Saya Wan Zaimah Binti W. Abdullah atau lebih dikenali sebagai Emma UTC. Saya adalah graduan Ijazah Perakaunan dan pernah bekerja sebagai akauntan di firma perakaunan dan syarikat swasta sebaik tamat pengajian. Selepas itu saya menceburi bidang perbankan sebagai Accounts Service Manager di ibu pejabat RHB Islamic selama hampir 10 tahun. Sekarang saya adalah Unit Trust Consultant di Public Mutual sepenuh masa

Bila ditanya, macam mana boleh bertukar kerjaya. Sewaktu di RHB Islamic, rakan dan kenalan selalu menjadikan saya sebagai rujukan untuk semua soalan berkaitan perancangan kewangan terutamanya berkaitan wang persaraan dan pelaburan. Saya pula berasa gembira memberi khidmat rundingan secara percuma dan seronok apabila mereka maklumkan kekayaan semakin bertambah hasil dari nasihat saya.
Bermula dari situ saya sedar kelebihan dan potensi diri, jadi saya terus daftar sebagai Unit Trust Consultant di Public Mutual. Sejak 2015 saya bergelar seorang Unit Trust Consultant di Public Mutual, saya mula membimbing dan memberi kesedaran pada kenalan dan pada masa yang sama, dapat meningkatkan pendapatan saya. Saya dapati kerjaya sebagai Unit Trust Consultant di Public Mutual sangat menyeronokkan, terjamin dari segi pendapatan dan yang paling penting tiada tekanan kerja.
Setahun selepas menajdikan kerjaya Unit Trust Consultant sebagai part time, tahun 2016 saya berhenti kerja dari Bank dan focus dengan Unit Trust Business sepenuhnya. Selain kerja yang tiada tekanan, apa yang paling saya suka ialah mempunyai masa yang flexible. Saya boleh bercuti bila-bila masa yang saya mahu. Tiada tekanan dari sesiapa. Banyak kali saya sebut tiada tekanan kan. Kerana tekanan kerja di bank ni agak mencabar untuk saya.
Public Mutual adalah Syarikat Pengurusan Unit Amanah terbesar dan paling terkenal di Malaysia. Jadi ia sangat membantu perunding seperti saya. Permulaan kerjaya saya menjadi mudah kerana branding Public Mutual itu hebat di kalangan kita orang Malaysia. Saya tidak perlu memperkenalkan Public Mutual. Pengurusan jugak mengambil berat kebajikan perunding dan memberi kami pelbagai insentif. Yang penting budaya kerja tidak memberi tekanan kepada perunding dan semua bekerja dengan riang.
Pelabur saya gembira dengan pulangan mereka dan saya juga gembira dengan pendapatan pasif saya. Khidmat perundingan saya percuma untuk awak yang nak tahu strategi gandakan kewangan di Public Mutual. Nak uruskan pelaburan sendiri pun boleh, saya kongsi daripada kepada awal kepada awak yang berminat. Klik sini untuk temujanji kita https://eldoniaconsultancy.wasap.my/
Emma UTC dari Kuala Lumpur