Apa Perancang Kewangan Islam Peribadi? Siapakah Mereka? Apakah fungsi mereka? Bagaimana mereka bekerja? dan kenapa masyarakat hari ini perlukan mereka? Relevan kah mereka?
Berbagai soalan bermain diminda bila ada yang menyebut Perancang Kewangan Islam Peribadi. Perancang Kewangan Islam Peribadi adalah golongan professional yang mentadbir urus kewangan perseorangan mengikut laluan islam. Kerjaya mereka dekat dengan setiap individu yang lain. Mereka adalah yang berpengetahuan dalam mentadbir urus kewangan mengikut cara Islam dan mempaktiskan benda yang sama.
Perancang Kewangan Islam ini merangkumi semua aspek iaitu dari kewangan, simpanan, pelaburan, takaful, pembayaran tax dan zakat sehinggalah ke pengurusan wasiat untuk setiap seorang muslim di Malaysia. Bidang ini agak asing bagi sesetengah pihak namun ramai diantara kita yang tercari cari golongan professional ini untuk mengurus tadbir kewangan mereka.
Walaupun kerjaya dan bidang ini masih baru, namun inilah salah satu kerjaya yang hebat dalam masa 5 tahun akan datang. Ini kerana mereka yang terlibat dalam bidang ini sekarang adalah golongan yang bakal menjadi golongan utama kelak yang sudah pakar dalam bidang ini.
Kalau bukan kita dari golongan muslim, siapa lagi yang sepatutnya memartabatkan industri pengurusan kewangan islam ini? Kerjaya itu ibadah dan perancang kewangan islam ini adalah dae kecil dalam bidang ini. Masyarakat muslim mahupun non-muslim mahukan pekhidmatan ini, namun hanya segolongan kecil sahaja yang menawarkan perkhidmatan ini sekarang. Peluang terbuka luas bagi mereka yang mahu terlibat secara serius dalam penyebaran ilmu bidang ini.