Sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta, kebanyakan kita mempunyai akaun Persaraan. Akaun ini adalah sebahagian wang gaji yang dicarumkan untuk hari tua kita nanti. Sebanyak 11-15% dari pada gaji kita dicarumkan ke akaun Persaraan.
Dan akaun kwsp kita pula dibahagi kepada 3 akaun berbeza. Akaun ke-3 baru sahaja diperkenalkan oleh kerajaan kita bagi melestarikan akaun flexible yang membolehkan pencarum mengeluarkan wang tersebut pada bila-bila masa mengikut keperluan jangka masa pendek. Ia adalah 10% daripada jumlah keseluruhan wang Persaraan kita.
Akaun ke-2 pula adalah akaun sejahtera yang membolehkan kita membuat persediaan awal sebelum bersara. Kerana itu wang dari akaun ke-2 boleh dikeluarkan untuk 4 tujuan sahaja, iaitu membiayai pendidikan, pembiayaan pendahuluan dan juga menyelesaikan baki pinjaman rumah, menampung kos perubatan dan juga untuk menunaikan haji (berkuat kuasa 1 Januari 2013). Ia adalah 20% daripada jumlah keseluruhan wang Persaraan kita.
Akaun 1 yang merangkumi 70% pula, adalah akaun yang diwujudkan adalah bertujuan sebagai penyimpanan bagi kegunaan selepas kita bersara kelak atau bagi tujuan Pelaburan sahaja. Seperti yang kita tahu, dividen Persaraan setiap tahun adalah 4-6% setiap tahun bakal mengembangkan wang persaraan kita. Kita dinasihatkan untuk merancang kewangan dengan baik.
Kita dibenarkan untuk melaburkan hanya sebahagian iaitu 30% dari duit lebihan yang ditetapkan. Contoh jumlah minimum yang ditetapkan mengikut umur adalah seperti jadual dibawah

Contoh Hafiz yang berumur 35 tahun mempunyai RM400,000 di akaun1. Sejumlah ini bakal mendapat dividen sebanyak 4-6% setiap tahun. Hafiz yang bijak mahu melaburkan sebahagian wang akaun1 nya ke akaun pelaburan. Jadi berapakah jumlah yang Hafiz boleh laburkan?
RM400,000 – RM57,000 = RM343,000, Lebihan wang persaraan Hafiz adalah RM343,000 kerana jumlah minimum untuk umur Hafiz adalah RM57,000. Namun hanya 30% sahaja dari sejumlah ini yang Hafiz boleh laburkan. Jadi 30% x RM343,000 = RM102,900 adalah jumlah yang dibenarkan untuk Hafiz. Maksudnya hanya 1/4 sahaja yang boleh dilaburkan dari jumlah akaun persaraan. Sejumlah 1/4 ni yang boleh dikembangkan ke akaun unit trust.
Sejumlah RM102,900 ini boleh dilaburkan ke pelaburan unit amanah yang hanya dibenarkan oleh panel dari pihak Persaraan sendiri. Dana Pelaburan yang dibenarkan juga akan dipantau dari masa ke semasa. Jadi adakah berbaloi untuk Hafiz melabur wang dari akaun1 beliau? Bergantung kepada pemahaman dan perbincangan dengan consultant. Soalan yang perlu ditanya oleh pelabur sebelum mula melabur baca sini.
Berbincang dan fahami apa yang sepatutnya kita sebagai pelabur tahu sebelum mula melabur, selepas itu… ambil masa untuk berbincang secara konsisten sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memahami situasi dan juga performance pelaburan kita.
Semoga Bermanfaat
HidayahWan