Unit Trust tidak islamic !!

Unit trust ni macam mana nak jadi islamic kalau dah mak ayah dia tak islamic. Hmmm terdiam sekejap Ida bila ada yang berpandangan sebegini. Terdetik dihati kenapa dia berangapan begini ye?

Selepas 2hari berfikir Ida dapat jawapan untuk membantu sidia. Ida cakap dengan dia, ada mak ayahnya non-muslim. Tetapi anaknya memilih agama Islam. Anaknya bertukar agama dan mengamalkan agama islam secara sempurna. Melakukan rukun Islam dan rukun Iman malah menjadi seorang muslim yang sangat baik. Bak kata orang kita alim. Si anak tadi mendapat didikan agama dari pihak berwajib dan senantiasa dipantau oleh pihak berwajib tadi. Setiap bulan perlu ke pusat ajaran agama untuk memastikan yang si anak ini berada dilandasan agama islam yang betul senantiasa.

Dalam masa yang sama si anak juga tetap menjalinkan hubungan yang baik dengan kedua ibu bapanya. Kenapa? Kerana ini juga tuntutan agama Islam. Namun si anak sedih dengan pandangan sesetengah masyarakat yang mengatakan dia tidak sepenuhnya islam kerana kedua ibubapanya non- muslim. Mereka khuatir bila si anak ini balik kerumah ibubapanya, makan pakai dirumah ibubapanya yang tidak mengikut shariat islam. Bagaimana si dia solat dirumah yang dianggap kotor oleh sesetengah pihak ini tadi.

Ida nak kaitkan cerita anak muslim sedangkan ibubapanya non-muslim ini dengan kisah kewangan shariah dan konversional dibawah satu bumbung yang asalnya konversional. Bank Islam di malaysia hanya ada satu, yang lain asalnya bukan Islam. Namun lahir anak dibawahnya yang dishariahkan. Perbankan atau pelaburan shariah ini wujud diatas permintaan. Ianya diselia dan senantiasa dipantau oleh pihak berwajib. Pihak berwajib yang sama memantau bank islam ini.

Setiap 6bulan keseluruhan report dipantau, bagi memastikan keseluhan sistem kewangan shariah ini berada dilandasan yang tepat. Mereka yang mematau bukan calang calang orang, dan kerjanya bukan mudah. Bila sesetengah pihak memperkecilkan kewangan atau pelaburan shariah ini, apa agaknya perasaan mereka? Namun mereka sudah biasa. Kerana kisahnya sama dengan si anak yang menukar agama tadi. Dari awal dia bertukar dia sudah lali dengan percakapan sesetengah pihak ini.

Apakah hukum kita memperkecilkan mereka dan juga menolak mereka mentah mentah? Jangan kufur nikmat, jangan sesekali memperlekehakan kerja mereka yang hebat dalam dunia kewangan dan pelaburan islam. Akhir kata jangan sesekali menganggap diri kita sudah cukup ilmu kewangan dan pelaburan islam sedangkan kelas kewangan islam pun kita belum khatam.

wallahualam

 

 

 

Bonus oh Bonus

Bonus suatu isu yang besar bagi sesetengah dari kita. Setiap tahun akan mendapat bonus dan kita sebagai pekerja gembira dengan pembayaran bonus.

Namun ada tahun-tahun yang bonusnya sedikit dari tahun sebelum nya. Mungkin ada tahun yang bonus tidak dibayar. Kenapa ini berlaku?

Adakah kerana syarikat kedekut untuk membayar bonus?

Adakah syarikat tidak mengutamakan pekerja?

Adakah syarikat lebih mengutamakan pihak atasan?

Atau mungkin syarikat ada alasa tersendiri untuk memberi bonus dari sudut lain bukannya wang ringgit kepada pekerja?

Sebenarnya kita sebagai pekerja boleh “lihat” prestasi syarikat tempat kita bekerja dan mengetahui untung rugi syarikat tersebut dengan cara yang sangat mudah.

Jika syarikat tempat kita bekerja adalah “listed company” ianya lebih mudah. Kita boleh “lihat” untung rugi syarikat dari trading platform. Trading platform ini boleh diakses jika kita ada CDS akaun untuk “trade saham”

Ohh apa CDS akaun? apa Trading platform? saya tidak tahu

Tak mengapa tanya saya disini : http://BlogHidayah.wasap.my

 

Dividen KWSP 2019

Petikan dari BHarian online mengatakan dividend KWSP bagi tahun 2019 adalah belum muktamad. Pengerusi KWSP menegaskan kemungkinan jangkaan pendapatan dividen lebih rendah bergantung kepada faktor pasaran dan sentimen tempatan.

Beliau juga enggan mengulas lanjut mengenai isu dividen tahun 2019

ASB Dividen 2018

ASB Dividen 2018 dah pun diumumkan. Ramai yang syukur dengan agihan dividen sebanyak 6.50% + bonus 0.50 sen per unit menjadikan jumlah dividen asb tahun 2018 menjadi 7.00 sen per unit.

Jika anda buat loan ASB. Berapakah interest dari bank yang anda dapat. Jika 5.0% maka kiralah berapa % dividen yang anda dapat sebenarnya. Pelaburan dengan mengadakan pinjaman bukanlah satu pilihan yang baik. Menggunakan duit poket sendiri adalah lebih baik dan anda tidak terlibat dengan interest dari mana-mana bank.

Pelaburan guna duit poket lebih baik dan jangan lupa bayar zakat ye

Manfaat Skim Persaraan Swasta (PRS)

Skim Persaraan Swasta atau PRS adalah salah satu platform yang paling efektif apabila hendak merancang untuk persaraan yang selesa dan tenang kerana ia menggalakkan para pelabur untuk menyimpan bagi tempoh jangka [anjang

PRS adalah kunci utama yang membuka pelbagai peluang kerana dengan membuka akaun PRS, pelabur bakal mendapat pelepasan cukai tahunan sebanyak RM3000.

Sesetengah pelabur bimbang untuk melabur dalam unit amanah disebabkan faktor beberapa faktor. Namun, jika anda menekankan untuk pelepasan cukai pasti PRS menjadi pilihan anda.

Perunding Unit Amanah yang bagus akan menerangkan kepada anda mengenai kelebihan membuka akaun PRS. Apa lagi jika anda berumur diantara 21-30 tahun, kerana inisiatif dari kerajaan yang memberi RM1000 secara percuma kepada golongan muda ini hanya dengan membuka akaun PRS sahaja.

 

APA YANG PERLU SAYA TAHU MENGENAI PRS

Sebagai pelabur anda perlu tahu risiko pelaburan vs reward pelaburan. Agent Unit Trust perlu terangkan risiko terlibat semasa melabur di dana PRS ini.

Anda sebagai pelabur perlu ada perancangan sebelum memulakan pelaburan, yang paling utama perlu tahu wang yang dilaburkan di skim persaraan swasta adalah untuk jangka masa panjang dan anda tidak berhajat untuk keluarkan sehingga umur 55 tahun nanti.

Dana PRS atau skim persaraan swasta ini mungkin boleh dijadikan dana ke 2 atau ke3 untuk dana persaraan kita kelak. Memandangkan skim ini dikawal selia oleh Suruhanjaya Securiti dan ditadbir oleh Pentadbir Pencen Swasta Malaysia (PPA) yang bertindak selaras dengan kepentingan pelabur, justeru rugilah jika kita tidak merebut peluang dalam manfaat ini.

Siapa perlu ada akaun skim persaraan swasta?