Apa Kelebihan Jadi Agent Unit Trust?

Kerap kali, HidayahWan dapat soalan macam ni, especially dari anak muda yang baru habis belajar.

Pertama sekali, suka saya nak tekankan ye minda bekerja dan minda usahawan itu adalah berbeza. Jauh sangat bezanya. Unit Trust adalah salah satu platform untuk orang ramai gandakan kewangan mereka melalui pelaburan jangka masa panjang dan awak adalah orang yang bertanggungjawab untuk consult mereka. Seterusnya grow together with your Investors.

Suka saya nak pesan, awak mesti ada pemikiran untuk melaburkan duit sendiri dahulu. Tahu bahawa unit trust adalah instrument yang dikira terbaik untuk orang ramai yang tidak tahu banyak benda mengenai pelaburan. Namun awak golongan yang nak tahu lebih lanjut. Dan nak dalami ilmu pelaburan ni, dan mahu share ilmu ni dengan orang ramai. Bila niat untuk membantu orang ramai gandakan kewangan mereka, secara tidak langsung disitulah lahirkan jawapan kelebihan jadi agent unit trust?

Saya percaya dengan apa pun yang kita lakukan, mesti bermula dengan niat yang betul, kemudian kita akan mencari jalan untuk memudahkan urusan orang ramai. Dan secara tidak langsung, urusan awak juga dipermudahkan dan rezeki awak melimpah ruah.

Tiada istilah untuk mengaut semua kelebihan yang syarikat berikan dan saya bekerja untuk syarikat ini. THIS is BIG NO!!!

Kenapa saya tekankan begitu, kerana jika niat untuk membantu orang ramai, secara tidak langsung, kamu akan merasa bantu 10 orang dalam sebulan itu cukup sedikit. Kalau dibandingkan dengan bekerja bantu 10 orang itu sudah cukup ramai ya.

Secara tidak langsung, kelebihan lain atau keistimewaan ini semua bakal kamu dapat bila bersama team HidayahWan.

Kelebihan yang paling MENARIK yang tiada ditempat lain adalah Career Benefits. Ini adalah sejumlah wang yang kamu bakal dapat setiap bulan walaupun kamu tidak punya sales pada bulan tersebut. Jumlah Career Benefits ni akan berganda setiap bulan. Kamu bakal dapat selagi kamu ada lesen Unit Trust. Baca lanjut disini : https://hidayahwan.com/2020/07/27/kenapa-nak-jadi-agen-unit-trust/

Kamu akan bekerja secara flexible, namun disiplin yang tinggi menentukan kejayaan kamu kelak.

Kamu sendiri menjadikan diri kamu sebagai pelabur di unit amanah dan melalui proses pelaburan itu bersama pelabur-pelabur kamu yang lain.

Kamu hanya perllu menggunakan gadget sedia ada sahaja untuk melakukan business unit trust ini.

Peluang gaji kamu datang dari 8 jenis, bukan hanya 1. Namun selesaikan niat kamu terlebih dahulu. Secara tidak semena kamu akan capai 8 income ini.

Ye, ini adalah business, kamu bukan bekerja di syarikat kami. Jadi Minda Usahawan perlu ada dari awal.

Terlalu banyak kelas-kelas untuk kamu upgrade diri kamu dari segi pengetahuan pelaburan sehinggalah kepada leadership yang kamu boleh belajar. Kesemua kelas kebanyakannya adalah PERCUMA.

Ada BONUS pelancongan VVIP setiap tahun, maka kejarlah impian kamu.

The Best is you will mingle with THE WINNER

Syarikat juga ada menyediakan subsidi belian rumah dan kereta. Ini sangat menarik. Apa tunggu lagi, klik sini untuk daftarkan diri dan kesemua kelebihan ini bakal kamu kecapi satu persatu. https://IwanttobeUTC.wasap.my

Usah ditanya bila saya bakal mendapat, tetapi tetaplah dengan soalan berapa ramai lagi yang saya nak bantu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.