You don’t need to be a rocket scientist. Investing is not a game where the guy with the 160 IQ beats the guy with 130 IQ. – Warren Buffett
Pernah tak dengar, ada diantara kita cakap, melabur ni sebenarnya nasib la untung ke rugi. Pilih fund elok untuk, salah pilih rugi. YE KE? sebenarnya daripada pengalaman Ida melabur dan membantu pelabur Ida selama baru 8 tahun ni. Apa yang Ida nampak ada 2 golongan pelabur.
Pertama adalah golongan yang “speculate”, golongan ni selalu nak buat untung dalam masa terdekat. Dengan “melihat” dan “membaca” market yang membolehkan mereka buat duit dengan cepat. Dalam masa yang sama golongan ni tidak ambil tahu pasal fund pelaburan, objektif dan juga risiko fund sebelum melabur. Golongan ini juga TIDAK SABAR untuk buat DUIT.
Dalam pelaburan, kita kene faham SABAR ITU DUIT.
Golongan kedua pula adalah golongan PELABUR SEBENAR, Golongan ini ambil tahu objektif pelaburan, objektif fund yang dipilih sebelum mula melabur. Faham tentang pelaburan jangka masa panjang adalah tidak perlu “melihat market” dan tidak perlu dengar cakap orang lain kecuali berbincang dengan perunding kewangan dia sahaja. Mereka juga fokus kepada untung jangka masa panjang dan bukan jangka masa pendek. Mereka juga melabur secara berterusan sehingga mendapat hasil dan juga faedah lain yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat. Golongan ini faham tentang strategi pelaburan dan fokus kepadanya. Inilah dia pelabur sebenar. Golongan inilah yang akan menang dan mendapat keuntungan berganda hasil dari pelaburan mereka.
Apa yang PELABUR SEBENAR buat
- Adakah asset allocation dengan melabur wang mereka di tempat yang betul dibawah kategory yang berbeza mengikut keperluan pelaburan masing-masing.
- Diversify, meletakkan duit pelaburan fund dan kategory yang berbeza.
- Ringgit Cost Averaging (RCA) menggunakan konsep ini dalam pelaburan unit amanah
- Melabur untuk jangka masa panjang.

Apa yang PELABUR SEBENAR Tidak Buat.
- Tidak meletakkan duit pelaburan didalam 1 fund sahaja
- Tidak memandai “membaca market”, 99% daripada mereka tidak ambil tahu perihal turun naik market
- Tidak memindahkan duit pelaburan dari fundA ke fund B, kemudian ke fundC dengan alasam fund A dah memberi untung. Kemudian fundB tidak bagus.
- Tidak membuat keputusan mengikut emosi