apa yang perlu tahu sebelum melabur unit trust

Check Point PENTING sebelum Melabur?

Bila sebut pelaburan unit trust, rata-rata update untung sana-sini, tapi kenapa pelaburan aku RUGI? Inilah persoalan sesetengah pelabur Unit Trust di tahun 2025. Walaupun dah melabur lebih dari 5 tahun, malah ada yang lebih dari 10 tahun. Apa punca kerugian? Kali ni saya kongsikan faktor kenapa sesetengah dari kita RUGI melabur di Unit Trust.

Pelaburan unit trust adalah; Pelaburan yang diuruskan oleh Pengurus Dana yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pelaburan Unit Trust biasanya dikenakan bayaran sekali sahaja apabila pelabur membeli unit trust dan mempunyai yuran tahunan untuk menampung kos menjalankan dana selepas itu.

Nah fokus disini adalah Pelaburan yang diuruskan oleh Pengurus Dana atau Fund Manager. Maka bila kita decide untuk melabur di Unit Trust, faktor utama yang perlu diambil adalah pemilihan Fund Manager terbaik bagi menguruskan pelaburan kita. Persoalan seterusnya, bagaimana kita nak memilih Fund Manager terbaik? Mudah caranya berbincanglah dengan Unit Trust Adviser, sebab Unit Trust Adviser mempunyai access kepada Fund Manager. Hanya Unit Trust Adviser yang berkaliber kenal Fund Manager mereka.

Sejak dari April 2012 saya terjebak dalam bidang Unit Trust kerana purpose saya untuk memberi manfaat kepada seramai mungkin mengenai Pelaburan Unit Trust yang patuh shariah ni. Kenapa saya terjebak boleh baca disini. Dari syarikat pelaburan no1 di Malaysia, saya berpindah ke syarikat pelaburan antarabangsa yang aku gelar 3 alif (kerana logonya begitu) dan punca utama adalah kerana kreadibiliti Fund Manager di Syarikat sekarang

Fund Manager adalah mereka yang bertanggungjawab mengerakkan duit Pelaburan kita seperti objektif yang jelas untuk setiap fund. Ada 7 faktor pelabur perlu lihat sebelum mulakan pelaburan agar pelaburan kita tidak RUGI. Kenapa saya yakin Fund Manager dari syarikat 3 Alif ini adalah;

1.Syarikat 3 Alif ni dah bermula dari tahun 1887. 138 tahun dah! wow… bukan setakat cukup matang, tetapi cukup pengalaman sangat ni.

2.Syarikat ini bermula sebagai syarikat insurans dan melebarkan sayap ke perniagaan Global Wealth & Asset Management.

3. Mempunyai 38,000 pekerja untuk menguruskan 33 juta pelanggan retails ye dan lebih dari 1000 pelabur Institusi. Pelabur institusi adalah pelaburan dari syarikat bukan retails atau individu.

4. Kalau dah pelabur mereka pun puluhan juta, Asset Under Management mereka berapa agaknya? Pelaburan keseluruhan mereka uruskan sekarang sebanyak kurang lebih USD900bil. 1 jumlah yang sangat besar. Dari sini je, kita dah tahu kreadibiliti Fund Manager mereka bukan calang-calang.

5. Kelebihan lain yang tidak boleh disangkal lagi adalah mereka beroperasi di 19 buah negara di serata dunia termasuklah Malaysia dan mereka ada 600+- Investment Professionals. Alang-alang melebarkan sayap perniagaan, biar betul-betul lebar dan besar.

6. Bila mereka bertapak Di Malaysia, operasi Syarikat 3 Alif ini dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Security. Aktiviti consultant mereka pula dipantau oleh FiMM. Sama dengan syarikat pelaburan Unit Trust yang lain juga.

7. Pelabur boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP atau dipanggil EPF-MIS. Skim ini membenarkan ahli KWSP melabur menggunakan akaun 1 ke dana-dana yang dibenarkan sahaja oleh EPF samada pelaburan konvensional atau shariah.

Kesimpulan; Experienced Fund Managers, malah CEO syarikat ini sendiri pernah menjadi Fund Manager selama 30 tahun. Ye 30 tahun adalah satu tempoh yang cukup matang. Malah semasa percutian yang ditaja syarikat tahun lepas, saya berpeluang bersembang semeja dengan Mr CEO ini sendiri. Orangnya humble tapi berbisa, Bersinar-sinar mata saya bersembang dengan satu figura yang berpengalaman dalam bidang Unit Trust dan pemahaman strategi pelaburan sama.

Bukti keuntungan Pelaburan Unit Trust dari syarikat ini kepada para pelabur saya sudah banyak terbukti, namun mengikut pelaburan yang telah ditetapkan oleh FiMM, saya tidak boleh memaparkannya secara terbuka disini. Jadi tiada sebab kenapa pelaburan Unit Trust harus rugi, jika faktor Fund Manager ini diambil kira. Berbincanglah dengan Unit Trust Adviser bukan ikut cakap kawan dalam pelaburan.Klik sini untuk perbincangan lanjut; https://IwanttobeUTC.wasap.my

Saya buka kepada perbincangan secara professional dengan mana-mana unit trust consultant juga.

Terima Kasih

HidayahWan

Calculator Zakat Pendapatan

Dalam Islam , zakat adalah rukun islam yang ke 4. Sebagai seorang Islam wajib untuk kita membayar zakat. Zakat atau bahasa mudah adalah pembersihan atau penyucian harta. Suruhan Allah kepada hambanya.

Zakat bukanlah menderma tetapi sejumlah wang yang wajib dibayar. Perkara termaktub dalam rukun islam dan setiap umat islam wajib membayar zakat.

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT

Zakat wajib dibayar oleh mereka yang layak. Namun siapa pula golongan mereka yang sepatutnya mendapat bayaran zakat? 

1. Golongan Fakir

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. Golongan Miskin

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. Amil

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. Muallaf

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu : a) Beragama Islam + Baru memeluk agama Islam + Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. + Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya. + Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. b) Bukan beragama Islam + Boleh dipujuk supaya masuk Islam. + Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

 

5. Al-Riqab

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

 

6. Al-Gharimin

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Fisabiillah

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibnu Sabil

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

 

Semoga bermanfaat. Calculator zakat pendapatan

Apa yang perlu kita tahu mengenai ZAKAT

Dalam Islam , zakat adalah rukun islam yang ke 4. Sebagai seorang Islam wajib untuk kita membayar zakat. Zakat atau bahasa mudah adalah pembersihan atau penyucian harta. Suruhan Allah kepada hambanya.

Zakat bukanlah menderma tetapi sejumlah wang yang wajib dibayar. Perkara termaktub dalam rukun islam dan setiap umat islam wajib membayar zakat.

Zakat dibayar kepada pemegang amanah dibawah fatwa negeri. Contohnya Pengurusan Zakat Selangor adalah pemegang amanah dibawah fatwa Negeri Selangor untuk rakyat Selangor.

“Dalam undang-undang zakat kepada pelaburan yang dilaburkan di market adalah sama dengan zakat perniagaan (urudh tijarah), sama ada pelaburan itu untuk didagangkan atau disimpan.”

SYARAT-SYARAT ZAKAT

Setiap seorang dari muslim, waras, dewasa, cukup nisab dalam tempoh setahun dan cukup haul pengiraan. Nisab ini merujuk kepada jumlah minimum kekayaan yang dimiliki oleh seseorang muslim sebelum membayar zakat. Jumlah minimum ini berbeza mengikut harga pasaran sejumlah 85gram emas tulen. Harganya berbeza mengikut negeri. Macam mana cara calculator zakat pelaburan?

cropped-hidayah-power-kewangan.jpg

CALCULATOR ZAKAT PELABURAN

Calculator zakat pelaburan untuk pelaburan unit amanah adalah seperti berikut:

(Nilai Pelaburan pada akhir tempoh haul  +  Jumlah Keuntungan setahun)    x    2.5%

Contoh

Ida ada pelaburan unit amanah dari 5 tahun lepas di fund A melebihi dari 1 tahun. Contoh transaksi pelaburan unit amanah Ida adalah seperti dibawah:

Screenshot 2018-12-14 at 1.11.13 PM.png

Sehingga tarikh 31.12.2017, nilai pelaburan Ida adalah RM50,197.45 yang mana nilai nya lebih tinggi dari nilai nisab. Untuk nilai pelaburan ini, pengiraan zakat yang perlu dibayar adalah RM50,197.45 x 2.5% = RM1254.94. 

Jadi pelaburan yang tidak ditolak zakat pun tidak mengapa, kerana pengiraan zakat ini sangat mudah dan ia nya boleh dibayar secara dalam talian.

Terima Kasih,

HidayahWan menulis calculator zakat pendapatan dan pelaburan