Unit trust ni macam mana nak jadi islamic kalau dah mak ayah dia tak islamic. Hmmm terdiam sekejap Ida bila ada yang berpandangan sebegini. Terdetik dihati kenapa dia berangapan begini ye?
Selepas 2hari berfikir Ida dapat jawapan untuk membantu sidia. Ida cakap dengan dia, ada mak ayahnya non-muslim. Tetapi anaknya memilih agama Islam. Anaknya bertukar agama dan mengamalkan agama islam secara sempurna. Melakukan rukun Islam dan rukun Iman malah menjadi seorang muslim yang sangat baik. Bak kata orang kita alim. Si anak tadi mendapat didikan agama dari pihak berwajib dan senantiasa dipantau oleh pihak berwajib tadi. Setiap bulan perlu ke pusat ajaran agama untuk memastikan yang si anak ini berada dilandasan agama islam yang betul senantiasa.
Dalam masa yang sama si anak juga tetap menjalinkan hubungan yang baik dengan kedua ibu bapanya. Kenapa? Kerana ini juga tuntutan agama Islam. Namun si anak sedih dengan pandangan sesetengah masyarakat yang mengatakan dia tidak sepenuhnya islam kerana kedua ibubapanya non- muslim. Mereka khuatir bila si anak ini balik kerumah ibubapanya, makan pakai dirumah ibubapanya yang tidak mengikut shariat islam. Bagaimana si dia solat dirumah yang dianggap kotor oleh sesetengah pihak ini tadi.
Ida nak kaitkan cerita anak muslim sedangkan ibubapanya non-muslim ini dengan kisah kewangan shariah dan konversional dibawah satu bumbung yang asalnya konversional. Bank Islam di malaysia hanya ada satu, yang lain asalnya bukan Islam. Namun lahir anak dibawahnya yang dishariahkan. Perbankan atau pelaburan shariah ini wujud diatas permintaan. Ianya diselia dan senantiasa dipantau oleh pihak berwajib. Pihak berwajib yang sama memantau bank islam ini.
Setiap 6bulan keseluruhan report dipantau, bagi memastikan keseluhan sistem kewangan shariah ini berada dilandasan yang tepat. Mereka yang mematau bukan calang calang orang, dan kerjanya bukan mudah. Bila sesetengah pihak memperkecilkan kewangan atau pelaburan shariah ini, apa agaknya perasaan mereka? Namun mereka sudah biasa. Kerana kisahnya sama dengan si anak yang menukar agama tadi. Dari awal dia bertukar dia sudah lali dengan percakapan sesetengah pihak ini.
Apakah hukum kita memperkecilkan mereka dan juga menolak mereka mentah mentah? Jangan kufur nikmat, jangan sesekali memperlekehakan kerja mereka yang hebat dalam dunia kewangan dan pelaburan islam. Akhir kata jangan sesekali menganggap diri kita sudah cukup ilmu kewangan dan pelaburan islam sedangkan kelas kewangan islam pun kita belum khatam.
wallahualam