Kenapa Tambah Unit Trust Masa NEGATIF ?
Strategi buat duit di unit trust adalah menggunakan konsep “dollar cost averaging” ataupun menurunkan kos per unit serendah mungkin. Caranya mudah, bila harga NAV seunit murah, masa itulah kita tambah duit di unit trust. Dalam masa yang sama kita akan nampak report pelaburan kita negatif. Ini kerana harga NAV per unit adalah lebih rendah dari harga kos per unit. Bia kita tambah duit bermaksud kita membeli unit yang lebih banyak dengan harga yang murah. Jadi unit yang kita kumpul adalah lebih banyak.
Contoh cara turunkan kos per unit adalah seperti gambar dibawah. Caranya mudah sahaja dan percayalah cara ini sahaja yang terbukti memberi pulangan yang hebat di unit trust.
Untung lambat jika stop tambah pelaburan ?
Kita akan mengambil masa yang jauh lebih lama jika kita stop pelaburan atau tidak beli penambahan unit pada masa rendah. Ini kerana kita tidak membantu menurunkan kos per unit kepada pelaburan kita. Bila market melakukan correction, NAV untuk unit trust per unit juga akan turun. Inilah peluang kita menambah wang. Kos per unit berjaya diturunkan dan pelaburan unit trust kita akan lebih cepat breakeven dan untung berganda selepas itu.
Pelabur yang menambah pelaburan masa harga rendah adalah pelabur yang bijak. Mereka faham cara buat duit di unit trust dan tidak melepaskan peluang yang datang.
Lov,
HidayahWan