Ada anak muda, fresh grad cari kerja susah. Duduk sembang dengan Ida, katanya saya nampak kalau nak kaya ada business yang senang buat 2 benda ni je. Katanya sama ada jadi ejen takaful atau ejen unit trust.
Hah???
Ida tanya kenapa anak muda, fresh grad yang kebiasaannya sibuk cari kerja di syarikat besar cakap macam ni. Ceritanya, dia dah beberapa kali attend seminar untuk jadi 2 ejen ni. Kemudian Ida bertanya dengan otai ejen takaful dan ejen unit trust yang dah lebih 15 tahun dalam industri. Tak puas hati dengan pandangan fresh grad ni.
Kesimpulan dari perbincangan kami
#Komisen sikit
Ye komisen ejen takaful lebih banyak dari ejen unit trust. Namun ejen takaful dapat komisen selama 6 tahun dan ejen unit trust dapat sekali dan dapat juga seumur hidup tetapi sikit.
Cuba kira, seorang langgan takaful RM100 untuk 6 tahun, ejen takaful dapat berapa? dan seorang setuju untuk melabur RM10K di unit trust, ejen unit trust tadi dapat berapa?
#Tak guna duit poket
Pelanggan takaful perlu guna duit poket, jadi ada diantara mereka yang berkira-kira. Tetapi untuk unit trust, mereka dengan senang hati setuju melabur menggunakan duit KWSP akaun1. Maka ejen unit trust lebih mudah mendapat sales. So senang kan dapat client dan buat sales dengan unit trust?
#Kekangan kesihatan
Mereka yang sakit tidak boleh jika baru nak mula langgan takaful, tetapi mereka boleh jika baru nak mula melabur dan boleh dapat FREE takaful lagi dari pelaburan. Eiii mereka yang berduit selalunya ada penyakit. Eh! so lebih senang closed sales untuk ejen unit trust lagi.
#Pasif Income
Di Unit Trust ada pasif income, siap ada payslip lagi dan tertera berapa jumlah pasif income. Pasif income ni orang unit trust panggil “Carrier Benefits”, bukan setakat 6 tahun tetapi selagi pelaburan client masih dalam Asset Under Management (AUM). Best kan?
#Single License
Masalah di takaful ni, 1 ejen boleh pegang lesen dari 1 syarikat takaful sahaja. Begitu juga dengan unit trust, 1 ejen unit trust boleh ada lesen sari 1 syarikat unit trust sahaja. Namun sekarang dibolehkan ejen unit trust untuk ada lesen dari semua syarikat unit trust. Hanya ada 1 syarikat unit trust yang tidak benarkan iaitu Public Mutual. Public Mutual tetapkan ejen unit trust mereka boleh memegang lesen dari syarikat mereka sahaja. Jadi buatlah pilihan ikut selera ye.
#Kesimpulan
Mereka diluar sana perlukan tempat untuk gandakan duit mereka dan mereka juga perlukan perlindungan takaful untuk diri, mereka yang tersayang dan juga wang pelaburan mereka. Wang pelaburan juga kesayangan kita dan mereka kan?