Melabur guna duit i-sinar

Saya ada apply i-sinar, tak sangka dapat. So saya plan nak gandakan duit ni sebab memang xnak guna untuk belanja boleh ke?

Ye boleh.

Dimana nak simpan dan labur biar berbaloi ye

Ada banyak tempat simpanan dan pelaburan, kene tengok objektif pelaburan kita.

Pelaburan saham, laburkan duit tu sendiri. Kalau baru nak buka CDS akaun, baik lupakan saja. Sebab pelaburan saham ni wang kita boleh burn semua sekali dalam sekelip mata jika tidak mahir. Tapi kalau sebelumni pernah dapat beberapa kali profit dari pelaburan saham, pandai kaji chart, pandai tengok FA dan TA, maka laburkan lah duit tu di saham pilihan ye.

Pelaburan Unit Trust, kita bagi wang kita kepada unit trust company untuk mereka laburkan. Jadi xperlu tahu banyak benda macam nak labur saham. Apa yang perlu tahu? Mudah:

1 – Syarikat unit trust yang konsisten bagi profit yang cantik. Jangan tahun lepas bagi punya tinggi untung, tahun ni sendu. Kang sendu pulak duit kita tu.

2 – Agent Unit Trust yang bagi penerangan jelas tentang pelaburan unit trust. Bukan yang main ambik je fund mana pun. Ini bahaya, kot nanti dia resign dari syarikat tu pergi ke syarikat lain atau langsung xbuat dah.. ha ni naya.

3 – Benefits yang kita dapat bukan sekadar profit, maybe ada benefits lain-lain yang berguna untuk kita dimasa hadapan

Simpanan ke Akaun Deposit, ini ramai yang salah faham. Mereka ingat ini adalah tempat pelaburan wang mereka, padahal mereka hanya depositkan wang mereka. Wang hanya dipegang, yang dilaburkan hanya 30-40% sahaja. Kerana itu pulangan kepada kita kemudian hari sedikit. Tempat simpanan ni tak salah, yang salah adalah pemahaman kita selama ini. Jadi silalah faham perbezaan akaun deposit dengan tempat pelaburan.

Simpanan ke Simpanan Tetap atau Fixed Deposit, Ini jelas dimata kita hanyalah tempat simpanan wang bukan tempat pelaburan.

Jadi Pilihan tempat pelaburan jelas untuk gandakan wang i-sinar kita. Pelaburan ini mengambil masa dan tidak mungkin dapat dipendekkan dengan cara alternatif. Faham istilah pelaburan dahulu ye.

Pelaburan emas, menukarkan wang tunai kepada emas untuk lock wang kita adalah strategi yang tidak tepat. Kerana Warren Buffet sendiri mengambil pendekatan CASH is KING. Maksudnya duit mesti disimpan dengan duit tidak perlu ditukar kepada bentuk lain. Yang perlu adalah menggandakan wang kita melepasi % inflasi supaya nilai wang kita tidak susut malah berganda-ganda melebihi % inflasi. Ini penting untuk mengekalkan kecairan wang pelaburan kita agar mudah untuk kita keluarkan di kemudian hari.

Terima Kasih https://nakmulamelabur.wasap.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.