SKIM PERSARAAN SWASTA (PRS)
PRS adalah salah satu alternatif kepada tabung persaraan kita dihari tua kelak. PRS diperkenalkan 3 tahun lepas oleh kerajaan Malaysia. Kita digalakkan untuk membuka akaun PRS untuk mewujudkan tabung persaraan kita atau mungkin mewujudkan tabung kedua persaraan kita.
Kita boleh mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 dengan hanya membuka akaun dan menyimpan di PRS. Untuk tahun berakhir 2018 kita masih punya masa lebih kurang 2 minggu untuk memulakan simpanan bagi pelepasan cukai ini.
Pihak kerajaan juga menggalakkan golongan muda membuka dan menyimpan di akaun PRS. Dengan hanya simpanan sebanyak RM1000, pihak kerajaan dengan gembira menambah pelaburan kepada kita sekali ganda iaitu RM1000 lagi. Jadi simpanan wang kita di PRS menjadi RM2000. Ini juga bermakna kita bakal untung 100% ROI. Mudahkan
Syarat untuk mendapat RM1000 dari kerajaan ni khas untuk belia berumur 20-31 tahun sahaja