Kenapa HidayahWan TerGODA jadi Unit Trust Consultant

Selain dari faktor UTAMA yang saya huraikan dalam posting sebelumni, posting kali ni saya nak share faktor yang kuat buat saya terGODA untuk berada di syarikat Unit Trust sekarang. Setiap dari kita surely ada impian hidup kan, begitu juga lah saya. Dari awal mula saya bekerja, saya nak sangat travel ke mana-mana. Pergi holiday bukan travel sebab bekerja, angan-angan saya tinggi percutian mewah ke luar negara yang bukan bajet dan segala kos disponsor sepenuhnya.

Tak tahu nak bermula dari mana, saya memang suka dengan airline… jadi saya cuba mohon kerja di syarikat airline. Rezeki! saya dapat bekerja disalah-satu syarikat airline selama 6 tahun. Staff yang bekerja disana mendapat 6 tiket percuma ke semua destinasi syarikat airline itu setiap tahun untuk saya dan ahli keluarga. Wow teruja sangat, namun syarikat hanya bagi tiket flight sahaja. Accommodation dan itinerary semua perlu diusahakan sendiri. Saya bersyukur namun saya tak berapa gembira kerana gaji di syarikat tersebut juga tidaklah membolehkan untuk saya pergi bercuti walaupun setahun sekali. Anda pun terGODA nak jadi Unit Trust Consultant bersama HidayahWan klik sini

Saya dijodohkan dengan kerjaya Unit Trust Consultant sejak tahun 2012, faktor utama buat saya terGODA untuk sign up adalah kerana peluang pendapatan tanpa had. Tiada apa yang mudah jika tidak diusahakan dengan strategi yang betul, hanya pada tahun 2017 saya mula menjadi Million Ringgit Producer dan memenangi bonus tiket percutian ke Hong Kong dan Macau. Anda pun terGODA nak jadi Unit Trust Consultant bersama HidayahWan klik sini. Strategi nya betul, selepas itu setiap tahun saya menang bonus bercuti yang disponsor sepenuhnya oleh syarikat unit trust. Anda pun terGODA nak jadi Unit Trust Consultant bersama HidayahWan klik sini

Namun, ada sesuatu di sudut hati kecil saya yang buat saya sedih dalam gembira untuk pergi holiday. Saya terpaksa meninggalkan anak-anak saya. Hati ibu mana yang tidak luluh, bila anak kecil menangis untuk ikut pergi. Sejak tu saya tekad untuk membawa anak-anak pergi holiday sebelum saya pergi holiday yang disponsor. Namun yang disponsor jauh lebih mewah berbanding yang saya sediakan untuk anak-anak. Anda pun terGODA nak jadi Unit Trust Consultant bersama HidayahWan klik sini

Saya suka membayangkan sesuatu yang tak terjangkau diakal fikiran sambil berdoa. Sehinggalah tahun 2022, kerana performance pelaburan investor yang tidak memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya dan juga beberapa faktor lain mendorong saya untuk mencari alternatif pelaburan yang jauh lebih baik buat semua pelabur saya. Niat asal kenapa saya sign up sebagai Unit Trust Consultant adalah untuk mengembangkan ilmu pelaburan kepada seramai mungkin orang diluar sana. Dan saya rasa bertanggungjawab untuk memastikan pelaburan mereka mendapat keuntungan secara average seperti yang dibincangkan dari awal. Anda pun terGODA nak jadi Unit Trust Consultant bersama HidayahWan klik sini

Maka saya terpaksa terGODA untuk pindah ke syarikat berlogo 3 alif sejak tahun 2022. Kebanyakan pelabur saya gembira dengan performance dana setakat ini dan juga benefits lain yang diberikan. Tujuan utama dan juga tujuan asal tercapai. Asalkan pelabur saya gembira, saya akan gembira. Anda pun terGODA nak jadi Unit Trust Consultant bersama HidayahWan klik sini

Dan perkara yang tak terjangkau di akal fikiran yang saya angankan sebelum ini menjadi kenyataan, syarikat sekarang memberikan benefits kepada saya bonus tiket holiday UNLIMITED setiap tahun. Yes UnLIMITED bukan nya limit hanya kepada satu destinasi sahaja. Setiap tahun akan ada 3 pilihan destinasi bonus percutian mengikut level pencapaian consultant. Untuk 2023, destinasi pilihan adalah Bangkok, Turkey dan Croatia. Saya telah pun berjaya mendapat 2 bonus tiket ke Croatia pada tahun 2023, Namun saya pilih untuk ke Bangkok dan juga Turkey. Saya boleh memilih untuk ke 2 destinasi pilihan dengan UnLIMITED tiket.

Untuk 2024, saya telah berjaya mendapat 2 tiket ke South Africa dan 1 tiket ke Osaka. Dan saya pilih untuk ke Osaka bukan seorang. Point bonus saya telah melayakkan saya mendapat 4 tiket ke Osaka, Ye 4 tiket ke Osaka, syukur impian untuk membawa anak-anak merasa percutian yang disponsor oleh syarikat tercapai.

Semoga percutian tahun ini bakal menjadikan percutian yang sangat berharga buat saya dan anak-anak. Antara niat awal memilih kerjaya Unit Trust Consultant juga adalah kerana ia kerjaya freelance yang membolehkan saya punya masa yang lebih berkualiti dengan anak-anak. Pengurusan masa yang lebih flexible dan memberi bonus kepada anak-anak adalah suatu yang menjadi impian saya sebelum ini.

Jika impian anda terbantut ditengah jalan, jika anda tak terfikir dengan bonus daripada syarikat sebegini. Klik sini atau book tarikh dan masa melalui 30 minutes tools disebelah kanan ye.

HidayahWan

Kenapa Invest Unit Trust asyik RUGI?

Bila sebut melabur orang kita akan TERUJA dengan UNTUNG je..sebab tu lah ramai yang terciduk dengan SKIM CEPAT KAYA. Bila bercakap bab pelaburan, yang pertama dan semestinya kita WAJIB TERIMA adalah KERUGIAN. Ingat ye, melabur je RUGI… Kenapa ada orang boleh UNTUNG, BANYAKK pulak UNTUNGnya… Sebab dia SABAR dan ada STATEGI PELABURANnya.

Apa STRATEGI PELABURANnya? supaya kita UNTUNG bukanya RUGI. Saya ulas fakta penting untuk melabur dan untung.. janji ikut satu persatu ye.. jangan durhaka tau…Saya cuba guna perkataan seadanya yang membolehkan orang ramai faham tapi tidaklah mengganggu maksudnya. Saya nak terus melabur ha klik la sini https://BlogHidayah.wasap.my

Ada 4 Strategi Pelaburan, wajib patuh jangan durhaka

Ada duit lebihan untuk melabur, ye melabur diwaktu kita ada duit. Duit untuk melabur ni adalah duit lebihan kita bukan duit belanja bulanan ataupun duit dari tabung kecemasan. Sebelum decide untuk melabur, wajib kita susun cash flow kita dulu. Kebanyakan dari kita bergantung kepada gaji bulanan kan. dari gaji bulanan wujudkan:

  • Tabung Kecemasan – masukkan sejumlah amount yang menjadi keperluan lazim kita untuk kecemasan. Tayar kereta pancit, wajib balik kampung jika ada kematian mengejut, bukannya tetiba nak kene beli baju baru tengah murah sbb live kat tt ye. Promise tau. Transfer je kat bank lain. Kalau tak guna? Ha inilah sejumlah yang boleh di tranfer ke akaun pelaburan.
  • Tabung Simpanan – Sejumlah wang simpanan ini kalau ikut sifir saya 20% dari jumlah income bulanan kita. Simpan ditempat yang tiada turun mudah letak je tabung haji. Buat simpanan bulanan alang-alang daftar haji, mana tahu dapat pergi haji awal kan. Wang sini pun promise ye jangan ambik balik.
  • Tabung Pelaburan – Berapa jumlah yang nak diasingkan bergantung kepada cash management masing-masing, kalau tak sure boleh set online appmt dengan saya klik sini ye https://lnk.bio/hw07

Bersedia untuk menanggung kerugian, sebab melabur yang pasti adalah rugi. Dalam pelaburan, rugi ni ada 2 kategori; unrealised dengan realised. Unrealised atau lost on paper bermaksud selagi kita tak jual pegangan unit. Kenapa bila melabur kita terus rugi, sebenarnya bukan rugi. Bila kita melabur ni ada service caj iaitu 3-5.5% bergantung kepada jenis pelaburan kategori fund bond atau equity. Jadi bila kita tengok investment report jadilah -ve, sebab ada sejumlah service caj tadi. https://BlogHidayah.wasap.my

Bila ada kenaikan harga, hari ke hari -ve tadi akan berkurang. Namun jika berlaku kejatuhan harga, maka -ve tadi akan makin banyak la -ve nya. Maka masa nilah ramai yang mengelabah. Alaaa dah rugi.. dah rugi… relax…. selalunya ada sebab untuk setiap kejatuhan. Untuk pelabur hebat mereka akan senyum, lagi banyak -ve nya lagi besar senyum nya. Sebab setiap kejatuhan akan ada kenaikan. Berapa banyak jatuh, kenaikan selalunya 2 kali ganda, Jadi waktu ni lah tambah pelaburan kita, seeloknya sebanyak sejumlah pelaburan asal, supaya average cost kita berkurang separuh dari sejumlah average cost asal. Realised pula bila kita jual unit pegangan kita masa -ve. Kita merealisasikan kerugian unrealised tadi. Sepatutnya, follow next strategi supaya kita untung.

Average cost dari 0.4019 dah jadi 0.3450 dan harga semasa adalah 0.3142. Harga sebelumtu yang tinggi adalah 0.3986. Ada yang tanya kenapa tak mula invest masa harga sekarang 0.3142??? Jawapannya mudah je, Ikut balik strategi pelaburan yang pertama tadi, melabur pada masa ada duit. Kalau waktu rendah tu tak ada duit tak boleh jugakkan. Lagi satu mana kita boleh control harga nak terus naik lagi atau nak turun??? Harap menjawab ye.

Sabar dan tetap dengan pendirian melabur, dah menjawab soalan tadi, melabur ni hati kena kental sabar dan tetap dengan pendirian melabur. Melabur ni bukan seminggu, sebulan atau 6 bulan atau setahun ye. Melabur ni tempoh masa nya adalah paling kurang 3-5 tahun. Tolongla jangan terpedaya dengan skim cepat kaya. Orang kita semuanya nak cepat, kalau boleh sekelip mata. Sebab tu sehingga ke tahun 2025 masih ramai yang terciduk dengan skim cepat kaya lepas tu saya sebagai advisor pelaburan pulak yang kene marah, eh mana aci. https://BlogHidayah.wasap.my

Dengar nasihat Advisor anda, bukan cakap kawan atau orang lain – ini paling ramai yang durhaka. Mula-mula je dengar cakap advisor, lepas tu dia dengar cakap kawan. Kenapa dengar cakap kawan yang belum kembangkan duit dengan pelaburan tu? Kalau ye dia cakap benar, tunjukkan bukti macam mana dia strategi dia? duit dia dah berganda berapa %. Bukan main cakap ikut sedap rasa + emosi. Lagi best fitnah orang tak baik tau… Jangan macam tu eh. Panggil dia kita sit down sama-sama. Open discussion pastu kita align balik dari -ve sampai jadi +ve. Cuma janji ikut syarat saya ni ye.https://BlogHidayah.wasap.my

HidayahWan, Your Advisor?

Market Crash?

Harini kita dikejutkan dengan kejatuhan mata yang banyak dari index dunia. Kejatuhan yang banyak merujuk kepada kejatuhan ratusan mata dalam tempoh kurang dari sehari. Dan ia berjangkit kepada index negara-negara besar yang lain. Dalam market tidak pernah lari dari market sejarah berulang. Jika dilihat apa yang berlaku hari ini 7 April 2025 ada persamaan dengan apa yang berlaku pada hari Isnin, 19 Oktober 1987. Pasaran saham global jatuh teruk secara serentak, dengan kejatuhan paling ketara berlaku di Amerika Syarikat.

Apa yang kita nampak dari gambar diatas semuanya merah dan ini adalah pemandangan pagi ini. Jika kita tak teruja melihat karpet merah ni, itu faktor menunjukkan yang kita bukannya pelabur. Seorang pelabur akan gembira dengan pemandangan sebegini kerana, ini peluang terhidang didepan mata. Bunyi pelik? Meh kita tengok logiknya. Bila pasaran tengah berdarah macam ni, bagi yang faham game dia, inilah masanya nak ‘shopping’. Harga saham tengah diskaun hebat, macam Black Friday, tapi versi Wall Street.

Benda ni bukan pasal seronok tengok duit hilang, tapi seronok sebab peluang terbentang depan mata. Siapa yang panik masa ni, biasanya akan rugi. Tapi siapa yang tenang dan sabar, dia tengah tanam benih untuk tuai hasil besar nanti, merekalah pelabur tegar. Nak jadi pelabur bukan sekadar beli masa semua orang beli. Kena berani beli masa semua orang takut. Sebab itulah Warren Buffett selalu kata, Be greedy when others are fearful.”

Market ni hakikatnya yang kita selalu dengar memang selalu turun, selalu merudum, selalu merah. . Tapi sebaliknya, bila keadaan naik kenapa semua diam? Sebab pelabur diam-diam dia shopping dan diam-diam juga dia UNTUNG BESAR. Pelabur akan nampak chart secara keseluruhan yang sentiasa menaik dan mereka dah kalih dengan market jatuh disepanjang perjalanan kenaikan tersebut. Klik sini untuk belajar jadi excited bila tengok karpet merah. Pelabur tuai hasil selepas 3 tahun ke 5 tahun. Ingat duit itu kuncinya sabar dengan strategi yang betul. Bincang strategi pelaburan yang betul? klik sini kita discuss

Bila berlaku keadaan macamni, jika kita dah belabur ikut je strategi mudah ni:

  1. Tetap melabur – secara bulanan seperti biasa, kerana kita tengah kumpul unit pada harga murah sangat-sangat. sejumlah duit yang sama kita dapat unit yang jauh lebih banyak.
  2. Menambah jumlah pelaburan pada harga diskaun kaw-kaw ni– Tengok chart, bila drop lebih dari 12%, 22%, 40% atau maximum 50%, Inilah peluang tambah segera. Dollar cost averaging akan turun sebanyak mana turunnya chart tadi. Bila ia naik ke harga asal, pelabur untung 50% dengan mudah.
  3. Bila market jatuh dengan cepat, kenaikan juga akan cepat. Ini sifir market dari dulu dan history repeat itself.

Kesimpulannya; Market sentiasa bergerak dalam kitaran, turun naik itu normal. Bahasa kita market merah, market merudum, market jatuh. Ini biasa kita dengar kan. Yang luar biasa, siapa yang terus bertahan dan bersedia untuk rebut peluang. Klik sini untuk ambil peluang depan mata. Bahasa pelabur ini adalah correction.

  1. Pelabur yang panik dan keluar terlalu awal – RUGI.
  2. Pelabur yang tenang dan konsisten – MENANG.

Jadi, soalan penting untuk kita semua: Adakah lebih baik menjual kerana panik, atau membeli ketika orang lain ketakutan? Tepuk dada tanya SABAR kerana DUIT itu kuncinya SABAR.

HidayahWan

Berbaloikah Pelaburan dari Wang Persaraan Kita?

Sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta, kebanyakan kita mempunyai akaun Persaraan. Akaun ini adalah sebahagian wang gaji yang dicarumkan untuk hari tua kita nanti. Sebanyak 11-15% dari pada gaji kita dicarumkan ke akaun Persaraan.

Dan akaun kwsp kita pula dibahagi kepada 3 akaun berbeza. Akaun ke-3 baru sahaja diperkenalkan oleh kerajaan kita bagi melestarikan akaun flexible yang membolehkan pencarum mengeluarkan wang tersebut pada bila-bila masa mengikut keperluan jangka masa pendek. Ia adalah 10% daripada jumlah keseluruhan wang Persaraan kita.

Akaun ke-2 pula adalah akaun sejahtera yang membolehkan kita membuat persediaan awal sebelum bersara. Kerana itu wang dari akaun ke-2 boleh dikeluarkan untuk 4 tujuan sahaja, iaitu membiayai pendidikan, pembiayaan pendahuluan dan juga menyelesaikan baki pinjaman rumah, menampung kos perubatan dan juga untuk menunaikan haji (berkuat kuasa 1 Januari 2013). Ia adalah 20% daripada jumlah keseluruhan wang Persaraan kita.

Akaun 1 yang merangkumi 70% pula, adalah akaun yang diwujudkan adalah bertujuan sebagai penyimpanan bagi kegunaan selepas kita bersara kelak atau bagi tujuan Pelaburan sahaja. Seperti yang kita tahu, dividen Persaraan setiap tahun adalah 4-6% setiap tahun bakal mengembangkan wang persaraan kita. Kita dinasihatkan untuk merancang kewangan dengan baik.

Kita dibenarkan untuk melaburkan hanya sebahagian iaitu 30% dari duit lebihan yang ditetapkan. Contoh jumlah minimum yang ditetapkan mengikut umur adalah seperti jadual dibawah

Contoh Hafiz yang berumur 35 tahun mempunyai RM400,000 di akaun1. Sejumlah ini bakal mendapat dividen sebanyak 4-6% setiap tahun. Hafiz yang bijak mahu melaburkan sebahagian wang akaun1 nya ke akaun pelaburan. Jadi berapakah jumlah yang Hafiz boleh laburkan?

RM400,000 – RM57,000 = RM343,000, Lebihan wang persaraan Hafiz adalah RM343,000 kerana jumlah minimum untuk umur Hafiz adalah RM57,000. Namun hanya 30% sahaja dari sejumlah ini yang Hafiz boleh laburkan. Jadi 30% x RM343,000 = RM102,900 adalah jumlah yang dibenarkan untuk Hafiz. Maksudnya hanya 1/4 sahaja yang boleh dilaburkan dari jumlah akaun persaraan. Sejumlah 1/4 ni yang boleh dikembangkan ke akaun unit trust.

Sejumlah RM102,900 ini boleh dilaburkan ke pelaburan unit amanah yang hanya dibenarkan oleh panel dari pihak Persaraan sendiri. Dana Pelaburan yang dibenarkan juga akan dipantau dari masa ke semasa. Jadi adakah berbaloi untuk Hafiz melabur wang dari akaun1 beliau? Bergantung kepada pemahaman dan perbincangan dengan consultant. Soalan yang perlu ditanya oleh pelabur sebelum mula melabur baca sini.

Berbincang dan fahami apa yang sepatutnya kita sebagai pelabur tahu sebelum mula melabur, selepas itu… ambil masa untuk berbincang secara konsisten sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memahami situasi dan juga performance pelaburan kita.

Semoga Bermanfaat

HidayahWan

Tiada istilah dah TUA bagi Mereka Yang Berjaya!

LeBron James, Lewis Hamilton, dan Cristiano Ronaldo ni masing-masing dah masuk umur 40, tapi tetap cemerlang dalam bidang mereka. Mereka tidak bermula dari umur 40, tetapi tetap cemerlang pada umur 40 tahun. Kalau kita fikir balik, umur 40 ni ramai yang dah mula fikir nak slow down, tapi mereka yang berjaya tunjukkan yang umur bukan penghalang kalau kita betul-betul jaga diri dan terus usaha. Klik sini https://lnk.bio/hw07

Mereka yang berjaya dan kekal berjaya

Konsisten adalah Rahsia Mereka

Bayangkan, bertahun-tahun mereka yang berjaya maintain level yang sama atau lebih tinggi. Tak mudah nak konsisten macam tu, tapi diorang buktikan yang bila kita buat sesuatu dengan penuh disiplin dan kasih sayang pada kerja kita, hasilnya boleh kekal lama. Kita pun boleh apply benda ni – apa pun kerja kita, buat dengan hati. Hasilnya, akan bercakap sendiri. “anything on your hand, turn it to gold”

Pengalaman Itu Kekuatan

    Bila dah 40, diorang sebenarnya ada sesuatu yang pemain muda tak ada – pengalaman itu kekuatan mereka. Pengalaman kehidupan dan kerjaya. Setiap kejayaan, setiap kegagalan, semua tu jadi panduan untuk langkah seterusnya. Mereka tak goyang sebab mereka dah lalui macam-macam. Banyak kali kita dengar, pengalaman kita yang kita rasa biasa tu sebenarnya adalah aset paling besar. Jangan sesekali pandang rendah pada apa yang kita dah belajar dalam hidup kita. Dan kita ada jalan shotcut, dengan belajar dari pengalaman orang yang lebih berjaya dari kita; melalui mendengar sharing mereka atau talk yang mereka adakan tidak kira dari platform mana, kuncinya kita dapat belajar dari pengalaman mereka.

    Sentiasa Belajar dan Berubah

      Dunia sukan tak pernah berhenti berubah, sama je dengan dunia lain pun.tapi mereka yang berjaya ni bijak adaptasi. Tengok cara Ronaldo, dia ubah cara main ikut kemampuan fizikal badan. LeBron pun sama, dia tahu macam mana nak jaga badan supaya terus fit. Mereka yang berjaya tak stay pada cara lama berterusan. Kalau dilihat, bidang apa pun tiada apa yang kekal lama. Sesuatu perkara hanya bertahan selama lebih kurang 10 tahun, selepas tu pasti ada perubahan. Cuba perhatikan, kerana itu yang tidak berubah akan pupus, banyak kan kisah syarikat besar atau perseorangan yang hilang kerana takut untuk berubah. Jadi kenapa perlu takut untuk berubahan dalam hidup. Kita ubah ikut apa yang sesuai dengan keadaan kita sekarang agar kita kekal cemerlang pada umur kita.

      Kerja Keras Tak Kenal Usia

        Walaupun dah capai macam-macam, diorang tak pernah berhenti kerja keras. Tak ada istilah “dah cukup” untuk mereka. Mereka masih eager untuk jadi lebih baik. Ini mengingatkan kita yang kejayaan perlukan usaha berterusan. Tak kisah berapa umur kita, jangan sesekali rasa dah cukup. Selagi ada peluang, teruskan usaha untuk capai tahap lebih tinggi.

        Jadi Inspirasi Orang Lain

          Paling power, mereka yang berjaya ni bukan saja buat untuk diri sendiri, tapi jadi inspirasi untuk orang lain. mereka yang berjaya tunjukkan, kalau kita ada passion, umur hanya nombor. Kita pun boleh jadi contoh untuk keluarga, kawan-kawan, atau orang sekeliling. Apa yang kita buat hari ni mungkin jadi semangat untuk orang lain esok. Jadi, teruskan buat yang terbaik dan jadi yang terbaik.

          Ni paling win,mereka yang berjaya ni buktikan yang kejayaan tak ada expiry date. Kalau kita betul-betul sayang pada apa yang kita buat, usaha keras, dan tak berhenti belajar, kita boleh capai lebih dari apa yang kita bayangkan tanpa kira umur. Kadang-kadang, kunci kejayaan hanyalah terus percaya dan tak pernah putus asa.

          Jadi apa alasan kita? Saya dah tua? Tiada alasan bagi mereka yang berjaya dan tetap ingin berjaya. Klik sini https://lnk.bio/hw07

          HidayahWan