6 Rahsia Mengapa Milenial Patut Melabur Dalam Unit Amanah

Melabur? ke Melebur??

Melabur boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan, tetapi jika kita tidak melabur, ia adalah satu perkara yang merugikan kita.

Salah satu cara pelaburan yang ada adalah dalam pelaburan unit amanah atau ramai diantara kita panggil unit trust (omputih kan). Di sini kami kongsikan rahsia mengapa golongan milenial patut melabur dalam unit amanah.

Tidak Perlu Jadi Pakar 

Kitatidak perlu menjadi pakar atau mempunyai pengalaman dalam bidang kewangan yang bertahun-tahun untuk memperoleh keuntungan dalam unit amanah.

Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang pelaburan daripada ramai orang diletakkan dalam satu dana.  Portfolio pelaburan ini kemudiannya diuruskan oleh pengurus dana yang berpengalaman dan pakar dalam bidang pelaburan, malah diiktiraf. Dengan adanya pakar untuk melakukan kerja yang sukar dan sulit untuk kita, unit amanah merupakan penyelesaian pelaburan yang ideal untuk warga milenia yang sentiasa sibuk dengan kerja dan juga hal sendiri.

rancang pelaburan

Tidak Memerlukan Pendapatan Yang Besar

Kebanyakan penyedia unit amanah memberikan kita pilihan untuk melabur sekali gus atau pun dengan jumlah yang sedikit dan tetap setiap bulan melalui pesanan debit dari bank pilihan kita. Pilihan yang kedua ini membolehkan mereka yang mempunyai pendapatan yang terhad untuk mengumpul wang dalam jumlah yang lebih besar untuk dilaburkan.

Selain itu, dengan mengumpulkan wang kita bersama dengan orang lain, kita kini boleh membeli aset yang biasanya hanya tersedia untuk mereka dari golongan kaya. Kos sesetengah saham adalah terlalu mahal untuk individu, tetapi cara pengumpulan wang di unit amanah memberikan penyelesaian kepada masalah ini.

Pelaburan Dalam Portfolio Yang Pelbagai

Pengurus dana yang menguruskan dana unit amanah kita akan mempelbagaikan pelaburan kepada pelbagai jenis sektor pelaburan. Termasuklah saham ataupun dana ekuiti, dana bon, dana REIT, dana hartanah dan pelbagai lagi.

Dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan, risiko keseluruhan pelaburan kita dapat dikurangkan. Sebab itu, pelaburan unit amanah adalah pelaburan berisiko sederhana.

Pelaburan Yang Selamat

Pengurus dana tidak dapat mengakses wang tunai anda.

Faedah anda sebagai seorang pemegang unit, akan dilindungi oleh perlantikan pemegang amanah bebas untuk memegang aset dana bagi pihak pemegang unit. Undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkenaan unit amanah akan menyukarkan pihak ketiga untuk sewenang-wenangnya mengambil wang kita.

Mudah Untuk Dicairkan

Tidak seperti pelaburan lain yang ‘menyimpan’ duit kita untuk tempoh yang ditetapkan, unit amanah mempunyai tahap kecairan yang tinggi. Kita boleh menukarkan unit kita dalam bentuk tunai dengan mudah dan hanya mengambil masa kurang dari 7 hari bekerja. Kita juga tidak perlu membayar penalti sekiranya kita berbuat demikian. Ini merupakan suatu kelebihan dalam kes kecemasan ataupun apabila kita perlukan wang tunai dengan segera.

Transaksi secara atas talian

Pelaburan unit amanah juga boleh dilakukan secara atas talian. Penambahan pelaburan, pertukaran dana, pengeluaran pelaburan boleh dilakukan sendiri secara atas talian. Namu, mungkin ada sesetengah penyedia unit amanah yang belum ada transaksi secara atas talian. Kelebihan pada penyedia unit amanah yang sudah ada transaksi secara atas talian disini untuk kita sebagai pelabur.

Hidayahwan

Sekiranya anda seorang yang baru saja mahu berjinak-jinak dalam pelaburan unit amanah, anda mungkin perlu mengambil kira beberapa tips penting dibawah:

1. Buat Pelan Kewangan Dan Matlamat

Ikut pelan kewangan kita ketat- ketat. Hamparkan profile risiko kita, jangka masa pelaburan dan objektif pelaburan untuk memastikan kita berada dalam landasan yang betul sehinggalah kita mencapai matlamat pelaburan kita.

2. Buat Kerja Rumah

Terdapat beberapa jenis unit amanah yang terdapat di pasaran, dan anda perlu memahami setiap daripadanya termasuklah risiko dan ganjaran yang terlibat. Pilih yang terbaik yang bersesuaian dengan matlamat kewangan anda. Penyedia yang berpengalaman dan mempunya kredibiliti jangka masa panjang yang lebih selamat.

3. Hadamkan Terma Dan Syarat

Baca, fahami, dan hadamkan fakta-fakta mengenai dana dengan teliti. Berbincanglah dengan Pengurus Kewangan kita hal ini.

4. Berhati-Hati Dengan Yuran Dan Caj Yang Terlibat 

Ketahui yuran dan caj yang perlu dibayar untuk setiap transaksi.

5. Semak Prestasi Pelaburan 

Semak dan sentiasa pastikan diri kita dikemaskini dengan laporan dan penyata kewangan tahunan. Apabila melabur dalam unit amanah, tempoh pelaburan yang sesuai ialah jangka sederhana dan panjang. (5tahun dan keatas)

“Dana kami beri pulangan 20% pada tahun lepas!”

Biasa dengar ayat sebegini?

Prestasi dana yang lepas tidak menjamin prestasi masa depan sesuatu dana unit amanah. Jangan pilih semata-mata dana tadi sudah buat untung pada tahun lepas.
Sekian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.