Cara tukar LOSS kepada UNTUNG di Unit Trust

Cara tukar LOSS kepada UNTUNG di Unit Trust ni mudahje, ye mudah bila kita tahu strategi pelaburan Unit Trust. Setiap pelaburan ada strateginya yang tersendiri. Strategi yang terguna pakai untuk semua jenis pelaburan adalah, beli masa murah dan jual masa mahal. Mudahkan? Bila yang murah? adakah sekarang murah, esok akan jadi lebih murah? Soalan begini akan timbul dan disinilah bermulanya pelaburan jadi tak mudah untuk sesetengah dari kita.

Strategi tukar LOSS kepada UNTUNG ini hanya terguna pakai untuk pelabur di luar sana yang dah ada akaun Unit Trust dan portfolio mereka tengah LOSS atau RUGI. Soalan seterusnya apa nak buat dengan akaun Unit Trust saya yang tengah RUGI ni? Mudahje, tarik nafas dan letak satu pemikiran di minda saya nak UNTUNGkan pelaburan Unit Trust saya dan ikut step di bawah satu persatu:

1. AMBIL TAHU CARA BACA REPORT PELABURAN UNIT TRUST

Report pelaburan amat penting untuk pelabur tahu untuk baca. Tidak perlu tahu details, cukup sekadar faham dan tahu apa yang perlu seorang pelabur tahu. Selepas buat keputusan untuk bersetuju melabur dan pelaburan dah pun berjaya. Pelabur akan ada akses kepada sistem pelaburan dari syarikat Unit Trust tersebut, ianya boleh diakses melalui mobile app ataupun website.

Ini adalah keratan Portfolio Report dari pelabur di Unit Trust, pelabur ni ada 6 Funds yang berbeza. Yang penting adalah

  1. Tarikh report pelaburan itu diprint, kerana dalam report pelaburan figure berubah mengikut tarikh.
  2. Market Value; adalah nilai pelaburan pada tarikh report ini dikeluarkan. Inilah jumlah wang semasa pelabur.
  3. Investment Cost; adalah sejumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur.
  4. Unrealised Profit (MYR); Jumlah untung atau rugi semasa dalam ringgit.
  5. Unrealised Profit (%); Untung atau Rugi dalam peratus.
  6. Last Invested; Tarikh akhir melabur di fund tertentu.

Ini bukan details report pelaburan ye, saya tak boleh post details report pelaburan. Untuk “baca detail report boleh klik sini utk online appmt dan saya bantu explain, dengan syarat pelabur mesti ada access kepada sistem pelaburan dari syarikat Unit Trust tempat melabur ye.

2. FAHAM STRATEGI UNTUK TUKAR LOSS KEPADA UNTUNG

Strategi menukarkan loss kepada profit untuk pelaburan Unit Trust adalah disebut Dollar Cost Averaging (DCA). Caranya adalah dengan merendahkan average cost sebanyak mungkin. Ada 2 cara untuk menurunkan average cost iaitu melalui pembahagian distribution dan juga menambah pelaburan semasa harga yang lebih rendah dari sebelum itu.

Cara yang pertama adalah melalui merendahkan average cost melalui pembahagian distribution. Distribution selalunya setahun sekali bergantung kepada beberapa faktor untuk syarikat mengagih distribution ataupun tidak. Ada fund yang setiap tahun dapat tanpa gagal walau apa pun situasi.

Cara yang kedua adalah melalui penambahan pelaburan di waktu harga sesama rendah dari pelaburan kali pertama atau sebelumnya. Untuk mudahkan investor, tengok diwaktu loss yang banyak direport, selalunya saya akan minta investor tambah pelaburan di waktu begini. Kalau di lihat pada report memang boleh buat tak lena tidur, tapi itulah hakikat pelaburan Unit Trust. Masa mula melabur, saya dah terangkan loss on paper yang perlu investor ambil tahu. Berapa ratio % loss on paper untuk setiap fund berbeza ya. Ini selalunya saya terangkan masa Investment Review dengan investor. Contoh seperti report di bawah ye

Average cost turun selari dengan penurunan harga semasa seunit. Harga semasa ini naik dan turun tidak mendatar. Bila average cost makin menghampiri harga semasa, % loss berkurang. Bila harga semasa sama dengan harga average cost, maka pelaburan investor jadi breakaven. Lihat pada transaction report dibawah, SLE memberi maksud kepada investor menambah pelaburan dan DIV bermaksud investor mendapat distribution.

3. AMBIK TINDAKAN MENGIKUT NASIHAT UNIT TRUST CONSULTANT

Harga seunit fund tidak akan sentiasa menaik atau menurun, pergerakannya memang ada naik dan turun seperti cuaca kita ada panas dan ada hujan. Ini hakikat yang perlu kita terima dan kita tidak boleh mengawal pergerakan ini. Apa investor boleh buat adalah faham apa yang saya terangkan dan pandai ambil peluang untuk tukarkan LOSS kepada PROFIT untuk pelaburan UNIT TRUST kita. Report dibawah adalah kesan dari tida menambah pelaburan di waktu harga rendah, LOSS investor ini berkurang kerana kenaikan harga semasa namun, % LOSS tidak ketara dan investor ini telah meRUGIkan pelaburan sendiri dengan meLAMBATkan tempoh untuk UNTUNG. Tak faham saya nak HidayahWan explain based on investment report saya klik sini ye. Saya cuba untuk fahamkan ye.

Dalam tempoh 3 minggu je, harga semasa seunit naik dan akibat tidak menambah pada waktu rendah, investment report ni masih lagi -ve walau dah berkurang. Jika ada penambahan semasa harga rendah, investment report ini dah pun jadi-0.XX sahaja pada hari ini dan bakal breakeven dalam masa beberapa hari kerana harga tengah menaik untuk kedua-dua fund.

Kalau saya buat pengiraan dengan unit ramai yang pening, jadi kita buat kiraan conggak

NAV Harga Semasa : 0.3146 dan Average Cost : 0.3400.

Tambah dengan sejumlah RM25K boleh turunkan average cost ke 0.3200 untuk fund pertama

NAV Harga semasa : 0.3320 dan average cost : 0.3830.

Tambah dengan sejumlah RM25/k boleh turunkan average cost ke 0.3500 untuk fund ke2.

KESIMPULAN UNTUK MENUKARKAN LOSS KEPADA PROFIT BAGI PELABURAN UNIT TRUST

Tetapkan pendirian untung melabur dan menang di pelaburan Unit Trust. Tanya soalan kepada consultant dan berbincang sampai faham. Jangan sesekali buat tindakan yang tak sepatutnya. Pelaburan Unit Trust adalah pelaburan yang sangat mudah untuk UNTUNG. Nak discuss lebih lanjut klik sini

Semoga Bermanfaat

HidayahWan

Kenapa Invest Unit Trust asyik RUGI?

Bila sebut melabur orang kita akan TERUJA dengan UNTUNG je..sebab tu lah ramai yang terciduk dengan SKIM CEPAT KAYA. Bila bercakap bab pelaburan, yang pertama dan semestinya kita WAJIB TERIMA adalah KERUGIAN. Ingat ye, melabur je RUGI… Kenapa ada orang boleh UNTUNG, BANYAKK pulak UNTUNGnya… Sebab dia SABAR dan ada STATEGI PELABURANnya.

Apa STRATEGI PELABURANnya? supaya kita UNTUNG bukanya RUGI. Saya ulas fakta penting untuk melabur dan untung.. janji ikut satu persatu ye.. jangan durhaka tau…Saya cuba guna perkataan seadanya yang membolehkan orang ramai faham tapi tidaklah mengganggu maksudnya. Saya nak terus melabur ha klik la sini https://BlogHidayah.wasap.my

Ada 4 Strategi Pelaburan, wajib patuh jangan durhaka

Ada duit lebihan untuk melabur, ye melabur diwaktu kita ada duit. Duit untuk melabur ni adalah duit lebihan kita bukan duit belanja bulanan ataupun duit dari tabung kecemasan. Sebelum decide untuk melabur, wajib kita susun cash flow kita dulu. Kebanyakan dari kita bergantung kepada gaji bulanan kan. dari gaji bulanan wujudkan:

  • Tabung Kecemasan – masukkan sejumlah amount yang menjadi keperluan lazim kita untuk kecemasan. Tayar kereta pancit, wajib balik kampung jika ada kematian mengejut, bukannya tetiba nak kene beli baju baru tengah murah sbb live kat tt ye. Promise tau. Transfer je kat bank lain. Kalau tak guna? Ha inilah sejumlah yang boleh di tranfer ke akaun pelaburan.
  • Tabung Simpanan – Sejumlah wang simpanan ini kalau ikut sifir saya 20% dari jumlah income bulanan kita. Simpan ditempat yang tiada turun mudah letak je tabung haji. Buat simpanan bulanan alang-alang daftar haji, mana tahu dapat pergi haji awal kan. Wang sini pun promise ye jangan ambik balik.
  • Tabung Pelaburan – Berapa jumlah yang nak diasingkan bergantung kepada cash management masing-masing, kalau tak sure boleh set online appmt dengan saya klik sini ye https://lnk.bio/hw07

Bersedia untuk menanggung kerugian, sebab melabur yang pasti adalah rugi. Dalam pelaburan, rugi ni ada 2 kategori; unrealised dengan realised. Unrealised atau lost on paper bermaksud selagi kita tak jual pegangan unit. Kenapa bila melabur kita terus rugi, sebenarnya bukan rugi. Bila kita melabur ni ada service caj iaitu 3-5.5% bergantung kepada jenis pelaburan kategori fund bond atau equity. Jadi bila kita tengok investment report jadilah -ve, sebab ada sejumlah service caj tadi. https://BlogHidayah.wasap.my

Bila ada kenaikan harga, hari ke hari -ve tadi akan berkurang. Namun jika berlaku kejatuhan harga, maka -ve tadi akan makin banyak la -ve nya. Maka masa nilah ramai yang mengelabah. Alaaa dah rugi.. dah rugi… relax…. selalunya ada sebab untuk setiap kejatuhan. Untuk pelabur hebat mereka akan senyum, lagi banyak -ve nya lagi besar senyum nya. Sebab setiap kejatuhan akan ada kenaikan. Berapa banyak jatuh, kenaikan selalunya 2 kali ganda, Jadi waktu ni lah tambah pelaburan kita, seeloknya sebanyak sejumlah pelaburan asal, supaya average cost kita berkurang separuh dari sejumlah average cost asal. Realised pula bila kita jual unit pegangan kita masa -ve. Kita merealisasikan kerugian unrealised tadi. Sepatutnya, follow next strategi supaya kita untung.

Average cost dari 0.4019 dah jadi 0.3450 dan harga semasa adalah 0.3142. Harga sebelumtu yang tinggi adalah 0.3986. Ada yang tanya kenapa tak mula invest masa harga sekarang 0.3142??? Jawapannya mudah je, Ikut balik strategi pelaburan yang pertama tadi, melabur pada masa ada duit. Kalau waktu rendah tu tak ada duit tak boleh jugakkan. Lagi satu mana kita boleh control harga nak terus naik lagi atau nak turun??? Harap menjawab ye.

Sabar dan tetap dengan pendirian melabur, dah menjawab soalan tadi, melabur ni hati kena kental sabar dan tetap dengan pendirian melabur. Melabur ni bukan seminggu, sebulan atau 6 bulan atau setahun ye. Melabur ni tempoh masa nya adalah paling kurang 3-5 tahun. Tolongla jangan terpedaya dengan skim cepat kaya. Orang kita semuanya nak cepat, kalau boleh sekelip mata. Sebab tu sehingga ke tahun 2025 masih ramai yang terciduk dengan skim cepat kaya lepas tu saya sebagai advisor pelaburan pulak yang kene marah, eh mana aci. https://BlogHidayah.wasap.my

Dengar nasihat Advisor anda, bukan cakap kawan atau orang lain – ini paling ramai yang durhaka. Mula-mula je dengar cakap advisor, lepas tu dia dengar cakap kawan. Kenapa dengar cakap kawan yang belum kembangkan duit dengan pelaburan tu? Kalau ye dia cakap benar, tunjukkan bukti macam mana dia strategi dia? duit dia dah berganda berapa %. Bukan main cakap ikut sedap rasa + emosi. Lagi best fitnah orang tak baik tau… Jangan macam tu eh. Panggil dia kita sit down sama-sama. Open discussion pastu kita align balik dari -ve sampai jadi +ve. Cuma janji ikut syarat saya ni ye.https://BlogHidayah.wasap.my

HidayahWan, Your Advisor?

Cara Melabur di Unit Trust Secara Online

Ramai yang nak melabur tetapi tidak mempunyai modal yang besar. Nak melabur ni perlu ada modal besar je. OH NO!! dengan modal kecil pun boleh melabur di unit trust ye. Nak melabur je terus onz

Macam mana caranya nak melabur di unit trust/unit amanah ni? Saya nak melabur tetapi saya tak faham apa itu pelaburan unit trust? Tak apa baca sini. Ada 2 cara untuk melabur di unit trust; 1, melalui cara regular saving ataupun 2. lump sum. Selain pelaburan dari duit poket, kita juga boleh melabur menggunakan duit dari akaun1 kwsp kita.

Dengan hanya RM200 sahaja kita dah boleh mula melabur. Jadi bagaimana nak kembangkan duit pelaburan kita? Mudah, melaburlah secara konsisten setiap bulan sampai tercapai matlamat pelaburan kita. Caranya adalah dengan mengaktifkan regular saving ke akaun pelaburan kita. Perlukan penerangan lanjut, klik sini untuk sesi perbincangan selama 20 minit dengan Hidayahwan.

Disini HidayahWan siapkan langkah demi langkah melabur di unit trust/unit amanah:

  1. Buka akaun dengan unit trust dengan HidayahWan dengan menggunakan link ini https://client.asia.manulifeam.com/en_MY/NewUser?advisor=G747 atau scan pada QR code ye:

2. Nak tengok video pun boleh, klik di youtube https://youtu.be/q9StuO3lpTg?feature=shared.

3. Agent CodeUnit Trust/Unit Amanah : G747 Nama: Wan Hidayah atau klik sini untuk pertanyaan lanjut.

4. Selesai mendaftar, pelabur terus boleh mengaktifkan akaun pelaburan dengan memindahkan duit untuk dilaburkan, nak pilih fund mana? tanya HidayahWan disini ye.

5. Regular Saving Plan juga boleh terus diaktifkan serta merta, saya HidayahWan akan mendapatka email notification dan Tahniah anda dah jadi pelabur yang bijak. Mudahkan?

Cara melabur di unit trust/unit amanah ni sangat mudah. Semoga bermanfaat

HidayahWan