Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengeluarkan jadual simpanan baru skim pelaburan ahli untuk tahun 2019. Kenaikan dari RM228,000 kepada RM240,000 iaitu sebanyak RM12,000. Persoalannya kenapa ada kenaikan sehingga RM12,000 ?
Bila KWSP mengumumkan kenaikan jumlah simpanan asas ini, adalah petanda KWSP telah mengkaji jumlah simpanan asas ini tadi. Pada kiraan saya jumlah simpanan asa sebelum ini adalah SUDAH TIDAK MENCUKUPI. Ahli perlu menambah jumlah simpanan asas bagi menampung belanjawan mereka dihari tua kelak.
Simpanan asas ini diguna oleh ahli bagi tujuan pelaburan ke unit amanah yang diiktiraf sendiri oleh pihak KWSP. Sebelum ini pihak KWSP meminta agar ahli melakukan pelaburan dari wang simpanan bagi mengembangkan wang simpanan hari tua ini supaya jumlahnya mencukupi.
Kenaikan sebanyak RM5000 ke RM12,000 mengikut umur ahli adalah sesuai dengan keadaan nilai wang sekarang. Jika dikira sejumlah RM1000 adalah wang yang bakal dibelanjakan sebulan oleh mereka yang bekerja swasta bermula pada umur 56 sehingga umur 75 tahun. Dalam erti kata lain, pihak kerajaan mengangap rakyat Malaysia bakal hidup sehingga umur 75 tahun secara purata.
Adakah RM1000 sebulan mencukupi untuk kita nanti? Bayangkan sekarang belanja kita RM7000. Apabila bersara kelak, kita hanya boleh belanja RM1000 sahaja. Adakah kita sanggup menurunkan cara hidup kita nanti? Adakah RM1000 mencukupi untuk kita kelak?
Jelas pelaburan wang simpanan KWSP perlu kita lakukan supaya wang simpanan hari tua kita bertambah sebanyak yang boleh dari sekarang. Pihak berwajib sudahpun melakukan penyelidikan dan membenarkan pelaburan wang ahli ini. Jadi kenapa kita masih tidak memulakan pelaburan wang ahli.
Pelaburan wang simpanan ahli adalah salah satu cara megembangkan wang sedia ada, selain mewujudkan simpanan wang pasif kepada kita kelak. Diantara idea mewujudkan wang pasif adalah dengan mewujudkan rumah yang disewa, pelaburan emas dan juga perniagaan yang memberi untung kepada kita secara berterusan.
Akhir sekali, sebelum memulakan pelaburan ahli, bacalah master prospektus pelaburan supaya kita faham ojektif pelaburan. Pilihkan syarikat yang gah dan stabil. Financial Advisor yang hebat dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.