1. Cara Mula Pelaburan Mutual Fund
Ingin memulakan bina porfolio mutual fund? Atau mungkin anda sudah membeli dana dan mahu susun semual portfolio mutual fund? Ada satu perkara yang anda perlu fahami bahawa tidak ada perkara seperti “portfolio mutual fund yang sempurna”.
Terdapat banyak portfolio yang agak bagus, tetapi tidak ada satu pun yang sempurna.
2. Bagaimanakah anda membina portfolio Mutual Fund?
Perkara pertama sekali adalah tetapkan objektif atau matlamat pelaburan mutual fund kita. Bagi orang biasa, cara terbaik untuk urus pelaburan adalah dengan mempunyai portfolio berasingan bagi setiap matlamat kewangan.Portfolio yang berlainan atau yang lebih kurang sama. Contohnya portfolio persaraan, portfolio pendidikan anak dan sebagainya.
Selepas menetapkan matlamat, kita punya jawapan yang tepat untuk berapa jumlah wang yang perlu untuk setiap matlamat, bila kita perlukan wang tadi dan berapa banyak potensi dividen yang kita perlu dapat.
Mari kita pilih matlamat kewangan dan kita cuba bina portfolio bagi mencapai matlamat tersebut. Sebagai contoh saya perlukan RM100,000 untuk portfolio rumah idaman saya dalam tempoh masa 5 tahun.
Dari matlamat kewangan dan portfolio yang mahu dibina ini, kita tahu pelabur ini adalah aggresif. Untuk mancapai matlamat portfolio yang aggresif ini, kita perlu memilih mutual fund yang aggresif.
3. Cara pilih fund terbaik sesuai dengan matlamat portfolio
Fund yang terbaik datang dengan pakej dari syarikat mutual fund yang terbaik. Ini adalah Top 10 Syarikat Mutual Fund di Malaysia.
Seterusnya adalah fund terbaik yang paling sesuai dengan matlamat portfolio kita tadi. Portfolio kewangan rumah idaman dan simpanan yang diperlukan adalah RM100K. Fund yang paling sesuai bergantung kepada perfomance dalam tempoh masa yang diperlukan.
Harga semasa berbanding harga dalam tempoh masa 1 -5 tahun. Paling penting master prospectus fund, untuk memastikan objektif fund tersebut sesuai dengan objektif portfolio kita tadi.
Ada beberapa perkara yang perlu dikaji dari master prospectus. Untuk bab ini sila tanya unit trust consultant.
4. Peruntukan Wang untuk diLABURkan.
Seterusnya kita perlu menetapkan strategi peruntukan wang untuk dilaburkan pula. Berapa jumlah wang yang kita ada sekarang atau kita boleh melabur setiap bulan bagi mencapai target portfolio rumah idaman tadi.
Dengan potensi dividen sebanyak 8% setiap tahun dalam tempoh masa 5 tahun. Berapakah jumlah wang yang perlu dilaburkan sekarang?
Kita perlu melabur sebanyak RM68K di mutual fund untuk jangka masa 5 tahun bagi mengandakan ia kepada RM101K
atau jika kita ada pilihan kedua dengan simpanan setiap bulan RM1K dan RM20K sebagai permulaan selama 5tahun. Kemudian perlu ada locked-in period selama 5tahun selepas itu. Tempoh masa keseluruhan adalah 10tahun.
Jika kedua-dua pilihan ini tidak memenuhi peruntukan keewangan kita sekarang, maka berbincanglah dengan Unit Trust Consultant. Pelaburan Mutual Fund boleh dibuat berdasarkan peruntukan kewangan individu.
Lov,
HidayahWan