Persoalan yang selalu ditanya? bila masa terbaik untuk mula melabur? Sekarang ekonomi TAK OK ke OK? Kalau melabur sekarang OK ke TAK OK? Kene tengok ekonomi negara ke ekonomi sendiri ye agaknya?
Politik negara sekarang tak menentulah, so ekonomi tak menentu. So kene melabur ke atau tunggu bila politik stabil dan ekonomi stabil?
Persoalan
Bila ye ekonomi stabil? Bila ye politik negara stabil? Awak boleh control ke? OHHH TAK BOLEH CONTROL KAN? SO???
Sebenarnya MELABUR ni mudahnya. Ada 3 situasi yang berlaku dan berulang-ulang di market.
market menaikmarket naik turun Market turun dan naik kembali
Diantara 3 situasi ni, dalam keadaan mana satu agaknya, waktu terbaik untuk kita mula melabur? Jawapanya ialah pattern ke3 iaitu market turun dan naik. Si A melabur sahaja tanpa mengikut walaupun market menurun dan menaik. melabur tanpa ada stop atau lock profit ye.
Inilah report pelaburan si A yang melabur tetap melabur di waktu market menurun dan tetap sambung melabur diwaktu market menaik.
Apakah buktinya. Bila melabur di unit amanah, konsepnya senang
Cara simpan duit untuk anak, ye tabung pendidikan anak.
STUDY DEGREE DENGAN RM100 SEBULAN?
Anak kita yang baru lahir, besar nanti nak study sampai degree. Berapa banyak nak kena sedia duit?
Jom kita kira berapa kos untuk sambung degree, yuran kursus, 18 tahun akan datang.
Ijazah XXX Universiti XXX (Universiti di Malaysia ye) Tempoh : 6 tahun Yuran Kursus : RM 24,200 (nilai semasa) Yuran Kursus (18 tahun nanti) = RM49,000*
Jangan lupa ambil kira kadar inflasi pendidikan ya. Lebih kurang 4% setahun
Mana nak dapat RM49,000 kan? Banyak tu..Ada cara?
Tahun 2000, ada PTPTN. Agak-agak, akan datang, wujud lagi ke pinjaman PTPTN ni?
Ha.. Masa ni lah kita nak bina Tabung Pendidikan anak kita sendiri.
Meh Ida tolong terangkan
Pilhan Pertama
Jumlah simpanan: RM100 sebulan
Pulangan keuntungan : 3% setahun
Jumlah terkumpul: RM28,666 Adoiii.. Tak cukup ni
Pilihan Kedua
Jumlah simpanan: RM100 sebulan
Pulangan keuntungan: 8% setahun*
Jumlah terkumpul: RM48,329*
YES..boleh la kan…..adakan tabung pendidikan untuk anak.
Nak tahu caranya simpan wang RM100 sebulan dan dapat pulangan keuntungan 8% setahun*
Boleh ke simpan duit RM500 sebulan tapi gaji RM2000 je. Macam mustahil je!
Tak ada apa yang mustahil dengan syarat disiplin bila menyimpan kerana ada benda yang nak dicapai. Untuk Ida, angan-angan Ida tinggi melangit jadi displin pun kene tinggi melangit. Ida nak beli rumah selepas 2 tahun bekerja. Ida tak perlukan kereta kerana ada public transport jadi ia lebih mudah pada Ida walaupun susah pada orang lain.
Ye Ida cabar diri Ida sendiri. Kenapa? Sebab ramai orang kata itu MUSTAHIL. Ida suka cabaran macam ni. Ida akan buktikan boleh bila mana orang lain kata mustahil untuk kepuasan diri sendiri.
Cara Ida buat hanya pindahkan RM500 dari bank gaji ke bank B sebaik sahaja duit gaji masuk. Kerap kali seawal jam 1 pagi, sebab gaji masuk jam 12.30 malam. Setiap bulan excited tunggu wang gaji masuk dan rasa satu kepuasan sangat bila dapat kumpulkan duit di bank B. Ye hanya pindahkan duit dan simpan tanpa korek walau RM1.
Ida disiplin kan diri dari gaji bulan ke 2. Bulan pertama? Ida joli semua duit tu…. 1st time rasa duit gaji bekerja secara official kan. Masa belajar Ida dah mula berniaga dan ye ada duit gaji. Ni Ida share di artikel lain ye. Sejak bulan ke2 walau badan mengeletar nak beli kasut cantik, Ida akan tidur dan bayangkan baring disofa dirumah sendiri. Begitulah cara Ida berangan dan cuba disiplin diri.
Jom Kira RM500x 24 bulan = RM12,000
Inilah dia duit yang Ida tukarkan ke bank draft untuk bida rumah lelong dengan harga 95K masa tu. Apartment 5 bilik tidur 3 biir air di selangor. Sangat teruja sampai tak boleh tidur 2 malam. Tersengih sepanjang hari bayangkan rumah tu bakal jadi milik Ida.
Macam mana Ida buat kiraan setiap bulan? Gaji bersih RM1800
Simpanan RM500
Duit Mak + Ayah RM300
Duit emergency RM100
Barang keperluan diri RM100 (sabun+ shampoo selalu beli 2-3 bulan sekali, jadi terkumpul RM300)
Sewa rumah + bil air + bil api RM300
Bil Telco RM100
Duit Makan RM300 termasuk biskut, jajan dan sebagainya yang dikira makanan
Shopping rewards diri RM100 (Kalau nak rewards lebih Ida kurangkan duit makan)
Ida pegang kemas nasihat keramat arwah ayah …kita tak der duit tak der sapa nak tolong. Jadi kesimpulan ida buat jangan pernah tak ada duit. Nasihat keramat ni pegang sampai bila-bila. Biar orang gelak kita nampak lekeh…asal kita tahu cash kita sembunyi poket mana. Cash flow kita, biar kita je tahu. Ambil tahu sekarang http://www.wasap.my/60123386770/naktahucarasimpanduit
Mendepani cabaran ekonomi yang mendatang dalam Tahun 2016, pelbagai persiapan perlu dilakukan. Sebagai mukmin sejati, pedoman yang semestinya perlu kita rujuk adalah menerusi kitab Al-Quran yang sudah pastinya sebagai kitab rujukan yang lengkap.
Allah SWT apabila menceritakan sesuatu kisah menerusi Al-Quran, sudah pasti ia bukan semata-mata releven untuk zaman tersebut sahaja, bahkan ia sesuai untuk menjadi pengajaran sampai bila-bila.
Berkongsi menerusi Segmen Ibrah pada minggu lalu, yang bersiaran pada hari Isnin, 5.15 petang di IKIMfm, Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman membawa kisah bagaimana Nabi Yusuf AS menyelesaikan krisis ekonomi dan kemarau yang melanda Mesir.
Kisah ini disampaikan oleh Allah SWT sebagai panduan kepada seluruh umat manusia melalui Surah Yusuf, ayat 47 – 49 yang bermaksud :
Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (47)
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).(48)
“Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.(49)
Kisah ini merupakan tafsiran mimpi yang dilakukan oleh Nabi Yusuf AS di dalam penjara apabila rakan sepenjara Baginda yang telah datang kepadanya untuk ditafsir mimpi Raja Mesir.
Mesir telah berjaya bertahan dan mendepani cabaran kemarau teruk untuk tempoh tujuh tahun. Kejayaan Mesir ini turut dikongsi oleh seluruh Timur Tengah yang mendapatkan bantuan Mesir yang juga berdepan dengan situasi yang sama termasuk Palestin.
Melihat kejayaan Mesir dalam usaha berhadapan dengan krisis kemarau panjang yang berlarutan, ia adalah hasil usaha dan idea Nabi Yusuf AS yang dilantik sebagai Menteri Kewangan Mesir. Beberapa formula telah disusun oleh Nabi Yusuf AS agar Mesir mampu bertahan ketika musim kemarau tersebut.
Formula kejayaan itu, diringkaskan oleh Ustaz Syaari menerusi perkataan Yusuf itu sendiri yang merujuk kepada yakin kepada Allah, usaha yang luar biasa, simpan dahulu belanja kemudian, utamakan yang utama dan akhirnya fokus pada bulatan kawalan.
Formula pertama dalam menyelesaikan dan berhadapan dengan krisis kemarau Mesir pada ketika itu ialah melalui fasa yakin Allah SWT ada. Apabila kita menghadapi krisis ekonomi, kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah SWT itu ada dan Dia ciptakan kita dengan tujuan. Kita hidup di dunia ini adalah untuk diuji termasuk ujian ekonomi yang didatangkan oleh Allah SWT.
Allah SWT mahu uji kita sejauhmana ujian yang datang mendekatkan kita kepadaNya atau sebaliknya. Lihat secara positif, pasti ada hikmah pada setiap sesuatu. Apabila kita yakin Allah SWT ada, kita akan menjadi hamba yang lebih kuat.
Ini ditunjukkan oleh Nabi Yusuf AS apabila didatangi bekas rakan sepenjara Baginda untuk bertanyakan kisah mimpi Raja Mesir. Sekiranya Nabi Yusuf AS ingin membalas dendam terhadap apa yang dilakukan oleh bekas rakan sepenjara Baginda itu, maka Nabi Yusuf AS boleh sahaja mengendahkan mimpi tersebut. Nabi Yusuf AS sentiasa yakin akan setiap yang berlaku itu adalah ketentuan daripada Allah SWT dan baginda dipenjara bukan kerana lelaki tersebut tetapi kerana itu adalah takdir Allah SWT dan lelaki itu hanya asbab kepada Baginda dipenjara.
Formula kedua Nabi Yusuf AS dalam menyelesaikan isu kemarau Mesir iaitu usaha yang luar biasa secara berterusan. Nabi Yusuf AS mentafsirkan mimpi Raja Mesir dengan penyelesasian masalah dengan menanam selama tujuh tahun secara bersungguh-sungguh dengan berterusan. Nabi Yusuf AS memastikan rakyat Mesir bersungguh dalam tiga cara. Pertamanya Nabi Yusuf AS menyebut bersungguh-bersungguh hanya untuk tujuh tahun sahaja. Maknanya usaha tersebut perlu disertakan dengan jangka masa berapa lama perlu berusaha bersungguh-sungguh.
Keduanya Nabi Yusuf AS menggunakan kaedah ancaman iaitu sekiranya tidak bersungguh-sungguh, maka tujuh tahun berikutnya akan menderita semua orang kerana segala apa yang disimpan kemungkinan akan habis apatah lagi sekiranya tidak menyimpan. Ketiga adalah kaedah memberi ganjaran dan menyampaikan berita gembira. Setelah tujuh tahun kedua dengan kemarau dahsyat, maka Nabi Yusuf AS menyampaikan berita gembira semua rakyat Mesir akan mendapat hujan dengan kelimpahan rezeki yang melimpah ruah.
Dalam menyelesaikan masalah kemarau Mesir, Nabi Yusuf AS mengajarkan tentang formula simpan dahulu belanja kemudian. Baginda mengatakan, bila datang musim menuai, jangan semua yang dituai dijadikan makanan dan ada sebahagiannya yang disimpan ke dalam gudang. Baginda turut mengajar kepada rakyat Mesir supaya kekalkan kesegaran gandum yang disimpan di dalam gedung dengan tidak membuang kulitnya beserta tangkainya agar apabila tempoh tujuh tahun, gandum tersebut masih lagi segar untuk digunakan.
Utamakan yang utama diajarkan oleh Nabi Yusuf AS apabila kita beroleh rezeki jangan digunakan mengikut hawa nafsu. Perihal mimpi Raja Mesir juga mengajarkan bahawa utamakan yang utama dengan simbolik lembu dan juga tangkai gandum tersebut. Lembu merujuk kepada kenderaan manakala gandum pula merujuk kepada pertanian. Nabi Yusuf AS dalam hal ini melihat pertanian adalah lebih utama untuk diusahakan berbanding fokus kepada kenderaan.
Fokus pada bulatan kawalan dalam formula yang terakhir telah diajarkan oleh Nabi Yusuf AS. Dalam kehidupan kita sentiasa ada lingkungan masalah yang diluar kawalan kita seperti lembu dalam mimpi Raja Mesir. Jangan kita fokus kepada perkara yang dliuar kawalan kita seperti zaman yang semakin mencabar atau ekonomi yang semakin merosot. Sedangkan kita perlu fikirkan apa usaha yang perlu kita lakukan yang di dalam kawalan kita seperti tangkai gandum tersebut agar masalah yang mendatang dapat kita selesaikan.
Sekiranya kita terlalu memikirkan punca masalah tanpa memikirkan cara penyelesaiannya, dibimbangi kita akan kalah dengan hasutan syaitan dan akhirnya tidak melakukan apa-apa usaha dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Kita tidak boleh mengubah sesuatu takdir yang berlaku, tetapi kita boleh mengubah cara kita melihat setiap takdir yang berlaku.