Kenapa Invest Unit Trust asyik RUGI?

Bila sebut melabur orang kita akan TERUJA dengan UNTUNG je..sebab tu lah ramai yang terciduk dengan SKIM CEPAT KAYA. Bila bercakap bab pelaburan, yang pertama dan semestinya kita WAJIB TERIMA adalah KERUGIAN. Ingat ye, melabur je RUGI… Kenapa ada orang boleh UNTUNG, BANYAKK pulak UNTUNGnya… Sebab dia SABAR dan ada STATEGI PELABURANnya.

Apa STRATEGI PELABURANnya? supaya kita UNTUNG bukanya RUGI. Saya ulas fakta penting untuk melabur dan untung.. janji ikut satu persatu ye.. jangan durhaka tau…Saya cuba guna perkataan seadanya yang membolehkan orang ramai faham tapi tidaklah mengganggu maksudnya. Saya nak terus melabur ha klik la sini https://BlogHidayah.wasap.my

Ada 4 Strategi Pelaburan, wajib patuh jangan durhaka

Ada duit lebihan untuk melabur, ye melabur diwaktu kita ada duit. Duit untuk melabur ni adalah duit lebihan kita bukan duit belanja bulanan ataupun duit dari tabung kecemasan. Sebelum decide untuk melabur, wajib kita susun cash flow kita dulu. Kebanyakan dari kita bergantung kepada gaji bulanan kan. dari gaji bulanan wujudkan:

  • Tabung Kecemasan – masukkan sejumlah amount yang menjadi keperluan lazim kita untuk kecemasan. Tayar kereta pancit, wajib balik kampung jika ada kematian mengejut, bukannya tetiba nak kene beli baju baru tengah murah sbb live kat tt ye. Promise tau. Transfer je kat bank lain. Kalau tak guna? Ha inilah sejumlah yang boleh di tranfer ke akaun pelaburan.
  • Tabung Simpanan – Sejumlah wang simpanan ini kalau ikut sifir saya 20% dari jumlah income bulanan kita. Simpan ditempat yang tiada turun mudah letak je tabung haji. Buat simpanan bulanan alang-alang daftar haji, mana tahu dapat pergi haji awal kan. Wang sini pun promise ye jangan ambik balik.
  • Tabung Pelaburan – Berapa jumlah yang nak diasingkan bergantung kepada cash management masing-masing, kalau tak sure boleh set online appmt dengan saya klik sini ye https://lnk.bio/hw07

Bersedia untuk menanggung kerugian, sebab melabur yang pasti adalah rugi. Dalam pelaburan, rugi ni ada 2 kategori; unrealised dengan realised. Unrealised atau lost on paper bermaksud selagi kita tak jual pegangan unit. Kenapa bila melabur kita terus rugi, sebenarnya bukan rugi. Bila kita melabur ni ada service caj iaitu 3-5.5% bergantung kepada jenis pelaburan kategori fund bond atau equity. Jadi bila kita tengok investment report jadilah -ve, sebab ada sejumlah service caj tadi. https://BlogHidayah.wasap.my

Bila ada kenaikan harga, hari ke hari -ve tadi akan berkurang. Namun jika berlaku kejatuhan harga, maka -ve tadi akan makin banyak la -ve nya. Maka masa nilah ramai yang mengelabah. Alaaa dah rugi.. dah rugi… relax…. selalunya ada sebab untuk setiap kejatuhan. Untuk pelabur hebat mereka akan senyum, lagi banyak -ve nya lagi besar senyum nya. Sebab setiap kejatuhan akan ada kenaikan. Berapa banyak jatuh, kenaikan selalunya 2 kali ganda, Jadi waktu ni lah tambah pelaburan kita, seeloknya sebanyak sejumlah pelaburan asal, supaya average cost kita berkurang separuh dari sejumlah average cost asal. Realised pula bila kita jual unit pegangan kita masa -ve. Kita merealisasikan kerugian unrealised tadi. Sepatutnya, follow next strategi supaya kita untung.

Average cost dari 0.4019 dah jadi 0.3450 dan harga semasa adalah 0.3142. Harga sebelumtu yang tinggi adalah 0.3986. Ada yang tanya kenapa tak mula invest masa harga sekarang 0.3142??? Jawapannya mudah je, Ikut balik strategi pelaburan yang pertama tadi, melabur pada masa ada duit. Kalau waktu rendah tu tak ada duit tak boleh jugakkan. Lagi satu mana kita boleh control harga nak terus naik lagi atau nak turun??? Harap menjawab ye.

Sabar dan tetap dengan pendirian melabur, dah menjawab soalan tadi, melabur ni hati kena kental sabar dan tetap dengan pendirian melabur. Melabur ni bukan seminggu, sebulan atau 6 bulan atau setahun ye. Melabur ni tempoh masa nya adalah paling kurang 3-5 tahun. Tolongla jangan terpedaya dengan skim cepat kaya. Orang kita semuanya nak cepat, kalau boleh sekelip mata. Sebab tu sehingga ke tahun 2025 masih ramai yang terciduk dengan skim cepat kaya lepas tu saya sebagai advisor pelaburan pulak yang kene marah, eh mana aci. https://BlogHidayah.wasap.my

Dengar nasihat Advisor anda, bukan cakap kawan atau orang lain – ini paling ramai yang durhaka. Mula-mula je dengar cakap advisor, lepas tu dia dengar cakap kawan. Kenapa dengar cakap kawan yang belum kembangkan duit dengan pelaburan tu? Kalau ye dia cakap benar, tunjukkan bukti macam mana dia strategi dia? duit dia dah berganda berapa %. Bukan main cakap ikut sedap rasa + emosi. Lagi best fitnah orang tak baik tau… Jangan macam tu eh. Panggil dia kita sit down sama-sama. Open discussion pastu kita align balik dari -ve sampai jadi +ve. Cuma janji ikut syarat saya ni ye.https://BlogHidayah.wasap.my

HidayahWan, Your Advisor?

Market Crash?

Harini kita dikejutkan dengan kejatuhan mata yang banyak dari index dunia. Kejatuhan yang banyak merujuk kepada kejatuhan ratusan mata dalam tempoh kurang dari sehari. Dan ia berjangkit kepada index negara-negara besar yang lain. Dalam market tidak pernah lari dari market sejarah berulang. Jika dilihat apa yang berlaku hari ini 7 April 2025 ada persamaan dengan apa yang berlaku pada hari Isnin, 19 Oktober 1987. Pasaran saham global jatuh teruk secara serentak, dengan kejatuhan paling ketara berlaku di Amerika Syarikat.

Apa yang kita nampak dari gambar diatas semuanya merah dan ini adalah pemandangan pagi ini. Jika kita tak teruja melihat karpet merah ni, itu faktor menunjukkan yang kita bukannya pelabur. Seorang pelabur akan gembira dengan pemandangan sebegini kerana, ini peluang terhidang didepan mata. Bunyi pelik? Meh kita tengok logiknya. Bila pasaran tengah berdarah macam ni, bagi yang faham game dia, inilah masanya nak ‘shopping’. Harga saham tengah diskaun hebat, macam Black Friday, tapi versi Wall Street.

Benda ni bukan pasal seronok tengok duit hilang, tapi seronok sebab peluang terbentang depan mata. Siapa yang panik masa ni, biasanya akan rugi. Tapi siapa yang tenang dan sabar, dia tengah tanam benih untuk tuai hasil besar nanti, merekalah pelabur tegar. Nak jadi pelabur bukan sekadar beli masa semua orang beli. Kena berani beli masa semua orang takut. Sebab itulah Warren Buffett selalu kata, Be greedy when others are fearful.”

Market ni hakikatnya yang kita selalu dengar memang selalu turun, selalu merudum, selalu merah. . Tapi sebaliknya, bila keadaan naik kenapa semua diam? Sebab pelabur diam-diam dia shopping dan diam-diam juga dia UNTUNG BESAR. Pelabur akan nampak chart secara keseluruhan yang sentiasa menaik dan mereka dah kalih dengan market jatuh disepanjang perjalanan kenaikan tersebut. Klik sini untuk belajar jadi excited bila tengok karpet merah. Pelabur tuai hasil selepas 3 tahun ke 5 tahun. Ingat duit itu kuncinya sabar dengan strategi yang betul. Bincang strategi pelaburan yang betul? klik sini kita discuss

Bila berlaku keadaan macamni, jika kita dah belabur ikut je strategi mudah ni:

  1. Tetap melabur – secara bulanan seperti biasa, kerana kita tengah kumpul unit pada harga murah sangat-sangat. sejumlah duit yang sama kita dapat unit yang jauh lebih banyak.
  2. Menambah jumlah pelaburan pada harga diskaun kaw-kaw ni– Tengok chart, bila drop lebih dari 12%, 22%, 40% atau maximum 50%, Inilah peluang tambah segera. Dollar cost averaging akan turun sebanyak mana turunnya chart tadi. Bila ia naik ke harga asal, pelabur untung 50% dengan mudah.
  3. Bila market jatuh dengan cepat, kenaikan juga akan cepat. Ini sifir market dari dulu dan history repeat itself.

Kesimpulannya; Market sentiasa bergerak dalam kitaran, turun naik itu normal. Bahasa kita market merah, market merudum, market jatuh. Ini biasa kita dengar kan. Yang luar biasa, siapa yang terus bertahan dan bersedia untuk rebut peluang. Klik sini untuk ambil peluang depan mata. Bahasa pelabur ini adalah correction.

  1. Pelabur yang panik dan keluar terlalu awal – RUGI.
  2. Pelabur yang tenang dan konsisten – MENANG.

Jadi, soalan penting untuk kita semua: Adakah lebih baik menjual kerana panik, atau membeli ketika orang lain ketakutan? Tepuk dada tanya SABAR kerana DUIT itu kuncinya SABAR.

HidayahWan

Berbaloikah Pelaburan dari Wang Persaraan Kita?

Sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta, kebanyakan kita mempunyai akaun Persaraan. Akaun ini adalah sebahagian wang gaji yang dicarumkan untuk hari tua kita nanti. Sebanyak 11-15% dari pada gaji kita dicarumkan ke akaun Persaraan.

Dan akaun kwsp kita pula dibahagi kepada 3 akaun berbeza. Akaun ke-3 baru sahaja diperkenalkan oleh kerajaan kita bagi melestarikan akaun flexible yang membolehkan pencarum mengeluarkan wang tersebut pada bila-bila masa mengikut keperluan jangka masa pendek. Ia adalah 10% daripada jumlah keseluruhan wang Persaraan kita.

Akaun ke-2 pula adalah akaun sejahtera yang membolehkan kita membuat persediaan awal sebelum bersara. Kerana itu wang dari akaun ke-2 boleh dikeluarkan untuk 4 tujuan sahaja, iaitu membiayai pendidikan, pembiayaan pendahuluan dan juga menyelesaikan baki pinjaman rumah, menampung kos perubatan dan juga untuk menunaikan haji (berkuat kuasa 1 Januari 2013). Ia adalah 20% daripada jumlah keseluruhan wang Persaraan kita.

Akaun 1 yang merangkumi 70% pula, adalah akaun yang diwujudkan adalah bertujuan sebagai penyimpanan bagi kegunaan selepas kita bersara kelak atau bagi tujuan Pelaburan sahaja. Seperti yang kita tahu, dividen Persaraan setiap tahun adalah 4-6% setiap tahun bakal mengembangkan wang persaraan kita. Kita dinasihatkan untuk merancang kewangan dengan baik.

Kita dibenarkan untuk melaburkan hanya sebahagian iaitu 30% dari duit lebihan yang ditetapkan. Contoh jumlah minimum yang ditetapkan mengikut umur adalah seperti jadual dibawah

Contoh Hafiz yang berumur 35 tahun mempunyai RM400,000 di akaun1. Sejumlah ini bakal mendapat dividen sebanyak 4-6% setiap tahun. Hafiz yang bijak mahu melaburkan sebahagian wang akaun1 nya ke akaun pelaburan. Jadi berapakah jumlah yang Hafiz boleh laburkan?

RM400,000 – RM57,000 = RM343,000, Lebihan wang persaraan Hafiz adalah RM343,000 kerana jumlah minimum untuk umur Hafiz adalah RM57,000. Namun hanya 30% sahaja dari sejumlah ini yang Hafiz boleh laburkan. Jadi 30% x RM343,000 = RM102,900 adalah jumlah yang dibenarkan untuk Hafiz. Maksudnya hanya 1/4 sahaja yang boleh dilaburkan dari jumlah akaun persaraan. Sejumlah 1/4 ni yang boleh dikembangkan ke akaun unit trust.

Sejumlah RM102,900 ini boleh dilaburkan ke pelaburan unit amanah yang hanya dibenarkan oleh panel dari pihak Persaraan sendiri. Dana Pelaburan yang dibenarkan juga akan dipantau dari masa ke semasa. Jadi adakah berbaloi untuk Hafiz melabur wang dari akaun1 beliau? Bergantung kepada pemahaman dan perbincangan dengan consultant. Soalan yang perlu ditanya oleh pelabur sebelum mula melabur baca sini.

Berbincang dan fahami apa yang sepatutnya kita sebagai pelabur tahu sebelum mula melabur, selepas itu… ambil masa untuk berbincang secara konsisten sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memahami situasi dan juga performance pelaburan kita.

Semoga Bermanfaat

HidayahWan

apa yang perlu tahu sebelum melabur unit trust

Check Point PENTING sebelum Melabur?

Bila sebut pelaburan unit trust, rata-rata update untung sana-sini, tapi kenapa pelaburan aku RUGI? Inilah persoalan sesetengah pelabur Unit Trust di tahun 2025. Walaupun dah melabur lebih dari 5 tahun, malah ada yang lebih dari 10 tahun. Apa punca kerugian? Kali ni saya kongsikan faktor kenapa sesetengah dari kita RUGI melabur di Unit Trust.

Pelaburan unit trust adalah; Pelaburan yang diuruskan oleh Pengurus Dana yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pelaburan Unit Trust biasanya dikenakan bayaran sekali sahaja apabila pelabur membeli unit trust dan mempunyai yuran tahunan untuk menampung kos menjalankan dana selepas itu.

Nah fokus disini adalah Pelaburan yang diuruskan oleh Pengurus Dana atau Fund Manager. Maka bila kita decide untuk melabur di Unit Trust, faktor utama yang perlu diambil adalah pemilihan Fund Manager terbaik bagi menguruskan pelaburan kita. Persoalan seterusnya, bagaimana kita nak memilih Fund Manager terbaik? Mudah caranya berbincanglah dengan Unit Trust Adviser, sebab Unit Trust Adviser mempunyai access kepada Fund Manager. Hanya Unit Trust Adviser yang berkaliber kenal Fund Manager mereka.

Sejak dari April 2012 saya terjebak dalam bidang Unit Trust kerana purpose saya untuk memberi manfaat kepada seramai mungkin mengenai Pelaburan Unit Trust yang patuh shariah ni. Kenapa saya terjebak boleh baca disini. Dari syarikat pelaburan no1 di Malaysia, saya berpindah ke syarikat pelaburan antarabangsa yang aku gelar 3 alif (kerana logonya begitu) dan punca utama adalah kerana kreadibiliti Fund Manager di Syarikat sekarang

Fund Manager adalah mereka yang bertanggungjawab mengerakkan duit Pelaburan kita seperti objektif yang jelas untuk setiap fund. Ada 7 faktor pelabur perlu lihat sebelum mulakan pelaburan agar pelaburan kita tidak RUGI. Kenapa saya yakin Fund Manager dari syarikat 3 Alif ini adalah;

1.Syarikat 3 Alif ni dah bermula dari tahun 1887. 138 tahun dah! wow… bukan setakat cukup matang, tetapi cukup pengalaman sangat ni.

2.Syarikat ini bermula sebagai syarikat insurans dan melebarkan sayap ke perniagaan Global Wealth & Asset Management.

3. Mempunyai 38,000 pekerja untuk menguruskan 33 juta pelanggan retails ye dan lebih dari 1000 pelabur Institusi. Pelabur institusi adalah pelaburan dari syarikat bukan retails atau individu.

4. Kalau dah pelabur mereka pun puluhan juta, Asset Under Management mereka berapa agaknya? Pelaburan keseluruhan mereka uruskan sekarang sebanyak kurang lebih USD900bil. 1 jumlah yang sangat besar. Dari sini je, kita dah tahu kreadibiliti Fund Manager mereka bukan calang-calang.

5. Kelebihan lain yang tidak boleh disangkal lagi adalah mereka beroperasi di 19 buah negara di serata dunia termasuklah Malaysia dan mereka ada 600+- Investment Professionals. Alang-alang melebarkan sayap perniagaan, biar betul-betul lebar dan besar.

6. Bila mereka bertapak Di Malaysia, operasi Syarikat 3 Alif ini dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Security. Aktiviti consultant mereka pula dipantau oleh FiMM. Sama dengan syarikat pelaburan Unit Trust yang lain juga.

7. Pelabur boleh melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP atau dipanggil EPF-MIS. Skim ini membenarkan ahli KWSP melabur menggunakan akaun 1 ke dana-dana yang dibenarkan sahaja oleh EPF samada pelaburan konvensional atau shariah.

Kesimpulan; Experienced Fund Managers, malah CEO syarikat ini sendiri pernah menjadi Fund Manager selama 30 tahun. Ye 30 tahun adalah satu tempoh yang cukup matang. Malah semasa percutian yang ditaja syarikat tahun lepas, saya berpeluang bersembang semeja dengan Mr CEO ini sendiri. Orangnya humble tapi berbisa, Bersinar-sinar mata saya bersembang dengan satu figura yang berpengalaman dalam bidang Unit Trust dan pemahaman strategi pelaburan sama.

Bukti keuntungan Pelaburan Unit Trust dari syarikat ini kepada para pelabur saya sudah banyak terbukti, namun mengikut pelaburan yang telah ditetapkan oleh FiMM, saya tidak boleh memaparkannya secara terbuka disini. Jadi tiada sebab kenapa pelaburan Unit Trust harus rugi, jika faktor Fund Manager ini diambil kira. Berbincanglah dengan Unit Trust Adviser bukan ikut cakap kawan dalam pelaburan.Klik sini untuk perbincangan lanjut; https://IwanttobeUTC.wasap.my

Saya buka kepada perbincangan secara professional dengan mana-mana unit trust consultant juga.

Terima Kasih

HidayahWan

unit trust consultant, best ke jadi utc, kerjaya flexible

Samb…Kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Adviser

Apa jua yang kita nak lakukan, betulkan niat kita dulu. Bila niat dah betul susun baik-baik strategi bagi menjayakan impian kita. Kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Consultant/Adviser ada banyak faedah yang disediakan oleh syarikat unit trust dengan 3 alif bewarna hijau ni.

Ada banyak syarikat unit trust di Malaysia samaada lokal ataupun international company. Apa yang penting dalam memilih untuk kita membawa lesen dari syarikat mana adalah, kematangan syarikat tersebut dalam pengurusan pelaburan. Syarikat ini dah 120 tahun dalam industri, wow dah cukup dewasa ke cukup tua tu? Ini penting untuk membuktikan kemenjadian pelaburan yang kita bawa kepada investors kita.

Faedah kepada kita sebagai unit trust consultant:

  1. Logo syarikat ni hijau selari dengan hijaunya fund pilihan. Sebab kenapa saya pilih syarikat 3 alif adalah kerana fund pilihan mereka memberi pulangan yang buat saya dan investor saya tersenyum lebar.
  2. Sokongan dari pihak pengurusan tip top, banyak membantu saya menjalankan business dari mana sahaja saya berada. Kebanyakan boleh dilakukan secara online, maka selagi ada internet maka saya boleh jalankan kerja.
  3. Ada sesetengah bahagian yang perlukan borang, namun semua borang dibekalkan secara percuma kepada Unit Trust Consultant/ Adviser.
  4. Komisyen ke-2 iaitu Career Benefits terus dapat pada bulan ke2 dan ia berterusan selagi kita ada lesen dengan syarikat ini.
  5. Jumlah Career Benefits juga saya boleh katalah lumayan 0.3% dari Asset Under Management kita.
  6. Selain dari itu, kami juga ditawarkan Retirement Scheme atau wang pencen lump-sum semasa kami berumur 55 tahun nanti. Jumlahnya juga bergantung kepada berapa banyak Asset Under Management kita.
  7. Antara yang saya paling suka adalah kita collect point semasa kita bekerja. Point ini akan melayakkan kita untuk mendapat percutian keluar negara setiap tahun. Dan apa yang sangat best adalah kita boleh mandapatkan berapa banyak point yang boleh ditukar kepada berapa banyak pun tiket percutian kita.
  8. Tahun 2023, saya berjaya mendapat 1 tiket ke Crotia dan juga 1 tiket ke Turkey dan RM1500 duit tambahan. Tahun 2024 saya berjaya mendapat 1 tiket ke South Africa dan 3 tiket ke Osaka. Saya boleh memilih untuk mendapat 5 tiket ke Osaka berdasarkan berapa jumlah point saya yang terkumpul.
  9. Kenaikan pangkat yang sangat mudah.
  10. Bekerja dalam kumpulan kami yang sangat supportive dan productive, apa yang penting kami buat kerja dengan budaya tiada show off.

Kepada kawan-kawan yang dah ada lesen dengan syarikat lain ataupun belum ada nak mula kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant/Adviser di syarikat 3 alif bersama saya, dengan besar hati saya menerima asalkan kawan seorang yang berjiwa champion seperti saya. Kerana saya mahukan kawan yang sama vibes dengan saya untuk bekerjasama. Klik sini untuk discussion serius kita https://IwanttobeUTC.wasap.my

HidayahWan