Kenapa PeLABURAN UNIT TRUST saya rugi?

Kenapa RUGI?

Pelaburan unit trust ialah pengumpulan duit orang ramai dalam satu tabung iaitu fund tertentu di satu syarikat unit trust di Malaysia. Bila kita melaburkan duit kita di unit trust, duit kita ditukarkan kepada unit. Contoh transaksi pembelian unit trust adalah seperti gambaran di bawah;

pelaburan unit trust harga turun

Dengan wang RM400 kita beli unit trust dan harga fund ini dari 0.5453 dari bulan Januari menurun hingga RM0.4960 di bulan Disember. Unit yang kita perolehi adalah lebih banyak pada harga yang rendah. Dan sepanjang dari Januari ke Disember report pelaburan menunjukkan yang kita RUGI. Rugi kerana harga menurun.

Contoh sebenar seperti gambar dibawah. Harga seunit menurun dan dari tahun 2013 hingga 2018. Pelabur ini tetap mengumpulkan unit di fund ini. Kerana kita tidak punya wang yang banyak, kita kumpul unit dengan harga yang berbeza sehingga tercapai jumlah unit yang kita mahu. Selama 5 tahun pelabur ini mengumpulkan unit. Dan return masih NEGATIF.

pelaburan unit trust rugi

Jika dibandingkan dengan pembelian unit trust dari harga rendah ke harga tinggi seperti gambar dibawah

pelaburan unit trust harga naik

Dengan jumlah wang yang sama RM400 sebulan, unit yang diperolehi semakin sedikit dari Januari ke Disember kerana kenaikan harga seunit. Namun report kita menunjukkan yang kita UNTUNG atau POSITIF. Untuk tempoh pengumpulan unit, sebenarnya kita rugi jika membeli unit dengan harga yang MAHAL, kerana unit yang kita dapat lebih SEDIKIT. Kita sepatutnya mendapat unit yang lebih BANYAK dengan harga yang MURAH.

Selepas tamat proses mengumpulkan unit, kita perlu locked pelaburan kita dalam tempoh masa 5-10 tahun (secara purata) bagi mengandakan wang yang kita laburkan tadi. Locked period adalah dari tahun 2013 ke 2018 iaitu selama 5tahun. Contoh seperti gambar dibawah;

unit trust untung

Pelaburan unit trust ini adalah pelaburan jangka masa panjang. Lihat gambar dibawah locked period yang lebih lama keuntungan hampir kepada 100% ;

pelaburan unit trust untung

atau contoh dibawah ini;

untung unit trust 100Inilah dia satu-satunya teknik buat duit dengan unit trust.

  1. Kumpul unit dengan harga yang berbeza agar kita mendapat kos per unit yang lebih rendah.
  2. Locked period paling sikit 5tahun untuk mengandakan wang dilaburkan.

 

Mudah konsep buat duit di unit trust ni kan. Ramai mereka diluar sana kata unit trust ni rugi kerana mereka tidak faham konsep unit trust yang sebenar. Selalu menganggap unit trust adalah saham dan saham adalah unit trust. Sebenarnya saham dan unit trust adalah 2 jenis pelaburan yang berbeza. Apa beza saham dan unit trust

 

Nota:Harus diingat prestasi fund terdahulu tidak menjanjikan prestasi fund dimasa akan datang.

5 thoughts on “Kenapa PeLABURAN UNIT TRUST saya rugi?

  1. bagi saya tetap rugi. saya dah melabur dalam unit trust public mutual lebih 5 tahun, selalu pantau dan tengok tak pernah positive pun. semuanya negative. lebih baik saya masuk ASB, sekurangnya dah terjamin positive value….

    Like

    • Konsep pelaburan unit trust tak sama dengan konsep deposit duit di asb cik nana. Inilah antara punca utama kenapa mereka kata pelaburan di unit trust rugi, kerana tidak faham konsep pelaburan di unit trust.
      Kedua yang saya selalu jumpa ialah mereka tidak tahu strategi pelaburan di unit trust.
      Sama ada agent tidak explain atau agent cik sendiri yang tidak faham.
      Kalau tidak masakan orang lain semua senyum lebar dengan keuntungan mereka.
      Terima kasih

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.