Market Crash?

Harini kita dikejutkan dengan kejatuhan mata yang banyak dari index dunia. Kejatuhan yang banyak merujuk kepada kejatuhan ratusan mata dalam tempoh kurang dari sehari. Dan ia berjangkit kepada index negara-negara besar yang lain. Dalam market tidak pernah lari dari market sejarah berulang. Jika dilihat apa yang berlaku hari ini 7 April 2025 ada persamaan dengan apa yang berlaku pada hari Isnin, 19 Oktober 1987. Pasaran saham global jatuh teruk secara serentak, dengan kejatuhan paling ketara berlaku di Amerika Syarikat.

Apa yang kita nampak dari gambar diatas semuanya merah dan ini adalah pemandangan pagi ini. Jika kita tak teruja melihat karpet merah ni, itu faktor menunjukkan yang kita bukannya pelabur. Seorang pelabur akan gembira dengan pemandangan sebegini kerana, ini peluang terhidang didepan mata. Bunyi pelik? Meh kita tengok logiknya. Bila pasaran tengah berdarah macam ni, bagi yang faham game dia, inilah masanya nak ‘shopping’. Harga saham tengah diskaun hebat, macam Black Friday, tapi versi Wall Street.

Benda ni bukan pasal seronok tengok duit hilang, tapi seronok sebab peluang terbentang depan mata. Siapa yang panik masa ni, biasanya akan rugi. Tapi siapa yang tenang dan sabar, dia tengah tanam benih untuk tuai hasil besar nanti, merekalah pelabur tegar. Nak jadi pelabur bukan sekadar beli masa semua orang beli. Kena berani beli masa semua orang takut. Sebab itulah Warren Buffett selalu kata, Be greedy when others are fearful.”

Market ni hakikatnya yang kita selalu dengar memang selalu turun, selalu merudum, selalu merah. . Tapi sebaliknya, bila keadaan naik kenapa semua diam? Sebab pelabur diam-diam dia shopping dan diam-diam juga dia UNTUNG BESAR. Pelabur akan nampak chart secara keseluruhan yang sentiasa menaik dan mereka dah kalih dengan market jatuh disepanjang perjalanan kenaikan tersebut. Klik sini untuk belajar jadi excited bila tengok karpet merah. Pelabur tuai hasil selepas 3 tahun ke 5 tahun. Ingat duit itu kuncinya sabar dengan strategi yang betul. Bincang strategi pelaburan yang betul? klik sini kita discuss

Bila berlaku keadaan macamni, jika kita dah belabur ikut je strategi mudah ni:

  1. Tetap melabur – secara bulanan seperti biasa, kerana kita tengah kumpul unit pada harga murah sangat-sangat. sejumlah duit yang sama kita dapat unit yang jauh lebih banyak.
  2. Menambah jumlah pelaburan pada harga diskaun kaw-kaw ni– Tengok chart, bila drop lebih dari 12%, 22%, 40% atau maximum 50%, Inilah peluang tambah segera. Dollar cost averaging akan turun sebanyak mana turunnya chart tadi. Bila ia naik ke harga asal, pelabur untung 50% dengan mudah.
  3. Bila market jatuh dengan cepat, kenaikan juga akan cepat. Ini sifir market dari dulu dan history repeat itself.

Kesimpulannya; Market sentiasa bergerak dalam kitaran, turun naik itu normal. Bahasa kita market merah, market merudum, market jatuh. Ini biasa kita dengar kan. Yang luar biasa, siapa yang terus bertahan dan bersedia untuk rebut peluang. Klik sini untuk ambil peluang depan mata. Bahasa pelabur ini adalah correction.

  1. Pelabur yang panik dan keluar terlalu awal – RUGI.
  2. Pelabur yang tenang dan konsisten – MENANG.

Jadi, soalan penting untuk kita semua: Adakah lebih baik menjual kerana panik, atau membeli ketika orang lain ketakutan? Tepuk dada tanya SABAR kerana DUIT itu kuncinya SABAR.

HidayahWan

Berbaloikah Pelaburan dari Wang Persaraan Kita?

Sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di sektor swasta, kebanyakan kita mempunyai akaun Persaraan. Akaun ini adalah sebahagian wang gaji yang dicarumkan untuk hari tua kita nanti. Sebanyak 11-15% dari pada gaji kita dicarumkan ke akaun Persaraan.

Dan akaun kwsp kita pula dibahagi kepada 3 akaun berbeza. Akaun ke-3 baru sahaja diperkenalkan oleh kerajaan kita bagi melestarikan akaun flexible yang membolehkan pencarum mengeluarkan wang tersebut pada bila-bila masa mengikut keperluan jangka masa pendek. Ia adalah 10% daripada jumlah keseluruhan wang Persaraan kita.

Akaun ke-2 pula adalah akaun sejahtera yang membolehkan kita membuat persediaan awal sebelum bersara. Kerana itu wang dari akaun ke-2 boleh dikeluarkan untuk 4 tujuan sahaja, iaitu membiayai pendidikan, pembiayaan pendahuluan dan juga menyelesaikan baki pinjaman rumah, menampung kos perubatan dan juga untuk menunaikan haji (berkuat kuasa 1 Januari 2013). Ia adalah 20% daripada jumlah keseluruhan wang Persaraan kita.

Akaun 1 yang merangkumi 70% pula, adalah akaun yang diwujudkan adalah bertujuan sebagai penyimpanan bagi kegunaan selepas kita bersara kelak atau bagi tujuan Pelaburan sahaja. Seperti yang kita tahu, dividen Persaraan setiap tahun adalah 4-6% setiap tahun bakal mengembangkan wang persaraan kita. Kita dinasihatkan untuk merancang kewangan dengan baik.

Kita dibenarkan untuk melaburkan hanya sebahagian iaitu 30% dari duit lebihan yang ditetapkan. Contoh jumlah minimum yang ditetapkan mengikut umur adalah seperti jadual dibawah

Contoh Hafiz yang berumur 35 tahun mempunyai RM400,000 di akaun1. Sejumlah ini bakal mendapat dividen sebanyak 4-6% setiap tahun. Hafiz yang bijak mahu melaburkan sebahagian wang akaun1 nya ke akaun pelaburan. Jadi berapakah jumlah yang Hafiz boleh laburkan?

RM400,000 – RM57,000 = RM343,000, Lebihan wang persaraan Hafiz adalah RM343,000 kerana jumlah minimum untuk umur Hafiz adalah RM57,000. Namun hanya 30% sahaja dari sejumlah ini yang Hafiz boleh laburkan. Jadi 30% x RM343,000 = RM102,900 adalah jumlah yang dibenarkan untuk Hafiz. Maksudnya hanya 1/4 sahaja yang boleh dilaburkan dari jumlah akaun persaraan. Sejumlah 1/4 ni yang boleh dikembangkan ke akaun unit trust.

Sejumlah RM102,900 ini boleh dilaburkan ke pelaburan unit amanah yang hanya dibenarkan oleh panel dari pihak Persaraan sendiri. Dana Pelaburan yang dibenarkan juga akan dipantau dari masa ke semasa. Jadi adakah berbaloi untuk Hafiz melabur wang dari akaun1 beliau? Bergantung kepada pemahaman dan perbincangan dengan consultant. Soalan yang perlu ditanya oleh pelabur sebelum mula melabur baca sini.

Berbincang dan fahami apa yang sepatutnya kita sebagai pelabur tahu sebelum mula melabur, selepas itu… ambil masa untuk berbincang secara konsisten sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memahami situasi dan juga performance pelaburan kita.

Semoga Bermanfaat

HidayahWan

Tiada istilah dah TUA bagi Mereka Yang Berjaya!

LeBron James, Lewis Hamilton, dan Cristiano Ronaldo ni masing-masing dah masuk umur 40, tapi tetap cemerlang dalam bidang mereka. Mereka tidak bermula dari umur 40, tetapi tetap cemerlang pada umur 40 tahun. Kalau kita fikir balik, umur 40 ni ramai yang dah mula fikir nak slow down, tapi mereka yang berjaya tunjukkan yang umur bukan penghalang kalau kita betul-betul jaga diri dan terus usaha. Klik sini https://lnk.bio/hw07

Mereka yang berjaya dan kekal berjaya

Konsisten adalah Rahsia Mereka

Bayangkan, bertahun-tahun mereka yang berjaya maintain level yang sama atau lebih tinggi. Tak mudah nak konsisten macam tu, tapi diorang buktikan yang bila kita buat sesuatu dengan penuh disiplin dan kasih sayang pada kerja kita, hasilnya boleh kekal lama. Kita pun boleh apply benda ni – apa pun kerja kita, buat dengan hati. Hasilnya, akan bercakap sendiri. “anything on your hand, turn it to gold”

Pengalaman Itu Kekuatan

    Bila dah 40, diorang sebenarnya ada sesuatu yang pemain muda tak ada – pengalaman itu kekuatan mereka. Pengalaman kehidupan dan kerjaya. Setiap kejayaan, setiap kegagalan, semua tu jadi panduan untuk langkah seterusnya. Mereka tak goyang sebab mereka dah lalui macam-macam. Banyak kali kita dengar, pengalaman kita yang kita rasa biasa tu sebenarnya adalah aset paling besar. Jangan sesekali pandang rendah pada apa yang kita dah belajar dalam hidup kita. Dan kita ada jalan shotcut, dengan belajar dari pengalaman orang yang lebih berjaya dari kita; melalui mendengar sharing mereka atau talk yang mereka adakan tidak kira dari platform mana, kuncinya kita dapat belajar dari pengalaman mereka.

    Sentiasa Belajar dan Berubah

      Dunia sukan tak pernah berhenti berubah, sama je dengan dunia lain pun.tapi mereka yang berjaya ni bijak adaptasi. Tengok cara Ronaldo, dia ubah cara main ikut kemampuan fizikal badan. LeBron pun sama, dia tahu macam mana nak jaga badan supaya terus fit. Mereka yang berjaya tak stay pada cara lama berterusan. Kalau dilihat, bidang apa pun tiada apa yang kekal lama. Sesuatu perkara hanya bertahan selama lebih kurang 10 tahun, selepas tu pasti ada perubahan. Cuba perhatikan, kerana itu yang tidak berubah akan pupus, banyak kan kisah syarikat besar atau perseorangan yang hilang kerana takut untuk berubah. Jadi kenapa perlu takut untuk berubahan dalam hidup. Kita ubah ikut apa yang sesuai dengan keadaan kita sekarang agar kita kekal cemerlang pada umur kita.

      Kerja Keras Tak Kenal Usia

        Walaupun dah capai macam-macam, diorang tak pernah berhenti kerja keras. Tak ada istilah “dah cukup” untuk mereka. Mereka masih eager untuk jadi lebih baik. Ini mengingatkan kita yang kejayaan perlukan usaha berterusan. Tak kisah berapa umur kita, jangan sesekali rasa dah cukup. Selagi ada peluang, teruskan usaha untuk capai tahap lebih tinggi.

        Jadi Inspirasi Orang Lain

          Paling power, mereka yang berjaya ni bukan saja buat untuk diri sendiri, tapi jadi inspirasi untuk orang lain. mereka yang berjaya tunjukkan, kalau kita ada passion, umur hanya nombor. Kita pun boleh jadi contoh untuk keluarga, kawan-kawan, atau orang sekeliling. Apa yang kita buat hari ni mungkin jadi semangat untuk orang lain esok. Jadi, teruskan buat yang terbaik dan jadi yang terbaik.

          Ni paling win,mereka yang berjaya ni buktikan yang kejayaan tak ada expiry date. Kalau kita betul-betul sayang pada apa yang kita buat, usaha keras, dan tak berhenti belajar, kita boleh capai lebih dari apa yang kita bayangkan tanpa kira umur. Kadang-kadang, kunci kejayaan hanyalah terus percaya dan tak pernah putus asa.

          Jadi apa alasan kita? Saya dah tua? Tiada alasan bagi mereka yang berjaya dan tetap ingin berjaya. Klik sini https://lnk.bio/hw07

          HidayahWan

          Kenapa HidayahWan tergoda jadi unit trust consultant

          Kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Adviser

          Sejujurnya saya mencari satu kerjaya yang flexible dan dapat memberi manfaat kepada ramai orang. Kenapa flexible kerana saya ada 3 sebab utama yang saya akan share nanti. Dan kenapa memberi manfaat kepada ramai orang adalah kerana sebaik manusia adalah yang memberi manfaat punca kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Consultant/Adviser

          Disisi lain, saya mencari jawapan kepada macam mana sebilangan kecil golongan manusia yang tidak bergantung kepada gaji mereka untuk membayar komitmen bulanan mereka. Punca kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Consultant/Adviser adalah kerana mencari jawapan kepada bagaimana golongan ini mengembangkan duit mereka sehingga mereka boleh menukarkan abiliti mereka menjadi aset.

          Ada 3 Sebab untuk Mendapatkan Kerjaya Flexible

          Saya mulakan dengan 3 sebab yang menjadi punca kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Consultant/Adviser untuk mendapatkan:

          1. Kerjaya flexible kerana saya mempunyai anak -anak yang lebih memerlukan masa saya lebih dari kerjaya saya. Saya selalu beranggapan yang anak saya adalah my little me. Sebaik mungkin untuk mereka seperti saya mendidik diri saya dari dalam kandungan lagi.
          2. Sebab yang ke-2 adalah untuk saya ada masa yang teratur buat diri sendiri. Punca lain kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Consultant/Adviser adalah kerana saya nakkan jadual harian saya yang saya impikan. Pagi saya tenang selepas anak kesekolah, saya briskwalk menikmati sunrise sebelum mula bekerja.
          3. Saya impikan kerjaya yang membolehkan untuk saya berada dimana pada bila yang saya mahu. Ini menjadi punca kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Consultant/Adviser. Nak jadi Unit Trust Consultant? https://IwanttobeUTC.wasap.my

          Menjadi Manusia yang Bermanfaat

          Dari sudut memberi manfaat pula, semasa proses saya belajar bagaimana melabur untuk menjadikan duit kita bekerja lebih dari kita. Guru pelaburan saya marah bila saya hanya nak belajar melabur untuk diri sendiri kerana anggapan saya bukan mudah untuk kita mengajar orang lain. Punca kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Consultant/Adviser. Masa tu juga saya ditegur, memberi manfaat kepada ramai orang itu banyak cabangnya. Sebenarnya ramai yang mencari ilmu pelaburan dan kewangan ni, tetapi hanya sedikit yang mengajarkan cara yang betul.

          Punca kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Consultant/Adviser selepas itu saya selalu ingatkan diri yang perjuangan saya belum selesai sehingga saya menyebarkan ilmu pelaburan dan ia sampai kepada mereka yang mencari. Disitulah bermulanya http://www.hidayahwan.com.

          Laburkan duit untuk mendapatkan duit lain bagi membayar komitmen adalah langkah awal golongan T20 di Malaysia. Sediakan duit yang tidak akan diusik dan dilaburkan di instrumen yang betul. Jika kita adalah golongan B40, pengurusan kewangan peringkat awal sangat penting, jika tiada duit untuk diketepikan, maka wajiblah kita menjana duit tepi dahulu.

          Punca kenapa HidayahWan tergoda jadi Unit Trust Consultant/Adviser adalah untuk menyebarkan cara duit perlu dilaburkan di instrumen yang betul memerlukan ilmu, kesabaran dan taruhan “masa itu duit”. Jangan terburu untuk mendapat untung cepat. Dengan teknik pelaburan yang betul, kita boleh pindah dari B40 ke M40 dalam tempoh masa yang kita tetapkan. https://IwanttobeUTC.wasap.my

          Atas asbab ini HidayahWan juga mendapat manfaat lain iaitu baca sambungan..

          HidayahWan