Sebagai rakyat Malaysia yang berpendapatan sama ada melalui bekerja atau menjalankan perniagaan diwajibkan untuk membayar cukai kepada kerajaan melalui pihak lembaga hasil dalam negeri. Pembayaran adalah melalui online di website lembaga. Ada juga bahagian tax yang ditolak terus dari gaji bulanan. Ini dipanggil PCB, Pembayaran Cukai Berjadual.
Apa itu PCB
PCB dikenalkan bagi memudahkan urusan bayaran tax dari kita kepada lembaga. Sejumlah yang dikenakan penolakan adalah berdasarkan kadar pendapatan individu pada bulan tersebut. Sejumlah potongan mungkin tidak sama setiap bulan untuk sesetengah individu. Rujuk jadual kadar cukai dibawah, berapa jumlah PCB kita ye? Banyakkan. Nak tahu urus tax dan zakat, klik sini

Apa yang menjadi persoalan adalah, ada diantara kita yang tidak suka dengan sejumlah bayaran PCB yang dikenakan ini kerana PCB seolah paksa rela kepada kita. Namun, tidak boleh untuk kita mengelak dari bayaran PCB ini. Walaupun begitu, ada alternatif daripada terpaksa rela kepada perasaan yang kita suka dengan bayaran PCB yang dibuat.
PCB ke ZAKAT
“Semakin tinggi jumlah zakat, maka semakin sedikitlah potongan cukai. Sekiranya jumlah zakat menyamai atau melebihi cukai, maka seseorang itu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatannya. Menurut ACP 1967, Seksyen 6A (3) di atas, tidak dinyatakan jumlah amaun tertentu atau batas amaun dalam rebat ke atas cukai. Kepada yang beragama Islam dibolehkan melakukan peralihan Tax Cukai 100% ke Zakat“
Mungkin ada yang tahu, namun masih ramai yang tidak tahu mengenai hal penting ini. Peralihan PCB kepada Zakat akan buat kita suka dengan potongan bulanan yang bakal dikenakan. Namun ada cara dan proses yang perlu dilakukan, cukup mudah klik sini untuk tahu lanjut. Proses peralihan PCB kepada Zakat ini hanya mengambil masa 10minit sahaja. Sediakan masa beharga kita selama 10 minit ini untuk mengubah bayaran tidak rela PCB kepada suka Zakat kerana amal jariah yang berpanjangan.
Ada beberapa faktor utama yang bakal buat pembayar zakat melalui PCB ni gembira dengan keputusan yang bakal dibuat. Klik sini jangan bertangguh ye.
Semoga bermanfaat
HidayahWan