Seorang ibu yang bekerjaya adalah impian wanita di zaman sekarang, namun ia bukan perkara mudah bagi sesetengah dari kita bila ada keadaan yang memerlukan kita untuk memilih antara keluarga ataupun kerjaya. Namun sebenarnya dunia hari ini adalah tentang pilihan. Kita pilih untuk menjalani kehidupan yang mana.
Apa Pilihan Yang Kita Ada
Ramai menyangka kejayaan seorang ibu diukur melalui pendapatan, pangkat atau jumlah anugerah yang dimiliki. Namun bagi saya, titik tertinggi seorang ibu bekerjaya ialah apabila anak perempuannya berkata,
“Ibu, nanti saya nak jadi macam Ibu.”
Lebih bermakna lagi apabila anak itu menyaksikan sendiri seluruh perjalanan ibunya. Dari seorang yang bermula dengan kosong, belajar setiap hari, menghadapi penolakan, menangis dalam diam, bangkit semula selepas kegagalan, sehingga akhirnya berjaya membina kerjaya yang membanggakan. Anak bukan sekadar melihat hasil, tetapi memahami bahawa kejayaan dibina melalui usaha, kesabaran dan keberanian untuk tidak pernah mengalah.
Pilihan Kerjaya Unit Trus Advisor
Kerjaya sebagai Unit Trust Advisor memberi saya sesuatu yang sangat bernilai—kebebasan mengurus masa tanpa mengorbankan keluarga. Saya boleh bekerja dengan penuh komitmen, menghadiri hari sukan, hari temu murni anak disekolah, temu janji penting dan tetap berada di sisi anak ketika dia memerlukan saya. Pada masa yang sama, saya mampu memberikan kehidupan yang lebih selesa, peluang pendidikan yang lebih baik dan pengalaman yang sukar dibeli dengan wang semata-mata.
Moment Terkesan dihati Anak

Moment paling indah bukan ketika menerima trofi atau bonus. Tetapi apabila anak melihat sendiri setiap pengorbanan itu dan membesar dengan keyakinan bahawa seorang wanita mampu menjadi ibu yang penyayang dan pada masa yang sama membina kerjaya yang luar biasa. Itulah warisan sebenar yang kita tinggalkan, bukan hanya harta, tetapi kita adalah role model untuk mereka.
Bayangkan suatu hari nanti anak anda berkata, “Saya berani bermimpi besar sebab saya nampak Ibu buktikan semuanya boleh dicapai.” Kata-kata itu lebih bernilai daripada apa jua penghargaan.
Kepada semua ibu di luar sana, jika anda sedang mencari kerjaya yang menawarkan kebebasan masa, potensi pendapatan tanpa had, peluang berkembang sebagai individu dan ruang untuk membina legasi kepada anak-anak, mungkin inilah masa untuk mengenali dunia Unit Trust Advisor.
Bukan sekadar membina portfolio pelaburan pelanggan, tetapi membina masa depan keluarga sendiri dan menjadi inspirasi pertama dalam kehidupan anak-anak.
Love
Cik.WH