Pelaburan saham
Saham adalah satu jenis pelaburan yang digilai oleh mereka yang mahu gandakan wang dalam masa yang singkat. Cara buat duit paling cepat dan mudah.
Sebagai permulaan kita hanya perlu buka akaun CDS. Baca sini untuk cara buka akaun CDS. Dah ada akaun CDS, beli mana-mana saham yang berkenan dihati dan jual bila mendapat untung yang ditarget. Mudahkan.
Sebelum menekan butang buy, kita perlu tahu beberapa perkara
- Kenapa saya beli saham ini?
- Kenapa saya beli pada harga sekian?
- Berapa banyak lot yang sana nak beli?
- Berapa duit yang saya ada untuk beli saham ini?
- Berapa keuntungan yang saya nak dari saham ini?
- Berapa kerugian yang saya sanggup tanggung untuk saham ini?
Selepas semua soalan ini dah terjawab dengan tepat, maka tekanlah butang buy saham tadi.
Ada 2 contoh saham yang satu untung dan satu lagi rugi.
Untung 50% dalam jangka masa 5 bulan.. WOhoooo SYOKkan
Rugi 33% dalam jangka masa hanya 3 bulan. Lena tak tidur ni?
Pelaburan Unit Trust
Berbeza dengan pelaburan unit trust. Kita meletakkan kepercayaan kepada fund manager untuk masuk gelanggang saham bagi pihak kita. Kita meletakkan duit kita di salah satu fund di unit trust bersama wang orang lain. Dikumpulkan sekali supaya jumlahnya menjadi BANYAK untuk didagangkan. Wang yang banyak dikaitkan dengan “power of purchase” yang bagus disamping “money management” sebelum masuk gelanggang saham.
Kita mahu melabur tetapi tidak ada masa untuk sakit kepala, maka biarlah fund manager yang tolong melaburkan duit kita. Fund manager juga dipanggil jerung dalam market bursa saham. Jerung adalah ikan besar dalam lautan dibandingkan dengan kita bilis dilautan yang sama. Jerung kerana ada wang yang banyak dan ada kuasa “power of purchase”. Fund Manager juga bijak pandai dalam hal “money managent” berbanding kita.
Berdasarkan objektif kita untuk mengandakan wang kita dan tidak mahu sakit kepala, maka apa yang perlu kita tahu adalah:
- Berapa potensi dividen?
- Berapa lama tempoh untuk digandakan
- Kemana duit saya dilaburkan?
- Bila saya akan keuntungan?
- Berapa banyak saya akan rugi?
Ini adalah petikan dari annual report salah satu fund di unit trust.
Kita akan terima annual report bila dividen dimasukkan ke akaun kita. Dari sini kita boleh tahu fund kita dilaburkan disaham mana, sektor mana dan berapa % pegangan saham tersebut dari keseluruhan fund.
Keuntungan yang diperolehi juga mengambil masa yang lama jika dibandingkan dengan pelaburan saham. TETAPI wang kita akan berganda berdasarkan peraturan 72 dengan purata keuntungan dalam tempoh masa tertentu.
Unit trust adalah pelaburan yang memerlukan kita memberi masa kita kerana unit trust memerlukan masa untuk berganda. Semakin lama semakin banyak mengikut konsep compounding.
Ini pula performance fund unit trust. 258.49% dalam jangka masa 14 tahun. Jadi secara purata keuntungan adalah 17% setiap tahun. WOW Awesome, inilah pelaburan yang saya cari. Hubungi kami, untuk kami hubungi semula
Lihat disini bukti pelaburan unit trust untung.
Sekian.