. PRS diperkenalkan 3 tahun lepas oleh kerajaan Malaysia. Kita digalakkan untuk membuka akaun PRS untuk mewujudkan tabung persaraan kita atau mungkin mewujudkan tabung kedua persaraan kita.

Kita boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 dengan hanya membuka akaun dan menyimpan di PRS.  Untuk tahun berakhir 2018 kita masih punya masa lebih kurang 2 minggu untuk memulakan simpanan bagi pelepasan cukai ini.

 

Pihak kerajaan juga menggalakkan golongan muda membuka dan menyimpan di akaun PRS. Dengan hanya simpanan sebanyak RM1000, pihak kerajaan dengan gembira menambah pelaburan kepada kita sekali ganda iaitu RM1000 lagi. Jadi simpanan wang kita di PRS menjadi RM2000. Ini juga bermakna kita bakal untung 100% ROI. Mudahkan

Syarat untuk mendapat RM1000 dari kerajaan ni khas untuk belia berumur 20-31 tahun sahaja

 

 

 

 

Jadual Simpanan Baru Skim Pelaburan Ahli 2019

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengeluarkan jadual simpanan baru skim pelaburan ahli untuk tahun 2019. Kenaikan dari RM228,000 kepada RM240,000 iaitu sebanyak RM12,000. Persoalannya kenapa ada kenaikan sehingga RM12,000 ?

Bila KWSP mengumumkan kenaikan jumlah simpanan asas ini, adalah petanda KWSP telah mengkaji jumlah simpanan asas ini tadi. Pada kiraan saya jumlah simpanan asa sebelum ini adalah SUDAH TIDAK MENCUKUPI. Ahli perlu menambah jumlah simpanan asas bagi menampung belanjawan mereka dihari tua kelak.

Simpanan asas ini diguna oleh ahli bagi tujuan pelaburan ke unit amanah yang diiktiraf sendiri oleh pihak KWSP. Sebelum ini pihak KWSP meminta agar ahli melakukan pelaburan dari wang simpanan bagi mengembangkan wang simpanan hari tua ini supaya jumlahnya mencukupi.

Kenaikan sebanyak RM5000 ke RM12,000 mengikut umur ahli adalah sesuai dengan keadaan nilai wang sekarang. Jika dikira sejumlah RM1000 adalah wang yang bakal dibelanjakan sebulan oleh mereka yang bekerja swasta bermula pada umur 56 sehingga umur 75 tahun. Dalam erti kata lain, pihak kerajaan mengangap rakyat Malaysia bakal hidup sehingga umur 75 tahun secara purata.

Jadual simpanan ahli baru 2019.png

Adakah RM1000 sebulan mencukupi untuk kita nanti? Bayangkan sekarang belanja kita RM7000. Apabila bersara kelak, kita hanya boleh belanja RM1000 sahaja. Adakah kita sanggup menurunkan cara hidup kita nanti? Adakah RM1000 mencukupi untuk kita kelak?

Jelas pelaburan wang simpanan KWSP perlu kita lakukan supaya wang simpanan hari tua kita bertambah sebanyak yang boleh dari sekarang. Pihak berwajib sudahpun melakukan penyelidikan dan membenarkan pelaburan wang ahli ini. Jadi kenapa kita masih tidak memulakan pelaburan wang ahli.

Pelaburan wang simpanan ahli adalah salah satu cara megembangkan wang sedia ada, selain mewujudkan simpanan wang pasif kepada kita kelak. Diantara idea mewujudkan wang pasif adalah dengan mewujudkan rumah yang disewa, pelaburan emas dan juga perniagaan yang memberi untung kepada kita secara berterusan.

Akhir sekali, sebelum memulakan pelaburan ahli, bacalah master prospektus pelaburan supaya kita faham ojektif pelaburan. Pilihkan syarikat yang gah dan stabil. Financial Advisor yang hebat dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.

PEMEGANG AMANAH BUKAN PENERIMA HARTA

APA BEZA ANTARA PENTADBIR HARTA, PEMEGANG AMANAH DAN WAKIL KUASA DALAM URUSAN HARTANAH KELUARGA

Ramai diantara kita yang keliru tentang istilah Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa (Power of Attorney), khususnya dalam urusan melibatkan hartanah keluarga.

Ketiga-tiganya nampak sama tapi tak serupa. Hakikatnya ia berbeza dari segi maksud dan perlaksanaannya.

A. Pentadbir Harta

  1. Pentadbir harta merujuk kepada seseorang atau satu pihak yang dilantik sama ada oleh tuan tanah semasa beliau masih hidup tetapi hanya berkuatkusa setelah beliau meninggal dunia kelak, atau dilantik oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk mentadbir dan menguruskan harta tuan tanah tersebut setelah beliau meninggal dunia bagi pihak waris simati atau pihak-pihak tertentu, sebagaimana yang diputuskan oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah, sehingga harta tersebut diserahkan secara sah berdasarkan undang-undang kepada waris-waris atau pihak-pihak tersebut.

2. Biasanya Pentadbir Harta dilantik sekiranya semasa simati meninggal dunia terdapat waris-waris beliau yang masih bawah umur atau hilang upaya dari segi undang-undang untuk memiliki harta atau harta tersebut terdapat sesuatu sekatan tertentu yang mana perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum ianya boleh diserahkan kepada waris atau pihak-pihak tertentu.

  1. Kedudukan pentadbir harta hanyalah sekadar sebagai pengurus, pentadbir dan memegang amanah bagi pihak si mati sehinggalah harta tersebut diserahkan kepada waris yang sepatutnya atau sehingga kesemua pembahagian harta tersebut selesai.

  2. Pentadbir harta tidak ada hak pemilikan atau kepentingan terhadap harta yang ditadbirnya melainkan beliau sendiri adalah salah seorang waris yang berhak menerima harta simati tersebut. Ertinya beliau tidak ada kuasa secara otomatik untuk menjual atau memindahmilikkan harta tersebut kepada mana-mana pihak selain daripada waris-waris yang sah yang berhak menerima harta tersebut, melainkan ada suatu perintah daripada pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk berbuat demikian.

  3. Pentadbir Harta boleh dilantik sama ada di kalangan waris si mati itu sendiri atau pihak-pihak lain yang difikirkan sesuai oleh pejabat pusaka kecil atau mahkamah, misalnya Amanah Raya Berhad.

 

Pentadbir Harta boleh dilantik lebih daripada seorang dan boleh digantikan dengan pentadbir harta lain sekiranya pentadbir harta itu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik dan amanah.

7. Kelebihan kepada pelabur unit amanah dari Public Mutual disini. Mereka boleh memilih PB Trustee sebagai pemegang amanah kepada semua harta mereka. Tidak terhad kepada pelaburan mereka sahaja. Beruntungkan. Menjadi pelabur dengan jumlah terkumpul RM150,000.00 secara automatik mereka boleh melantik PB TRUSTEE. Jika anda adalah pelabur unit amanah dan tidak tahu mengenai hal ini, sila hubungi hidayahwan untuk berbincang

http://bloghidayah.wasap.my/

peranan pemegang amanah

B. Pemegang Amanah

  1. Pemegang Amanah adalah seseorang atau satu pihak yang dilantik oleh tuan tanah semasa beliau masih hidup dan akan berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja pelantikan pemegang amanah dibuat.

  2. Kebiasaannya Pemegang Amanah dilantik oleh tuan tanah itu sendiri untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawab bagi pihak tuan tanah atau bagi pihak orang lain yang berkepentingan dengan tanah tersebut.

3. Misalnya Pemegang Amanah boleh dilantik sekiranya tuan tanah ingin menghibahkan hartanya kepada anak-anaknya yang bawah umur atau pihak-pihak lain yang tidak layak dari segi undang-undang untuk memiliki harta tersebut, misalnya seseorang yang cacat dan sebagainya.

  1. Pemegang Amanah juga boleh dilantik untuk tujuan menguruskan dan memegang amanah bagi pihak orang lain yang mempunyai hak pemilikan dan kepentingan terhadap tanah tersebut tetapi hak pemilikan tersebut tidak dapat didaftarkan di dalam geran akibat kekangan undang-undang dan sebagainya. Misalnya 5 orang pembeli dikalangan adik beradik atau rakan rapat berkongsi duit beli tanah pertanian berkeluasan 1 ekar untuk tujuan sama-sama uruskan urusan pecah lot.

Memandangkan terdapat kekangan dari segi undang-undang yang mensyaratkan tanah pertanian hanya boleh dipindah milikkan kepada satu nama sahaja untuk setiap 1 ekar, maka hanya salah seorang di kalangan 5 orang pembeli tersebut akan didaftarkan namanya di dalam geran. Dan 4 orang pembeli yang lain akan melantik pembeli yang namanya didaftarkan dalam geran tadi sebagai Pemegang Amanah sebagai instrument sementara sebelum geran individu berstatus bangunan dikeluarkan dan pindahmilik dibuat daripada pemegang amanah kepada pemberi amanah.

  1. Untuk mewujudkan ikatan Pemegang Amanah yang sah, satu surat cara Ikatan Amanah akan ditandatangani oleh pemberi amanah dan pemegang amanah. Surat Ikatan Amanah tersebut akan didaftarkan di Pejabat Tanah. Untuk melindungi hak dan kepentingan pemberi amanah atau pihak yang berkepentingan melalui Ikatan Amanah tersebut, mereka boleh memohon Pentadbir Tanah memasukkan Kaveat Amanah ke atas tanah tersebut.

  2. Sama seperti Pentadbir Harta, Pemegang Amanah juga tidak ada hak dan kuasa penuh terhadap hartanah tersebut. Ertinya Pemegang Amanah tidak boleh sewenang wenangnya menjual atau memindahmilikkan tanah tersebut kepada pihak-pihak lain melainkan dengan persetujuan daripada pemberi amanah itu sendiri.

C. Wakil Kuasa

  1. Wakil kuasa adalah seseorang yang dilantik oleh tuan tanah sebagai wakilnya yang sah untuk melakukan sesuatu perkara atau tanggungjawab tertentu yang sepatutnya dilakukan oleh tuan tanah tersebut berkenaan dengan tanahnya itu.

  2. Wakil kuasa boleh mempunyai kuasa penuh (full power of attorney) atau terhad (limited power of attorney) bergantung kepada setakat mana kuasa yang diberikan oleh tuan tanah kepadanya.

  3. Kedudukan wakil kuasa ini adalah sama seperti seolah-olah dia adalah tuan tanah itu sendiri, tertakluk kepada kuasa kuasa yang diberikan oleh tuan tanah kepadanya.

4. Untuk mewujudkan ikatan wakil kuasa ini, satu Surat Wakil Kuasa akan ditandatangani oleh tuan tanah dan wakil kuasa dan ianya hendaklah didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah berkenaan. Wakil kuasa akan terikat untuk melaksanakan tanggungjawabnya bagi pihak tuan tanah mengikut kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya.

  1. Kuasa-kuasa tadi boleh dibatalkan atau ditarik balik bergantung kepada jenis kuasa yang diberikan kepadanya. Wakil kuasa yang boleh dibatalkan atau ditarik balik dipanggil sebagai Revocable Power of Attorney, manakala Wakil kuasa yang tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik dipanggil sebagai Irrevocable Power of Attorney.

  2. Tidak seperti Pentadbir Harta dan Pemegang Amanah, Wakil Kuasa mempunyai hak dan kuasa sama seperti hak dan kuasa tuan tanah ke atas tanah tersebut. Ertinya jika tuan tanah memberikan kuasa kepada wakil kuasa untuk menjual dan memindahmilkkan tanah tersebut kepada pihak lain, maka wakil kuasa tadi mempunyai kuasa tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Wakil Kuasa.

Kesimpulannya, Pentadbir Harta, Pemegang Amanah dan Wakil Kuasa mempunyai bidang kuasa, tanggungjawab dan hak-hak tertentu. Walaupun kelihatan sama antara satu sama lain, dari segi konsep dan perlaksanaannya amat berbeza.

Justeru masyarakat perlu faham tentang perbezaan tersebut supaya tidak keliru dan dapat mengelakkan penyelewengan yang boleh berlaku melalui kuasa-kuasa yang diberikan tersebut.

Sekian. Semoga Bermanfaat.