Senang ke Manage Investment Unit Trust sendiri?

Kebelakangan ni ramai yang soalan ni kat HidayahWan. Bila ditanya, rupanya ramai yang dah kehilangan agent sebelumni. Jadi mereka biarkan investment tu sendiri, dan cuba mencari agent yang boleh membantu untuk menjawab soalan diatas.

Jawapan Ida Mudah dan Tidak Mudah bergantung kepada kemampuan masing-masing.

MUDAH DIURUSKAN SENDIRI

Jika ada minat nak dalami ilmu pelaburan, belajarlah. Daftarlah diri sebagai agent unit trust dengan agensi yang ajar teknik maksimumkan pelaburan pelabur.

Teknik maksimumkan pelaburan pelabur di unit trust ni mudahje. Hanya mempraktikkan konsep pelaburan unit amanah iaitu Dollar Cost Averaging. Menurunkan harga kos untuk kita secepat yang mungkin untuk mempercepatkan keuntungan pelabur ditahap maksima. Ini agak teknikal, tetapi HidayahWan cuba ceritakan analoginya di sini.

Jauhi agensi yang menguntungkan agent berbanding pelabur ye. Ini akan memberi impak buruk kepada pelabur dan juga kepada syarikat pelaburan. Macam mana nak kenal pasti agensi begini? Mereka tidak praktikkan Dollar Cost Averaging.

TIDAK MUDAH DIURUSKAN SENDIRI

Jika sekarang, masa bekerja atau uruskan perniagaan sendiri pun tidak cukup masa, tidak berapa minat untuk dalami ilmu pelaburan tetapi nak gandakan kewangan sendiri, maka mintalah HidayahWan manage pelaburan ye.

Berterus terang sahaja, saya nak HidayahWan manage pelaburan saya. Saya akan cuba bantu, mana yang mampu. Memaksimakan pelaburan ni perlukan kerjasama diantara pelabur dan juga agent.

HidayahWan akan duduk berbincang dengan pelabur, eh kan PKP. Ida berbincang di zoom, google meet ataupun wasap video call la. Berbincang tentang objektif pelaburan, teknik untuk maksimumkan pelaburan unit trust. Jarang sangat pelabur faham 100% tentang pelaburan unit trust ni, namun HidayahWan cuba fahamkan pelabur untuk faham apa yang perlu. Bila buka di mobile app, pelabur tahu apa yang nak ditengok, apa yang nak dibandingkan, jika lihat negatif apa perlu dibuat dan bila lihat positif apa tindakan yang perlu. Itu sahaja, pelaburan unit trust ni mudahje bila kita tahu apa yang perlu kita tahu.

Namun ada juga pelabur HidayahWan yang suka belajar, bila dia ada masa lapang. HidayahWan suka pelabur yang begini, tahu ambil tahu apa yang perlu dan ada sikap ingin tahu. HidayahWan akan cuba sebaik mungkin fahamkan. Kalau agak teknikal, kita buat secara analogi bagi mudah.

Jadi sekarang, dah dapat jawapan kan. Jadi tindakan seterusnya ialah klik mana satu pilihan hati

  1. Nak jadi agent untuk manage pelaburan unit trust sendiri : https://IwanttobeUTC.wasap.my
  2. atau Hidayahwan tolong manage pelaburan saya ye : https://ManageMyInvestment.wasap.my

Semoga menjawab soalan diminda ye. Saya ada soalan lain, tanya disini: https://hidayahwan.com/

New Year New Me!!!

Assalammualaikum
Salam Sejahtera

Pandemic Covid-19 telah membuat ramai rakyat Malaysia terkesan. Seramai 800,000 telah hilang pekerjaan & pendapatan, bagaimana pula dengan keluarga mereka?

Tahun 2020 dah pun berlalu
Ayuh, kita mulakn Tahun 2021 dengan SEMANGAT BARU!

Tempat adalah TERHAD
Sila klik pada link dibawah @ scan QR Code pd poster untuk pendaftaran.
–.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-

Tarikh : 24 JANUARI 2021 (AHAD)
Masa : 10 am
Venue : Online via ZOOM
Yuran : PERCUMA

Sila klik disini untuk pendaftaran
👉🏻 bit.ly/3ed0oXx
Or scan the QR code.

HidayahWan
Public Mutual Berhad
https://IwanttobeUTC.wasap.my

Daftar di sini 👉🏻 bit.ly/3ed0oXx

Cara Mula Melabur Unit Trust

Macam mana cara nak melabur di unit trust secara online ye? Apa step yang saya kene buat? Sekarang ada online platform atau boleh juga guna mobile app Pocket-PMO namanya. Boleh download dari Apple Store atau Play Store.

Dan Ikut step ni satu per satu.

  1. Klik link ni untuk HidayahWan daftarkan nama dan no ic https://nakmulamelabur.wasap.my
  2. Open http://www.publicmutual.com.my dan ikut step dari Enroll Now.
  3. Login dari mobile app untuk melabur unit trust
Cara Melabur Unit Amanah

4. Klik Open Account dan taip nama fund. Macam mana nak tahu fund mana sesuai dengan objektif pelaburan saya? Tanya HidayahWan dan berbincanglah. Saya akan bagi free consultation. Jangan ikut cakap orang dengan kata fund ni bagus atau pun tidak, selagi tidak berbincang dan melihat sendiri prospektif fund tersebut sebelum melabur di unit trust.

5. Kemudian masukkan sejumlah wang yang nak dilaburkan, jangan lupa untuk pilih nama unit trust consultant ye. Barulah pelaburan tu, boleh dipantau oleh HidayahWan. Ini baru pelaburan unit trust secara online.

6. Seterusnya part penting, cek data yang dimasukkan dan dipilih adalah betul, bahagian ni boleh diedit lagi ye sebelum proceed ke part seterusnya untuk melabur di unit trust online

7. Seterusnya klik FPX untuk pilih banking online bank dan tik ke 3 kotak untuk I confirm.

8. Selepas selesai di banking online, lihat di status mesti SUCCESS. Yes dah berjaya buka akaun pelaburan unit trust online dengan HidayahWan. Tahniah!

Saya ada soalan nak tanya HidayahWan? klik je sini https://nakmulamelabur.wasap.my

Cara melabur unit trust online ni mudah je. Semoga bermanfaat

Melabur guna duit i-sinar

Saya ada apply i-sinar, tak sangka dapat. So saya plan nak gandakan duit ni sebab memang xnak guna untuk belanja boleh ke?

Ye boleh.

Dimana nak simpan dan labur biar berbaloi ye

Ada banyak tempat simpanan dan pelaburan, kene tengok objektif pelaburan kita.

Pelaburan saham, laburkan duit tu sendiri. Kalau baru nak buka CDS akaun, baik lupakan saja. Sebab pelaburan saham ni wang kita boleh burn semua sekali dalam sekelip mata jika tidak mahir. Tapi kalau sebelumni pernah dapat beberapa kali profit dari pelaburan saham, pandai kaji chart, pandai tengok FA dan TA, maka laburkan lah duit tu di saham pilihan ye.

Pelaburan Unit Trust, kita bagi wang kita kepada unit trust company untuk mereka laburkan. Jadi xperlu tahu banyak benda macam nak labur saham. Apa yang perlu tahu? Mudah:

1 – Syarikat unit trust yang konsisten bagi profit yang cantik. Jangan tahun lepas bagi punya tinggi untung, tahun ni sendu. Kang sendu pulak duit kita tu.

2 – Agent Unit Trust yang bagi penerangan jelas tentang pelaburan unit trust. Bukan yang main ambik je fund mana pun. Ini bahaya, kot nanti dia resign dari syarikat tu pergi ke syarikat lain atau langsung xbuat dah.. ha ni naya.

3 – Benefits yang kita dapat bukan sekadar profit, maybe ada benefits lain-lain yang berguna untuk kita dimasa hadapan

Simpanan ke Akaun Deposit, ini ramai yang salah faham. Mereka ingat ini adalah tempat pelaburan wang mereka, padahal mereka hanya depositkan wang mereka. Wang hanya dipegang, yang dilaburkan hanya 30-40% sahaja. Kerana itu pulangan kepada kita kemudian hari sedikit. Tempat simpanan ni tak salah, yang salah adalah pemahaman kita selama ini. Jadi silalah faham perbezaan akaun deposit dengan tempat pelaburan.

Simpanan ke Simpanan Tetap atau Fixed Deposit, Ini jelas dimata kita hanyalah tempat simpanan wang bukan tempat pelaburan.

Jadi Pilihan tempat pelaburan jelas untuk gandakan wang i-sinar kita. Pelaburan ini mengambil masa dan tidak mungkin dapat dipendekkan dengan cara alternatif. Faham istilah pelaburan dahulu ye.

Pelaburan emas, menukarkan wang tunai kepada emas untuk lock wang kita adalah strategi yang tidak tepat. Kerana Warren Buffet sendiri mengambil pendekatan CASH is KING. Maksudnya duit mesti disimpan dengan duit tidak perlu ditukar kepada bentuk lain. Yang perlu adalah menggandakan wang kita melepasi % inflasi supaya nilai wang kita tidak susut malah berganda-ganda melebihi % inflasi. Ini penting untuk mengekalkan kecairan wang pelaburan kita agar mudah untuk kita keluarkan di kemudian hari.

Terima Kasih https://nakmulamelabur.wasap.my

PELAN PERSARAAN

Berapakah jumlah wang yang diperlukan untuk bersara?

Sebaiknya kita mula simpanan wang persaraan seawal mula kita bekerja. Simpanan secara bulanan bagi mendapatkan untung maksimum.

Guna kalkulator ini untuk bantuan jumlah simpanan yang diperlukan untuk bersara kelak

Waktu terbaik untuk menabung adalah 20 tahun yang lepas. Waktu ke2 terbaik adalah SEKARANG

Tidakan saya https://nakmulamelabur.wasap.my Berikan details Nama, Umur, Bekerja dimana sekarang untuk “free consultation”.

Pelan Persaraan Saya

Nak dapatkan pelan persaraan lengkap begini? Klik sini sekarang ye https://nakmulamelabur.wasap.my

Terima kasih