Cara Simpan Duit untuk TRAVEL

Hidayah simpan travel

Bagaimana cara simpan duit untuk travel dengan cara mudah

Impian travel ke serata dunia adalah impian kebanyakan dari kita. Penting kita tahu target destinasi kita yang terdekat. Contoh saya nak ke maldives bersama pasangan / anak atau kawan-kawan. Cari dan tahu anggaran jumlah belanja yang diperlukan. Dah tahu nak travel ke mana dan anggaran jumlan belanja, meh Hidayah kongsikan caranya:

Simpan wang kertas warna yang sama.

Cara ini mudah, contoh kita nak kumpul wang kertas RM5. Setiap kali dapat RM5, ketepikan dan kumpul di dalam 1 tabung. Tanpa sedar, wang terkumpul dengan cepat dan jumlahnya juga kita sendiri akan terkejut. Setkan tempoh masa untuk kumpul wang kertas warna yang sama ini. Contoh 10 bulan atau 1 tahun. Katalah RM5 setiap hari selama 10 bulan.

Hidayah simpan duit RM5

Simpan semua syilling dari baki.

Cara ini agak tradisional namun jangan pandang rendah, kerana kita bakal kumpulkan jumlah yang banyak hanya dari wang syilling. Setiap kali syilling yang kita dapat dari baki dimana-mana, kita asingkan dalam 1 beg kecil dan masukkan dalam tabung di rumah nanti. Aha untuk cara ini, kita perlu sediakan tabung wang yang lebih besar untuk menampung jumlah wang syilling yang berat dan banyak. Bersedia untuk mengangkut tabung yang sangat berat untuk dibawa ke bank yang ada mesin syilling. Tetapi jumlah yang terkumpul buatkan anda terkejut. Banyak beb.

Hidayah simpan duit syilling pergi travel.jpeg

Main kutu untuk travel.

Ini cara lama, dari dulu ramai di antara kita yang paksa diri untuk menyimpan dengan main kutu. Cara ini seolah -olah kita berhutang dengan ahli kumpulan kutu kita. Jadi kita perlu membayar hutang ini setiap bulan. Secara tidak langsung kita tersimpan duit. Namun, kita perlu pilih ahli kumpulan main kutu yang bertanggungjawab dan jujur supaya tidak berlaku salah laku dalam tempoh kita main kutu. Cara ini kita sudah tetapkan berapa jumlah yang bakal kita dapat dan juga berapa jumlah yang bakal kita wajib bayar kepada setiap hali kumpulan.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.