Bila sebut pelaburan, apa yang terdetik difikiran kita? Selalunya untung kan. Berapa keuntungan yang difikirkan? 5%? 8% atau 10%.
Sebelum fikirkan tentang keuntungan, ini 7 Golden Rules dalam pelaburan yang perlu kita check dulu. Jom kita check satu per satu supaya pelaburan kita mencapai apa yang kita mahukan dalam pelaburan.
1. Melabur mengikut objektif pelaburan
Pelaburan yang berjaya perlu mengikut objektif pelaburan yang telah ditetapkan dari awal, semasa mula nak melabur. Objektif pelaburan yang tetap walau apa pun yang berlaku disepanjang tempoh tersebut. Kerana itu sebelum melabur, pelabur sangat di tuntut untuk mengenal pasti cash flow. Cash flow perlu didalam kategori yang sihat untuk menjayakan pelaburan yang sihat dan mengikut objektif pelaburan yang tidak berubah-ubah.
2. Kenalpasti tempoh pelaburan yang sesuai
Pelaburan memerlukan masa, untuk pelaburan unit trust ia adalah pelaburan jangka masa panjang. Sila bersabar dalam tempoh masa jangka masa panjang ni. Berapa panjang? Ini soalan yang selalu ditanya. at least 5 tahun jangan usik duit yang dilaburkan itu. Kenapa jangan diusik? Kerana ia memberi impak kepada keuntungan.
Cost average akan terganggu dan keuntungan juga terganggu. Pelaburan seolah tidak menampakkan hasil ye. Ye tidak akan menampakkan hasil selama 5 tahun tersebut. Kerana pelaburan perlukan strategi. Bahagian ini kebanyakan mereka yang melabur akan berundur. Nak tahu lanjut, wasap saya untuk berbincang ye.

3. Risiko yang boleh dipertimbangkan
Setiap pelabur mahukan keuntungan dari pelaburan, Ye itulah objektif melabur. Namun mana-mana pelaburan ada risikonya yang tersendiri. Bab risiko ni mudah sahaja. Sebelum melabur, penting untuk setiap pelabur bersetuju dan mengenalpasti risiko yang bakal dilalui. Melabur melalui unit trust, salah satu risiko adalah “kerugian” sebelum keuntungan. Dalam fasa permulaan, pelabur menyebutnya fasa kerugian kerana dari rekod kelihatan – dihadapan sejumlah wang yang dilaburkan.
Inil hanyalah kerana pergerakan harga setiap hari yang berubah-ubah. Bila harga makin menurun, pelabur selalunya akan takut ianya turun lagi dan lagi. Sebenarnya, pergerakan harga turun naik dan dalam masa yang sama, pelabur bakal menerima distribution. Selalunya setahun sekali. Penambahan unit secara percuma ini bakal memberi keuntungan kepada pelabur walaupun harga makin rendah. Kenapa? Kerana unit yang ada dah bertambah.
Simple matematik labur RM10,000. Harga seunit RM0.25. Setiap tahun dapat unit secara percuma. Selepas tahun ke 8, unit terkumpul bertambah dari 40,000 unit kepada 80,000 unit. Harga sepanjang 8 tahun ada turun ke RM0.18 dan ada masanya naik kepada RM0.30. Selepas 8 tahun, pada masa kita nak guna duit ni, harga seunit kembali pada RM0.25. Pelabur untung atau rugi?
unit terkumpul terkini : 80,000
harga semasa : RM0.25
80,000 x RM0.25 = RM20,000
Nilai asal yang dilaburkan RM10,000. Kan pelabur untung tu.
Inilah dia basic pelaburan unit trust, ada nya perubahan harga dan juga penambahan unit secara percuma.

4. Melabur dan terus melabur untuk jangka masa panjang
Bila pelabur faham tentang, pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka masa panjang. Janganlah diintai pelaburan ni setiap minggu ye. Selepas beberapa bulan atau 4 tahun yang pertama pun belum memberi keuntungan. Saya suka ingatkan pelabur saya, pelaburan unit trust ni seumpama kita menanam pokok durian. Pokok durian hanya akan mengeluarkan bunga selepas 5tahun, Buah? selepas itu. Namun untuk menghasilkan bunga di tahun ke-5, penjagaan rapi perlu sepanjang 5tahun tersebut. Jika pokok dicantas, atau ada tempoh masa yang tidak dibaja? Adakah pokok durian tadi akan berbuah atau mati sebelum berumur 5tahun?
5. Ringgit Cost Averaging & Do not time the market
Saya selalu sebut strategi untuk untung di unit trust, hanyalah dengan cara menurunkan average cost per unit untuk pelaburan di equity. Untuk menurunkan average cost per unit ni ia mangambil masa bertahun, kerana itu pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka masa panjang. Walau pun market turun atau naik, ia tidak memberi effect kepada faktor pemberian distribution. Ini kerana setiap fund akan dilaburkan ke 30 hingga 40 syarikat yang berbeza, sektor juga berbeza. Inilah jawapan kenapa melabur di unit trust tidak memerlukan time the market.
Ada 2 cara untuk menurunkan average cost per unit;
- Bila mendapat distribution, selalunya setiap tahun.
- Dengan menambah pelaburan pada harga rendah, average cost akan turun dengan mendadak. Ini peluang sangat baik untuk untung yang lebih banyak dikemudian hari.

6. Perlu bersabar
Kerana pelaburan ini adalah jangka masa panjang, pelabur perlu bersabar. Seumpama menunggu 5 tahun, pokok durian membesar. Ianya memerlukan kesabaran semua pelabur. Bukan sekadar menunggu, tetapi pokok perlu dibaja dan dijaga rapi sepanjang tempoh tersebut.
7. Pelbagaikan Portfolio
Kelebihan melabur di unit trust adalah, kita sebagai pelabur boleh melabur di pelbagai portfolio. Cara ini dipanggil diversify pelaburan kita. Pelaburan unit trust boleh dibahagi kepada equity di global, asia ataupun di Malaysia. Selain itu, diversify juga ke equity, bond/sukuk. Kepelbagaian porfolio ini sangat bagus untuk mengurangkan risiko pelaburan kepada kita. Malah pelaburan kita meluas ke beberapa sektor dan juga bahagian risiko.