Tiada istilah dah TUA bagi Mereka Yang Berjaya!

LeBron James, Lewis Hamilton, dan Cristiano Ronaldo ni masing-masing dah masuk umur 40, tapi tetap cemerlang dalam bidang mereka. Mereka tidak bermula dari umur 40, tetapi tetap cemerlang pada umur 40 tahun. Kalau kita fikir balik, umur 40 ni ramai yang dah mula fikir nak slow down, tapi mereka yang berjaya tunjukkan yang umur bukan penghalang kalau kita betul-betul jaga diri dan terus usaha. Klik sini https://lnk.bio/hw07

Mereka yang berjaya dan kekal berjaya

Konsisten adalah Rahsia Mereka

Bayangkan, bertahun-tahun mereka yang berjaya maintain level yang sama atau lebih tinggi. Tak mudah nak konsisten macam tu, tapi diorang buktikan yang bila kita buat sesuatu dengan penuh disiplin dan kasih sayang pada kerja kita, hasilnya boleh kekal lama. Kita pun boleh apply benda ni – apa pun kerja kita, buat dengan hati. Hasilnya, akan bercakap sendiri. “anything on your hand, turn it to gold”

Pengalaman Itu Kekuatan

    Bila dah 40, diorang sebenarnya ada sesuatu yang pemain muda tak ada – pengalaman itu kekuatan mereka. Pengalaman kehidupan dan kerjaya. Setiap kejayaan, setiap kegagalan, semua tu jadi panduan untuk langkah seterusnya. Mereka tak goyang sebab mereka dah lalui macam-macam. Banyak kali kita dengar, pengalaman kita yang kita rasa biasa tu sebenarnya adalah aset paling besar. Jangan sesekali pandang rendah pada apa yang kita dah belajar dalam hidup kita. Dan kita ada jalan shotcut, dengan belajar dari pengalaman orang yang lebih berjaya dari kita; melalui mendengar sharing mereka atau talk yang mereka adakan tidak kira dari platform mana, kuncinya kita dapat belajar dari pengalaman mereka.

    Sentiasa Belajar dan Berubah

      Dunia sukan tak pernah berhenti berubah, sama je dengan dunia lain pun.tapi mereka yang berjaya ni bijak adaptasi. Tengok cara Ronaldo, dia ubah cara main ikut kemampuan fizikal badan. LeBron pun sama, dia tahu macam mana nak jaga badan supaya terus fit. Mereka yang berjaya tak stay pada cara lama berterusan. Kalau dilihat, bidang apa pun tiada apa yang kekal lama. Sesuatu perkara hanya bertahan selama lebih kurang 10 tahun, selepas tu pasti ada perubahan. Cuba perhatikan, kerana itu yang tidak berubah akan pupus, banyak kan kisah syarikat besar atau perseorangan yang hilang kerana takut untuk berubah. Jadi kenapa perlu takut untuk berubahan dalam hidup. Kita ubah ikut apa yang sesuai dengan keadaan kita sekarang agar kita kekal cemerlang pada umur kita.

      Kerja Keras Tak Kenal Usia

        Walaupun dah capai macam-macam, diorang tak pernah berhenti kerja keras. Tak ada istilah “dah cukup” untuk mereka. Mereka masih eager untuk jadi lebih baik. Ini mengingatkan kita yang kejayaan perlukan usaha berterusan. Tak kisah berapa umur kita, jangan sesekali rasa dah cukup. Selagi ada peluang, teruskan usaha untuk capai tahap lebih tinggi.

        Jadi Inspirasi Orang Lain

          Paling power, mereka yang berjaya ni bukan saja buat untuk diri sendiri, tapi jadi inspirasi untuk orang lain. mereka yang berjaya tunjukkan, kalau kita ada passion, umur hanya nombor. Kita pun boleh jadi contoh untuk keluarga, kawan-kawan, atau orang sekeliling. Apa yang kita buat hari ni mungkin jadi semangat untuk orang lain esok. Jadi, teruskan buat yang terbaik dan jadi yang terbaik.

          Ni paling win,mereka yang berjaya ni buktikan yang kejayaan tak ada expiry date. Kalau kita betul-betul sayang pada apa yang kita buat, usaha keras, dan tak berhenti belajar, kita boleh capai lebih dari apa yang kita bayangkan tanpa kira umur. Kadang-kadang, kunci kejayaan hanyalah terus percaya dan tak pernah putus asa.

          Jadi apa alasan kita? Saya dah tua? Tiada alasan bagi mereka yang berjaya dan tetap ingin berjaya. Klik sini https://lnk.bio/hw07

          HidayahWan

          2 thoughts on “Tiada istilah dah TUA bagi Mereka Yang Berjaya!

          Leave a comment

          This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.