The Secret of 6 Money Rules / Rahsia 6 Peraturan Wang

Ada 6 Money Rules / Peraturan Kewangan yang semua orang perlu tahu seawal 20 tahun. Jika belum tahu baca, fahamkan dan praktiskan secepat mungkin. Saya kupas setiap satu sebaik mungkin bagi pemahaman kita untuk praktikkan terus ye.

1. Peraturan 50/30/20

Ini adalah peraturan paling basic yang semua orang perlu tahu. Mereka yang berjaya keluar dari kebergantungan kepada gaji semata adalah mereka yang disiplin ikut cara uruskan kewangan mengikut ratio ini. Seawal gaji bulan pertama, bahagikan gaji mengikut ratio ini.

  1. 50% adalah keperluan hidup
  2. 30% adalah kehendak dalam kehidupan
  3. 20% adalah matlamat kehidupan

Gunakan sebaiknya hanya 50% dari jumlah gaji kita untuk keperluan hidup kita termasuk makan, bayaran rumah dan juga keperluan wajib ada dalam kehidupan kita. 30% adalah kehendak kita termasuk kereta, motor, bercuti dan material. 20% pula agihkan untuk matlamat yang kita mahu simpanan dan pelaburan yang patuh shariah dan sah disisi undang-undang. Mula dan disiplin kan diri sampai bila-bila.

2. Peraturan Angka 72

Rules 72 adalah satu formula diiktiraf sebagai satu keajaiban dunia dalam mengembangkan duit kita. Formula ini menentukan berapa lama duit yang dilaburkan berganda dengan berapa % keuntungan setiap tahun. Contoh mudah jika potensi dividen yang diberikan adalah 10%, maka kiraannya adalah 72/10 = 7.2 tahun. Ini bermaksud duit yang dilaburkan bakal menjadi sekali ganda dalam masa 7 tahun 2 bulan jika keuntungan adalah sebanyak 10% setiap tahun. Sifir mudah yang perlu dipegang oleh pelabur, dan kebanyakan dari pelabur faham dengan formula ini.

3. 3 ke 6 Bulan Simpanan Tabung Kecemasan

Wajib ada simpanan tabung kecemasan sejumlah 3 ke 6 bulan penggunaan. Bila disebut tabung kecemasan, ada yang tanya macam mana nak tahu jumlah yang patut ada untuk sebulan? Kiraan jumlah tabung kecemasan adalah bergantung kepada gaya hidup dan kebarangkalian musibah kecil untuk kita. Apa yang perlu diambil kira adalah bil klinik jika sakit, bil baiki kenderaan kegunaan harian, perbelanjaan perlu jika ada keperluan untuk kita pulang ke kampung kerana kematian contohnya. Tabung Kecemasan ini adalah penyelamat kita juga dari meminjam duit orang ataupun badan yang tidak sah disisi undang-undang.

4. Peraturan 300

Peraturan 300 ini sangat menarik kerana ia adalah 1 formula untuk kita mengetahui berapa jumlah yang perlu kita laburkan untuk kita mengekalkan cara hidup yang sama selepas kita bersara kelak. Peraturan ini ramai belum tahu, jom saya kongsikan formula ini.

Contoh gaji kita sekarang adalah RM10,000 sebulan.

Jumlah yang perlu kita ada dalam pelaburan kita adalah RM10,000 x 300 = RM3,000,000 ini kerana potensi dividen dari pelaburan medium risk adalah sebanyak 8%, dan kita bakal peroleh RM20,000 sebulan hasil dari dividend sahaja. Kenapa RM10,000 sekarang tapi kita perlu RM20,000 selepas bersara? Ini selepas diambil kira purata kita bakal bersara dalam jangka masa 10 tahun akan datang dan inflasi bakal meningkat sebanyak sekali ganda untuk keseluruhan perkara. Menarik kan? 3 Juta tu banyak? ye memang banyak.

5. Peraturan 20/4/10

Paraturan ini jarang diberitahu maka ia sangat jarang dipraktikkan. Peraturan yang rare hanya dipraktikkan oleh manusia rare. Kenapa saya kata begitu? Kerana peraturan ini adalah untuk kita praktik bila beli kehendak kita tetapi ia tetap dikatakan keperluan oleh ramai orang, beli kereta dan kita bayar secara ansuran kepada bank.

Apakah 20/4/10? Ia adalah bila kita beli kereta, kita mesti bayar 20% down payment harga kereta tersebut. Kenapa perlunya 20%, kerana ia untuk kita laksanakan no 4 selepas itu, iaitu ansuran bayaran kereta kita kepada pihak bank mestilah hanya dalam masa 4 tahun sahaja. Ini adalah figure yang menjadikan kita lebih cerdik dari bank, kerana ini adalah jumlah seminimum mungkin kita kepada pihak bank walaupun secara ansuran. Cuba kira bayaran kereta kita sekarang.

Selain dari itu 10 adalah guna hanya 10% dari jumlah gaji kita untuk bayaran kereta, kalau dilihat dari gaji RM10, 000 sebulan maka maximum bayaran ansuran kereta hanyalah RM1000 sebulan. Masukkan juga figure service kereta tersebut. Pegang kata-kata ini, kereta akan susut nilai setiap bulan selepas kita keluarkan dari showroom.

6. 3 kali Ganda Bayaran Rumah

Peraturan untuk bayaran rumah ni mudah je, bayaran tahunan rumah mestilah tidak melebihi 3 kali ganda gaji bulanan kita. Jika gaji bulanan kita RM10,000, maka jumlah bayaran ansuran rumah kita pula mestilah tidak melebihi RM30,000 untuk setahun.

RM10,000 x 3 = RM30,000/12 bulan = RM2500 sebulan

Jumlah ini mestilah termasuk maintenance rumah seperti cukai tanah, cukai pintu, dan semua bil rumah yang lain. Kenapa tidak melebihi RM2500? Supaya kita termasuk dalam golongan bijak yang ikut rules no 1 dan kita ada wang untuk tabung kecemasan, wang untuk simpanan dan melabur.

Inilah dia cara mereka yang bijak mengurus kewangan, dan kebanyakan mereka boleh memindahkan diri dari golongan B40 kepada M40 dan tak mustahil ke T20. Semuanya mesti melalui proses dengan disiplin yang tinggi. Perlukan guide untuk pengurusan kewangan dan pelaburan klik sini ye https://BlogHidayah.wasap.my

HidayahWan

Cara selesaikan hutang dengan cara BIJAK tanpa bebankan pewaris.

Kebanyakan setiap dari kita mesti ada hutang kan? Harini Sis Ida nak share cara selesaikan hutang-hutang yang kita ada dengan cara bijak. Ilmu mahal yang Sis Ida dapat dari sifu-sifu ni, tak berapa nak mahal kalau tak dikembangkan kepada orang lain kan.

Ok Jom kita senaraikan jenis-jenis hutang dulu, Ini adalah jenis hutang yang ada diMalaysia.

  1. Mortgage – Housing Loan
  2. Hire Purchase – Car Loan
  3. ASBF -Hutang Melabur
  4. Personal Loan & Credit Card
  5. Hutang Pendidikan
  6. Hutang di Koperasi
  7. Hutang Perniagaan

Dari senarai hutang ni, ada yang dilindungi insurans/takaful dan ada juga yang tiada perlindungan. Jom kita senaraikan supaya mudah untuk kita rujuk kemudian hari.

Hutang yang ada insurans/takaful (ada yang secara option)

  1. Mortgage – Housing Loan
  2. Hire Purchase – Car Loan
  3. ASBF -Hutang Melabur
  4. Hutang Pendidikan
  5. Hutang Perniagaan

Dan Ini pula hutang yang tiada insurans/takaful

  1. Personal Loan & Credit Card
  2. Hutang di Koperasi

Dari senarai ini, perlu untuk kita list kan hutang yang kita ada pula. Untuk tujuan belajar, Sis Ida buatkan situasi kita ada kesemua hutang ni. Dan ini adalah contoh jumlah hutang yang ada untuk setiap nya.

Mortgage – Housing Loan RM300,000 ada MRTT (masa ni belum pandai, ikut je orang bank cakap)
Hire Purchase – Car Loan RM100,000 (dah pandai sket, jadi ambik insurans untuk bayarkan baki kereta bila kita meninggal kelak dan kereta masih ada loan)
ASBF -Hutang Melabur RM50,000 (takaful akan bayarkan baki jika meninggal dalam tempoh bayaran lagi)
Personal Loan & Credit Card RM10,000 tiada insurans
Hutang Pendidikan RM10,000 (takaful akan bayarkan baki jika meninggal dengan hutang masih ada baki)
Hutang di Koperasi RM10,000 tiada insurans
Hutang Perniagaan RM20,000 juga tiada insurans

Jumlah hutang ialah RM485,000.

Yang tiada insurans/takaful hanya personal loan RM10,000 +

hutang di Koperasi RM10,000 +

hutang perniagaan RM20,000.

Jumlah RM 40,000

Solusi untuk si Dia

Apa solusi yang ada? Si Dia perlu elakkan sebarang bayaran lagi dengan keadaan sekarang yang dah tak berapa nak ada wang lebihan ni. Ye lah bayaran hutang bakal naik kerana kenaikan BLR kan.

Si Dia ada caruman ke akaun persaraan setiap bulan dan sekarang dia bersetuju untuk pindahkan sebahagian wang tersebut mengikut syarat yang ditetapkan. Dengan hanya memindahkan sebahagian dari wang yang sedia ada. Si dia sudah mempunyai extra FREE TAKAFUL. Yes Portion inilah untuk bayaran hutang yang tiada insurans/takaful tadi.

Jumlahnya boleh menjadi sehingga RM1Juta bergantung kepada berapa banyak jumlah yang boleh dipindahkan.

Sekarang dah tahu kan rahsia si dia selesaikan hutang dengan cara BIJAK? Si Dia dah tak risau tinggalkan hutang kepada waris kemudian hari. Mudah dan Percuma. Nak tahu lanjut?

Semoga bermanfaat

HidayahWan

Tips cepat habiskan hutang pinjaman rumah; Bayar lebih?

Saya dapat increment sebanyak RM1000 sebulan, saya plan nak bayar hutang pinjaman rumah. Sebelumni hutang pinjaman rumah adalah RM2245 sebulan. Jadi mulai bulan depan saya nak bayar RM3245 untuk cepat habiskan hutang rumah. Adakah tindakan saya ini betul, atau bagaimana cara yang terbaik untuk saya.

Ok, jom sama-sama kita bincangkan.

Contoh loan rumah : RM500K

Interest rate : 3.50%

Tempoh bayaran : 30 tahun

Jumlah bayaran bulanan : RM2245.00

Sekarang ada 3 pilihan kepada saya

  1. Saya tambah bayaran hutang rumah dari bayaran RM2245 jadi RM3245 setiap bulan.
  2. Saya bayar hutang rumah macam biasa sebanyak RM2245. Duit increment saya invest untuk habiskan hutang rumah nanti.
  3. Saya bayar hutang rumah sebanyak RM2750 tambah RM500 dari jumlah asal. Lagi RM500 saya invest untuk langsaikan hutang rumah ni juga.

Ok, sekarang kita tengok apa perbezaan untuk 3 situasi ini, mana yang lebih menguntungkan saya.

  • Tambah bayaran hutang rumah dari RM2245 ke RM3245 setiap bulan
  • Bila saya bayar extra RM1000 kepada hutang rumah saya, jadi tempoh bayaran saya berkurang sebanyak 155 bulan. Wow banyak tu 155 bulan bersamaan 13 tahun. WOW jimat sebanyak 13 tahun tu banyakkan. Ikutkan hutang rumah saya perlu bayar selama 360bulan. Dengan bayaran tambahan sebanyak RM1000 sebulan, saya hanya bayar selama 205 bulan sahaja.

  • Bayar hutang rumah macam biasa RM2245
  • Walaupun ada increment, saya bayar hutang loan rumah macam biasa. Duit increment sebanyak RM1000 sebulan saya laburkan di unit trust (pemilihan fund sangat PENTING). Dan duit yang dilaburkan ini akan digunakan untuk buat FULL PAYMENT kepada loan rumah ini nanti. Jom kita tengok pengiraannya;

    Ini adalah pengiraan untuk bayaran hutang pinjaman rumah saya. Dan dibawah ini pula adalah return yang saya dapat hasil dari pelaburan RM1000 sebulan ke unit trust.

    Selepas 15 tahun melabur, saya berjaya kumpul cash RM405,798. Dan hutang rumah yang saya bayar je macam biasa masih berbaki RM314,069. Jadi saya boleh habiskan hutang rumah saya selepas 15tahun.

    Guna investment cash saya RM405,798 – RM314,069 = RM91,729 lagi. Dan saya boleh continue cash investment saya. WOW menarik kan….Secara tak lanngsung saya berjaya habiskan loan rumah saya dalam masa 15 tahun atau 180 bulan.

    Untuk situasi ke3 pula? Cuba sahabat kirakan pula? Saya pilih pilihan ke 2 jelah. Sebab tempoh bayaran loan rumah hanya selama 15 tahun sahaja dan saya ada extra cash lagi.

    Nak discuss lebih lanjut dengan figure loan rumah, klik sini ye https://ManageMyInvestment.wasap.my